October 13, 2024

Negeri Sembilan 0-4 JDT (Matchday 9 Liga Super 2018)

4 min read

Sedih ke tu? Tenang lah. Kalah lawan juara Liga Super 4 kali berturut-turut kot. Bukan kalah besar kepada lawan pasukan yang setaraf kita. Kecewa tu memang lah ada. Tapi berpatutan lah pada denDen percaya yang kau semua kenal semua pemain JDT semalam termasuk yang berada di bangku simpanan. Maknanya apa? Maknanya mereka punyai pemain bertaraf bintang di negara ini!

 

Kecederaan kepada Renars Rode dan Nico Velez nyata tidak membantu Nismilan. Rode alami kecederaan hamstring ketika perlawanan berusia hanya 7 minit. Ramai yang mengatakan Rode tidak sepatutnya diturunkan jika belum cergas sepenuhnya. Ini kerana seawal minit ke-7 itu juga lah kita telah menggunakan kuota pertukaran pemain kita. Pada den, ini merupakan perjudian yang diambil AK. Memandangkan Rizal Fahmi tidak dapat beraksi kerana ada urusan keluarga, maka Rode dipilih untuk diturunkan. Tidakkah kau semua ingat ketika Gerrard diperintah keluar padang selepas memijak kaki Hererra? Dia hanya beraksi beberapa minit sahaja selepas dimasukkan di permulaan babak kedua ketika menentang Manchester United beberapa musim lepas? Bukankah itu juga perjudian yang tak menjadi?

 

Berkenaan Nico pula, dia alami kecederaan berulang pada calf dia. Calf tu betis. Bukan anak lembu. Jangan salah tafsir pulak. Walaupun den agak panas sebab dia cedera, tapi nak buat macam mana ye tak? Takkan nak suruh dia pergi mandi bunga? Belum habis separuh masa pertama, dah 2 pertukaran dilakukan. Memang terganggu juga lah percaturan Nismilan malam tadi.

 

Flavio tak diturunkan sebab digantung satu perlawanan kerana mengutip 3 kad kuning. Maka Kim, Fauzan Dzulkifli dan Aiman Khalidi bermain di bahagian tengah untuk Nismilan. Pada den, Kim did not do enough to influence the game. Ingat tak masa lawan Kedah den cakap apa? Kalau midfield release bola awal untuk winger, serangan kita akan jadi lebih lancar. Perkara ini ada ketika permulaan separuh masa kedua semalam. 20 minit pertama perlawanan jangan lah tanya. Den belum sampai stadium. Maklumlah, bertugas sempena pilihanraya yang bakal menjelang ni.

 

Walaupun ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama, Nismilan bermain dengan sangat baik pada permulaan babak kedua. Fauzi Latif beri persembahan yang cukup bertenaga. Lariannya di belakang barisan pertahanan lawan ternyata berjaya kucar-kacirkan gandingan Aidil dan Marcos Antonio. Fauzi turut peroleh peluang untuk menjaringkan gol namun rembatannya sekadar menerjah ke sisi jaring. Peluang kedua adalah ketika beliau berjaya memperoleh sepakan penalti untuk Nismilan, dan yang kedua berturut-turut dalam 2 perlawanan. Sayangnya, rembatan Kim sekadar menyinggah palang gol. Hmm.

 

Aiman dan Kalaiharasan membuktikan mereka mampu beraksi di Liga Super. Sayangnya, Aiman nampak struggle untuk bertahan sehingga minit ke 90. Kalai pula nampak solid. Cuma penyokong marah kerana dia gemar back pass. Puncanya ialah midfield gagal nak dapatkan bola untuk lancarkan serangan. Salah midfield dan juga salah JDT sebab pressing mereka berkesan. Fauzan di right back juga mula kelihatan tajam semula. Lebih game time, maka lebih pantas pemain-pemain muda ini akan berkembang.

 

Dah positif kan? Kita ulas sikit pasal perkara negatif semalam. Selepas Kim gagal sempurnakan penalti malam tadi, hampir kesemua pemain Nismilan terus hilang semangat. Body language mereka menunjukkan perkara itu. Cuma pemain muda sahaja yang masih bersemangat. Fauzi, Aiman, Ferris, Fauzan dan Kalai. Aizul pula yang bermain dengan agak baik sepanjang perlawanan melakukan terjahan sia-sia ke atas Safawi Rasid dan memberikan penalti kepada JDT. Lenyaplah terus saki baki semangat berlawan yang tinggal dalam pasukan Nismilan. Ini bukan kali pertama Aizul melakukan perkara seperti ini. Ketika menentang Kedah pun terjahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Ketika bermain dengan Felda United pun begitu juga. Dengan pengalaman yang beliau ada, kesilapan berulang ini tak sepatutnya berlaku. Mungkin kerana trauma, Safawi menjaringkan gol ke-4 dengan mudah sebaik menggelecek Aizul.

 

Lebih mengagumkan ialah pada 15 minit terakhir perlawanan. JDT berjaya mengawal possession kira-kira 10-12 minit tanpa kehilangan bola. Begitu mudah mereka bermain. Nampak gembira pemain mereka. Pemain Nismilan hanya sekadar mengejar bola. Itulah jarak pasukan Nismilan dengan Harimau Selatan.

 

Andai kata den bukan rakyat Malaysia, pastinya den menyangka bahawa kesemua pemain muda Nismilan malam tadi merupakan pemain import. Ini berdasarkan work rate dan passion mereka. Pemain import sebenar pula dirundung kecederaan, digantung perlawanan, dan gagal menggerakkan permainan seperti yang diharap. Kalau macam tu, baik tak payah ada import. Bagi semua pemain muda je main. Tak payah susah-susah cari import betul? Dikhabarkan juga yang digantung tu mempunyai masalah attitude. Dikhabarkan je, biar den siasat dulu perkara ni.

 

Jadi, pemain-pemain muda ni haruslah dijaga sebaiknya oleh persatuan. Jangan diabaikan. Kita kerap kehilangan pemain-pemain muda kepada pasukan lain kerana tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Ada juga yang berhijrah kerana isu kewangan. Semoga perkara ini tidak berlaku lagi.

 

Dengan jendela perpindahan semakin hampir, mungkinkah Nismilan akan mengambil import baru? Akan ada jugakah import kuota ASEAN? Menureh ko nanti import baru tu semuo (kot ado)? Ontah lah. Kito ni ontok yo la nunggu sok. Cumo posan den, jangan terlalu ghairah mencari pemain import sehingga mudah diperdaya ejen-ejen.

 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA! 

Kid.

 

 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.