October 13, 2024

Malaysia VS Turkmenistan: Kelayakan AFC Piala Asia 2023

3 min read

Telah berlangsung perlawanan kelayakan AFC Piala Asia 2023 sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Harimau Malaya menyantuni lawan daripada Asia Tengah, Turkmenistan. Perlawanan pertama yang akan menentukan sama ada mereka layak ataupun tidak ke Piala Asia 2023. Malaysia yang menurunkan barisan pemain utama di mana kelibat pemain seperti Darren Lok, Dion Cools dan Safawi Rasid. Perlawanan bermula kira-kira pada pukul 9.00 malam waktu tempatan.

Malaysia memulakan perlawanan dengan menyerang kubu lawan seawal minit pertama permainan. Serangan daripada Darren Lok, Faisal Halim dan Ariff Aiman berjaya menghuru-harakan benteng pertahanan lawan. Namun gol pertama Harimau Malaya hadir bukan daripada mereka bertiga. Safawi Rasid memecah kebuntuan pada minit ke-11 permainan setelah bola muntah jatuh terhidang di hadapannya dan disudahkan dengan sempurna. Selang beberapa minit kemudian Faisal Halim yang berada di dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gawang pihak lawan dengan tenang merembat bola masuk ke gawang. Sekaligus menambahkan jaringan Harimau Malaya kepada dua kosong untuk berada dalam keadaan selesa. Kedua-dua gol ini kita kena beri kredit kepada Darren Lok rasanya. Sebab dia terus mengejar bola dan pressing pemain lawan tanpa kenal erti penat mahupun putus asa. Dalam 3 penyerang yang Malaysia ada untuk kempen kali ini, Darren je kot yang Abang Tom rasa boleh beri sumbangan macam ni.

Namun Darren juga insan biasa yang tak lari dari kesilapan. Dia sepatutnya boleh jaringkan gol kedua skuad Harimau Malaya tapi kuisan dia tersasar walaupun dia berada dalam 6 yard box dah. Takdo joki la kot kan?

Namun Turkmenistan tidak berhenti melawan setelah ketinggalan dua gol. Ianya membuahkan hasil apabila kesilapan dibenteng pertahanan Malaysia memberikan bola kepada pihak lawan di kawasan bahaya Malaysia. Kucar kacir di hadapan gawang dan penjaga garisan mengangkat bendera menandakan bola sudah melepasi garisan. Masa ni Abang Tom rasa macam nak marah si Badak ni. Boleh je clear bola tu. Tapi mungkin kerana mendahului 2-0, semangat Kylian Mbappe dia tengah menaik. Dia pun nak dribble dan hilang bola. Hati Abang Tom terdetik yang gol Turkmenistan ni mungkin boleh naikkan semangat mereka dan menurunkan semangat pemain kita. Semakin marah Abang Tom masa ni!

Tapi Abang Tom tak jadi marah bila Corbin Ong menjaringkan gol ketiga Malaysia pada waktu kecederaan babak pertama. Corbin Ong mendapat ruang untuk membuat counter attack setelah bola berjaya dimenangi di bahagian tengah padang. Beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut dengan merembat di bahagian kiri gawang dan menambah jaringan. Tamat separuh masa pertama dengan Malaysia mendahului tiga berbalas satu.

Separuh masa kedua bermula dengan perlahan. Kedua-dua pasukan lebih berhati-hati dalam membuat serangan. Malaysia juga memulakan pertukaran taktikal dengan mengeluarkan Safawi Rasid dan memasukan Junior Eldstal untuk menguatkan jentera pertahanan. Tidak banyak aksi yang mendebarkan kecuali kemasukan De Paula di 10 minit terakhir perlawanan.

Perlawanan berakhir dengan Malaysia mengutip tiga mata penuh dengan menang tiga berbalas satu. Serangan tiga hadapan yang di nampaknya membuahkan hasil. Seramai 21,500 penyokong telah memenuhi Stadium Bukit Jalil. Skuad Harimau Malaya akan menentang Bahrin bagi perlawanan kedua mereka pada sabtu ini 11 Jun 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ayuh meramaikan stadium dengan belang hitam kuning dengan menyokong pasukan kebangsaan kita.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.