November 6, 2024

MenJDTkan Negeri Sembilan

3 min read

Tak manis kalau Jang tak tulis hal bolasepak paling agung didunia iaitu pasukan bolasepak beradat, Negeri Sembilan Darul Khusus. Ramai tak tahu, jika Negeri Sembilan tidak bermain bola dahulu, seluruh rakyat Malaysia masih lagi bermain sepak raga bulatan. Kalau main sepak raga bulatan pun korang tak kenal, tak payah la Jang nak bukak sejarah bola tahun 1923. Tau?

Tapi itu dulu, kegemilangan bolasepak Negeri Sembilan sedang berehat buat seketika untuk memberi peluang kepada rakyat negeri lain menikmati keindahan bolasepak.

Melihat kepada senario, demografi dan salasialah bolasepak Malaysia ini, hampir kesemua negeri yang bermain bola dinaungi oleh Menteri Besar mereka. Entah apa dosa bolasepak kita sampaikan nak menyepak bola pun kene melalui undi politik. Rasanya belum ada seorang Menteri Besar pun yang benar-benar berkaliber atau dapat memberi fokus 100% hal dalam padang bola. Mereka ada tugas dan tanggungjawab lain yang lebih besar.

Justeru Jang berpendapat, ada baik jika Menteri Besar dan orang politik tidak lagi memegang mana-mana jawatan berkaitan sukan, kecuali sukan politik. Bukan mereka tidak bagus, cuma keadaan ekonomi dan pembangunan insan diluar sana lebih memerlukan tumpuan mereka.

Soalannya, kalau bukan Menteri Besar dan orang politik, siapa pula yang layak dan sesuai menerajui sukan kita? Majistret? Dato Lembago? Buapak? Hattan?

download

Tiada jawapan tepat untuk soalan itu buat masa ini tapi kita lihat JDT yang dikira berjaya bukan dibawah Menteri Besar atau ahli politik. Jang boleh juga ambil contoh Kelantan, dan memang sepatutnya Kelantan tetapi isu gaji mereka telah mencalar reputasi Nuor Muso, jadi Kelantan terpaksa dicicirkan.

Apabila TMJ akhirnya terbuka hati untuk melihat bolasepak Johor, perkara pertama dia lakukan adalah mengosongkan pejabat bolasepak negeri Johor, atau PBNJ. Yang tak berguna sila keluar. Simple!

“Malam itu saya menanam niat untuk mengubah nasib bolasepak Johor. Esok harinya saya mengadakan satu mesyuarat dengan PBNJ dan saya memberitahu bahawa setiap seorang daripada mereka perlu mengosongkan pejabat dan meninggalkan persatuan. Ianya memerlukan permulaan yang baru, dan saya tidak mahu individu-individu yang korup untuk merosakkan usaha tersebut.”

-TMJ, dalam temubual bersama fourthofficial.com

Ultrajang.com tidak mengatakan orang istana patut mengambil alih bolasepak negeri tetapi individu yang dilantik mesti mempunyai kuasa dan kekuatan yang tidak boleh diperlekeh oleh orang lain. Bayangkan, Tunku Ali datang ke Wisma PBNS jalan Rahang dan suruh semua kakitangan melapor diri ke jabatan lain mulai esok. Jangan datang sini lagi, pergi Wisma Negeri sana. Bolasepak Negeri Sembilan akan bermula dari kosong semula. Bebas, segar dan bersih.

20120526115931-Tunku2520ali2520

Bukan bermaksud meminta campur tangan Istana, atau mengatakan PBNS korup, cuma bolasepak Negeri Sembilan perlukan pembaharuan yang dibawa oleh orang lain. Tok Mat terlalu bagus dan baik untuk menerima cemuhan bila bolasepak kita gagal. Dia sebenarnya tak perlu pun memikirkan hal bola negeri. Itu tiada dalam agenda Menteri Besar dan juga politik peribadi. Bila bola gagal, Tok Mat kene tempiasnya, padahal yang salah bukan dia.

penyokong

Perkara pertama yang kita perlu buat ialah meminta balik nama Negeri Sembilan digunakan, bukan NS Matrix. Bolasepak Negeri Sembilan kepunyaan kito semua, bukan NS Matrix, walau banyak mana pun sponsor mereka bagi, nama mesti dikekalkan kepada Negeri Sembilan. Nama itu penting untuk rasa ‘kepunyaan’. Matrix Concept boleh saja print besar-besar nama mereka pada jersi.

oklah, nanti sambung. Nak ambik anak sekolah jap. :p

0Shares

8 thoughts on “MenJDTkan Negeri Sembilan

  1. Den dh fwd entri ni kek setiausoho politik tok mat. Dio kaba’an sok sok dia print bagi tok mat baco. Dongar ayat sok sok tu, faham bona tak sampai la kek tangan tok mat.

  2. Tak dapat dibayangkan kalau Manchester United Matrix atau Arsenal Matrix, C Team (Chelsea macam T-Team), Angkatan Tentera Sepanyol dalam La Liga (taktau la pulak kalau ada).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.