April 27, 2024

LS25 | NSFC ‘kuyupkan’ Kelantan di lopak sendiri

2 min read

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV sebagai perlawanan kedua terakhir bagi kedua-dua pasukan sebelum tamatnya kempen Liga Super 2023 musim ini. Ini merupakan perlawanan terakhir bagi skuad Negeri Sembilan untuk bertandang ke tempat pihak lawan.


Perlawanan yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam terpaksa ditangguhkan seketika atas faktor cuaca hujan lebat dan mengakibatkan padang terjejas teruk untuk bermain. Tepat pukul 10.30 malam, pegawai perlawanan telah meniupkan wisel tanda perlawanan telah dimulakan. Moral dan momentum pemain sedikit terjejas dek kerana permukaan padang yang tidak memuaskan seterusnya mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan. Akan tetapi sebaliknya berlaku apabila terbukti pasukan Negeri Sembilan sememangnya handal bermain di dalam keadaan padang yang berlopak!

Seperti sedia maklum, setiap akhir tahun akan diadakan satu pertandingan yang dipanggil sebagai “Pesta Ngoca” yang dianjurkan di Kuala Pilah. Justeru, perlawanan malam semalam adalah “synology” kepada temasya tersebut yang jelas memberi gambaran bahawa Negeri Sembilan sudah terbiasa dengan bermain air dan lumpur dan lebih bersedia kerana padang latihan juga sedemikian rupa. 


Seawal minit ke 15 Herold Goulon berjaya menjaringkan gol dengan tampanan yang tidak disengajakan melalui bantuan daripada Ezzajjari. Selepas itu, giliran Hasbullah pula menjaringkan gol kedua hasil gerakan yang menarik melepasi 4 pemain. Pujian perlu diberikan kepada pemain Negeri Sembilan kerana sangat berdisiplin mengasak kubu pertahanan Kelantan United. 


Perlawanan semalam sedikit tidak menarik apabila terpaksa bermain dengan cara “long ball” kerana kesukaran untuk membawa bola secara “direct” tidak dapat dilakukan. Gol ketiga dan keempat pasukan Negeri Sembilan hadir dari penjaring yang sama iaitu Barathkumar yang berjaya menghidu peluang seterusnya menewaskan penjaga gol Kelantan United yang hanya mampu merebahkan diri bermain air. 

Sikh Izhan pada malam tadi mendapat perhatian dimana beliau dengan selamba melakukan “crucial save” menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari Kelantan United yang dahagakan jaringan. Ternyata pemain “import” mereka iaitu Ismahel Akinade tidak mampu berbuat apa-apa sepanjang 90 minit permainan berlangsung. Segala percubaan, hantaran serta gerakan yang diketuai oleh Indraputra Mahyudin dengan mudah dapat dipintas oleh pertahanan kental skuad Negeri Sembilan. Tamat perlawanan, Negeri Sembilan pulang dengan 3 mata penuh sekaligus mengekalkan tempat ke-9 dalam saingan liga. 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.