May 21, 2024

LS24 | K. Devan ‘roadblock’ PDRMFC di Paroi

2 min read

Selepas sekian lama akhirnya lampu limpah stadium Paroi kembali hidup untuk perlawanan diantara Negeri Sembilan vs PDRM. Seramai lebih kurang 300 orang penyokong setia telah hadir untuk memberikan sokongan terhadap pasukan kebanggaan. Negeri Sembilan FC berjaya mencapai kemenangan yang ditunggu-tunggu selepas badi 6 perlawanan dan hampir 3 bulan tamat apabila berjaya menewaskan PDRM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Umum mengetahui PDRM merupakan pasukan yang agak liat untuk ditewaskan selepas beberapa siri perlawanan yang cemerlang dipamerkan. Layak ke final MFL Challenge Cup ialah tonik terbaik untuk PDRM apabila hampir kesemua pemain berada dalam keadaan motivasi yang tinggi. Dalam perlawanan ini jelas menunjukkan Shahrel Fikri ataupun Eky yang sudah lama tidak diturunkan atas faktor kecederaan masih dibelenggu dengan penyudah yang sangat tumpul serta kerap kali melakukan “decision making” yang salah. Peranan Casagrande sebagai “target man” dilihat sebagai idea yang sangat rugi apabila tiada sebarang sokongan pemain yang boleh membantu dari segi “follow-up” untuk sempurnakan serangan.

Satu pemain yang mendapat pujian terbaik pada perlawanan semalam ialah ketua pasukan Zambri Pin. Mutu permainan yang matang serta berjaya mencipta beberapa gerakan menarik untuk membantu jentera serangan. Pemain yang mempunya komposisi yang baik seperti Hasbullah berjaya mengawal bahagian tengah dengan tenang dibantu oleh Izzudin yang kerap memberikan ruang untuk lebih bergerak. Dengan kemenangan ini, Negeri Sembilan naik ke tangga ke-9 Liga Super, naik satu anak tangga manakala PDRM kekal di tangga ke-7 liga. Ini merupakan kemenangan pertama Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super sejak 18 Mei yang lalu.

Pujian istimewa diberikan kepada pemain yang melakukan serangan pantas (counter attack) dan Barathkumar berjaya meledak gol pertama. Selvam juga begitu yakin mencetak gol seperti melepas geram lama tidak bermain bola. Hah! mudah pun nak buat gol, tapi entah kenapa selama ini sengaja mencipta jalan sukar dan berbelit menjerat leher sendiri untuk menjaringkan gol. Hmmmm..mungkin selesa bermain tanpa tekanan sebab penyokong tak datang stadium? haha.

Jumpa lagi diperlawanan terakhir NSFC di Paroi untuk musim 2023!

Jack.

ReplyForward
0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.