Malaysia 0-1 Jepun (Last 16 Sukan Asia 2018)
3 min readPencapaian skuad Bawah 23 Tahun negara pada Sukan Asia 2018 sememangnya layak mendapat pujian. Selain saingan AFF dan Sukan SEA, bila kali terakhir jarang sekali Malaysia melepasi peringkat kumpulan sebagai juara. Menumpaskan Kyrgyzstan 3-1 pada perlawanan pembukaan membuka mata banyak pihak. Skuad Datuk Ong Kim Swee menggegarkan temasya itu apabila menundukkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi kedua. Kau semua ingat senang ke nak kalahkan Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, G-Dragon dan Rain ni? Selepas itu, skuad negara tumpas 3-2 pada aksi terakhir bertemu Bahrain apabila Kim Swee menurunkan rata-rata pemain simpanannya.
Semalam Malaysia turun dengan game plan. Game plan yang sama ketika menentang Korea Selatan. Bertahan bagai tiada hari esok serta cuba melancarkan counter attack. Bertahan ni termasuk attacking trio kita, Syafiq, Akhyar dan Safawi. Besar pengorbanan mereka semalam terutamanya Syafiq. Bayangkan kau bermain sebagai penyerang tetapi pasukan kau tak ingin menyerang? Pedih dan frustrating. Macam mana den tahu? Sebab den seorang striker yang prolifik suatu ketika dulu. Takkan den nak membongak kau semua kan?
Den suka cara Kim Swee. Cuba untuk execute game plan dengan mendapat kerjasama 100% daripada anak buahnya. Ini baru ciri-ciri jurulatih yang kita mahu. Pemain dengar cakap jurulatih. Bukannya pemain nak singkirkan jurulatih daripada pasukan. Hmm. Anggaplah kejadian situasi singkirkan jurulatih ni hanya berlaku di luar negara. Den rasa kejayaan menumpaskan Korea Selatan sedikit sebanyak mengganggu persembahan Malaysia. Mereka lebih berhati-hati. Tengok ketika lawan Bahrain dan Jepun. Pemain kita terlalu selesa bertahan daripada cuba mencari gol. Ini pendapat den je. Bandingkan pulak dengan persembahan mereka ketika menumpaskan Kyrgyzstan. Boleh nampak tak perbezaan dia?
Walaupun bersetuju apabila Kim Swee cuba mengikut game plan yang dirangka, tetapi plan itu sendiri den tak setuju. Pasukan Jepun ini tidak dicipta untuk menang pada Sukan Asia kali ini. Mereka sedang mempersiapkan pasukan ini untuk Olimpik di Tokyo pada 2020. Kenapa den bangkitkan point ni? Sebab ini bermakna rata-rata pemain mereka berusia antara 20 dan 21 tahun. Jepun juga tidak pamerkan persembahan baik pada Sukan Asia ini. Kau semua google result mereka kalau tak percaya. Takkan semua benda nak kena suap? Kita dah Malaysia baru sekarang ni. Jadi untuk bermain defensive malam tadi pada den adalah kesilapan. Dengan kualiti attacking trio kita dan midfield den rasa tak ada masalah untuk kita tumpaskan Jepun malam tadi sekiranya bermain secara lebih positif. Hal Korea Selatan lain sebab mereka sasar nak jadi juara. Kalau tak jadi juara, Son Hyeung Min kena pergi PLKN selama 2 tahun! Pergi PLKN pun tak nak. Apa nak jadi budak zaman sekarang ni? Hmm. Tapi pendapat den untuk bermain positif ni mungkin tak berapa popular. Justeru, rata-rata peminat dan penyokong mula kekuarkan ayat seperti tak ada luck, bukan rezeki, dan mereka dah buat yang terbaik.
Kalau menyerang bagai tiada hari esok dan percubaan ke arah gol kerap terkena tiang serta diselamatkan penjaga gol, itu lah erti sebenar tiada luck. Kalau bertahan selama 80 minit dan daripada 4-5 percubaan 2 terkena tiang itu adalah pilihan sendiri yang tak menyerang. Bukan mengecam skuad negara, cuma memberi perspektif dari sudut lain. Macam Negeri Sembilan misalnya. 5 minit terakhir baru berhempas pulas nak menjaringkan gol. Kemudian cakap tak ada rezeki. Sukan ni main 90 minit. Bukan 5 atau 10 minit terakhir je. Berhempas pulaslah dari awal sehingga ke akhir perlawanan.
Ada seorang pemain yang den rasa tak capai piawaian pada temasya kali ini. Baddrol Bakhtiar. Mungkin di luar padang beliau merupakan kapten yang bagus. Cuma di atas padang atas kredibiliti pemain senior persembahannya tidak cukup untuk membantu pemain lain. Hantaran jauhnya banyak yang tidak tepat. Tak dictate game untuk bantu meringankan tugasan barisan pertahanan. Nik Akif dan Syahmi Safari terpaksa bekerja keras untuk menghidupkan jentera seranagn. Den akui kecewa lah dengan beliau. Tapi ini pendapat peribadi den je.
Sekali lagi den tekankan, artikel ini bukan mengecam skuad negara mahupun Ong Kim Swee. Cuma lebih kepada perspektif untuk memajukan bola sepak negara. Bukan tak setuju dengan taktik bertahan ini. Dengan Korea Selatan den akui ia taktik yang tepat. Cuma bertahan dengan Jepun den rasa tak tepat. Sampai bila kita nak berpuas hati dengan sekadar mara ke peringkat kalah mati. Tak teringin nak jadi juara ke? Sebagai penyokong juga KPI kita untuk pasukan bola sepak seharusnya lebih tinggi.
Apapun tahniah diucapkan kepada Datuk Ong Kim Swee dan anak buahnya. Semoga pelapis kita akan lebih baik darioada pemain sekarang dan akhirnya membawa Malaysia ke pentas Piala Dunia seperti yang kita semua mahukan. Ye. Kita semua.
Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!
Kid.