April 20, 2024

N.Sembilan | Permainan meningkat, kedudukan menurun

2 min read

Seperti yang Jang kata dahulu dan akan terus ulang semula sehingga Sangkakala ditiupkan, kalah dan menang adat permainan dan bukan dalam kawalan kita, tetapi menunjukkan kesungguhan dalam permainan adalah satu kawalan. Dimana jika kita gagal untuk mengawal, maka kalah adalah ketentuannya. Hujan turun atau tidak, itu kuasa Tuhan tapi kau jangan la copek bona buang air tempayan. Begitulah maksudnya. Ini bondo basic.

Jika kau tanya Jang, Jang tidak marah dengan persembahan pasukan Negeri Sembilan semasa menentang Sabah hari itu. Kenapa? Sebab rata-rata pemain menunjukkan kesungguhan untuk berani bermain baik. Perlu diingat! Sabah bukan pasukan cikai dan lemah. Mereka berada pada tangga kedua liga, tontulah mereka lebih kuat. Dalam percaturan bola sepak, mendapat keputusan seri dengan pasukan kuat adalah dikira baik tetapi dalam bola sepak juga, seri ditempat sendiri dikira kalah. Hmmm makno eh kono monang jugak la ni?

Oklah, Jang menilai persembahan selama 90 minit masa yang diberi dan kita hanya melakukan 2 percubaan tepat ke gawang Sabah. Satu oleh Aaron Kumar dengan melakukan tendangan kencang dari luar kotak penalti dan satu lagi tandukan Almir Neto tepat ke kaki penjaga gol Sabah. Jika ikut matematik, 45 minit masa permainan hanya 1 try on gol, memang peratusan untuk menang tu kecik sangat lah. Sonang kiro, takdo, zero, kosong, boh liao! kaput!

Sabah juga banyak melakukan asakan namun shot on target mereka juga tidak banyak (lebih la dari 2) selain dari itu, kubu kita agak solid dengan Osman dan Vila.

Mungkin perlawanan akan jadi lebih menarik jika pengadil tidak mudah meniupkan wisel. Nakharom setan betul, asal jatuh je tiup wisel, asal tersentuh je pemain, tiup wisel. Bagi advantage la sikit pada tempatnya. Memang perlawanan malam itu agak keras, terutama dari Sabah tetapi bola sepak memang satu permainan keras. Tiup wisel banyak kali, kad tak juga keluar. Ah! memang potong stim la pengadil ni. Jang jarang kondem pengadil tapi yang malam hari tu memang gagal.

Jang lihat Aaron Kumar bermain baik dan meyakinkan. Sebab bagi Jang, Aaron Kumar dah berapa musim bermain untuk Negeri Sembilan. Pemain seperti Aaron Kumar tidak boleh lagi nak nervous tak tentu pasal. Hal nervous, cuak dan mengelabah ni bagi la kepada pemain muda baru nak naik. Pemain senior seperti Aaron dan beberapa lagi tak payah la nak menggelabah. Jadi Aaron pada malam itu bermain baik bersama Asraf Roslan (No 8) Almir Neto juga bagus dan Shunsuke Nakatake. Maksud Jang bagus disini ialah lebih baik dari permainan sebelum ini, berjaya passing dengan tepat dan tidak menggelabah buang bola.

Pertahanan dibawah selian Osman dan Vila juga baik dan bekerja keras termasuk penjaga gawang, Fadzley Rahim. Pada minit ke 73, Negeri Sembilan mengeluarkan Koroma dan memasukkan Aiman Khalidi dan tindakan ini mendapat tepukan gemuruh 2013 penyokong yang hadir. Begitulah sayangnya penyokong kepada Koroma. Bagi Jang, Koroma tidak akan berjaya di Negeri Sembilan dan kemasukannya sebagai import ke 4 mesti disiasat!

Jang juga lihat kapten pada malam itu, Halim Zainal masih lagi gagal menjadi konduktor permainan. Armband kapten patut diberi kepada Osman atau Almir Neto. Period.

Jang,
Sekadar berkompang.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.