Mat Zan | Tidak minta magik, hanya keserasian.
3 min readNegeri Sembilan meneruskan rentak yang tidak pasti dalam perlawanan ke empat liga malam tadi. Selepas bermula baik dengan kemenangan, kemudian seri dengan PDRM dan KALAH dilopak sendiri pada UITM FC, malam tadi kita ikut sama menari rentak Boria Sungai Pinang apabila cuma mampu seri 1-1. Seperti mana Jang katakan pada artikel lepas, menang, seri atau kalah bukan kawalan kita, tetapi bermain baik adalah kewajipan yang mesti berada dalam kawalan Mat Zan.
Apa strategi Mat Zan sebenarnya? Apa corak atau DNA atau fahaman yang cuba dibawa oleh beliau? Adakah pemain dapat menterjemahkan hasrat beliau dalam padang? Adakah ianya hanya mampu dilakukan dalam sesi latihan sahaja? Eh..adakah Jang mempertikaikan atau mencari salah Mat Zan? Tidakkkkkk tetapi mengikut rekod yang Negeri Sembilan sendiri cipta pada musim lepas, kita telah menukar jurulatih daripada Asri ke Jorg ke Asri dan ke Jorg semula dan selepas perlawanan ke 5, Jorg diberhentikan dan dimasukkan Azraai Khor dan kemudian bertukar baton pula kepada Lemos. Semua ini berlaku dalam satu musim sahaja, dan corak permainan pasukan kekal sama atau semakin tidak sedap.
Bukan Jang kata tak sedap, tapi majoriti penyokong berpendapat begitu.
Reputasi Mat Zan sangat bergantung kepada corak permainan dalam padang. Mungkin Mat Zan dah terapkan satu taktikal tetapi gagal disempurnakan oleh pemain, jadi Mat Zan kene buat sesuatu. Perlawanan seterusnya adalah menentang Selangor United di Selayang. Perlu diingat, nama saja Selangor United, tapi mereka juga pasukan kuat. Bagaimana jika Negeri Sembilan seri atau kalah? Dalam banyak posisi dalam pasukan, dari penjaga gol ke striker, posisi Mat Zan adalah yang paling bahaya dan berisiko. Jang suka ingatkan sahaja, sebab ikut sejarah, kebanyakan pasukan dalam dunia tidak dapat tukar ramai pemain dalam satu masa, jadi mereka ambil kaedah mudah iaitu tukar jurulatih dan Jang sangat benci tindakan ini.
Tapi, teruk sangat ke gaya permainan Negeri Sembilan?
Hmmmm..teruk bukan perkataan sesuai kerana bukan mudah pun main bola ini. Tapi Jang rasa keserasian masih tidak dapat dipamerkan oleh pasukan. Disemua kedudukan atau posisi masih belum serasi. Left back tak boleh baca kemana left wing nak lari atau membuat hantaran yang jauh menyimpang. Jentera tengah gagal membuka permainan tetapi bila mereka berjaya buat hantaran kepada bahagian serangan, pemain penyerang pula teragak-agak dan gagal. Jadi nak salahkan department mana ni? Bek, tengah atau penyerang? Umpamanya pasukan Negeri Sembilan ini macam enjin yang berjalan tanpa minya pelincir. Tak fluid. Selagi pemain tidak serasi dan gagal membuat percubaan ON TARGET, selagi itu kedudukan Mat Zan tidak selamat.
Bukan suruh rehatkan Mat Zan kerana secara peribadi Jang hormat dan percaya kepada beliau. Cuma apa yang berlaku dalam padang, persembahan import Thomas dan semua keputusan akan reflek kepada beliau. Jadi Mat Zan mahu tidak mahu kena sedar bahawa jika corak permainan begini tidak boleh berterusan. Pemain juga kene sedar, lambakan pemain pro yang tidak mempunyai pasukan sentiasa mengintai peluang dan bersedia menerima gaji rendah asalkan dapat bermain. Jika pemain tidak menunjukkan mutu permainan yang sepatutnya, mereka bakal kehilangan kedudukan dan disingkirkan dari pasukan.
Walau Jang tidak pandai bermain kompang atau tahu berfestival tetapi ingatlah, Jang menulis atas kapasiti penyokong yang mahu melihat pasukan berjaya. Jang tidak pernah berniat selain dari itu. Sedikit tekanan mesti diberitahu kepada pasukan agar mereka sedar kemarahan penyokong. Mungkin dengan tekanan ini mereka akan kembali menemui keserasian dan mencipta peluang. Jika target pasukan untuk pembangunan, maka Jang ok dan boleh terima tetapi sebelum musim bermula kita telah mencanangkan untuk target tempat kedua liga dan naik liga Super, maka amaran keras mesti diberi sekarang sebelum terlewat. Kita masih belum berjumpa pasukan kuat seperti Terengganu II, JDT II, Sabah, Kelantan, Sarawak lagi.
Tekanan sentiasa ada kerana kita bukan bermain liga taman. Ultrajang akan terus menyokong Mat Zan dan pasukan Negeri Sembilan selagi boleh.
Special mention: Jang suka gaya Durkeswaran bermain. Dia tidak cepat melepaskan bola tetapi style ini tidak disukai kebanyakan penyokong yang rata-rata mahu bola dihantar cepat. Jang tak suka corak permainan laju kerana kita tidak ada kelebihan atau skil pemain yang boleh bermain laju. Jadi lebih elok main passing rileks dan tolak belakang bila perlu. Possesion sangat penting, bukan baru 2,3 kali pas, bola dah hilang balik. Semua berpunca sebab nak laju menyerang dan dapatkan gol. Kita bermain 90 minit, tak perlu terkejar-kejar laju sangat. Jang suka kita bina keyakinan dengan banyak passing dulu baru menyerang.
Jang,
Sekadar bawa bunga Manggar.
kredit gambar cun: Amir Hazree dari AHphotowork