December 11, 2024

Negeri Sembilan 1-1 Perak (Matchday 14 Liga Super 2018)

4 min read

Sudah dijangka bahawa bertemu Perak yang berada di tangga ketiga liga bukanlah satu tugas mudah. Tapi kehadiran di STAR meningkat sebanyak 100 peratus berbanding perlawanan menentang PKNS FC nyata membuktikan penyokong mula percaya dengan keupayaan pasukan Nismilan. Mana tidaknya, sebelum ni bukan main susah nak dapat gol, tiba-tiba dapat 5 gol dalam 2 perlawanan. Main pun cantik sikit. Mesti lah penyokong pun datang stadium balik kan?

 

Seperti kita tahu, Nismilan perlu mengutip mata maksimum untuk setiap baki perlawanan liga bagi menghidupkan peluang  kekal di Liga Super musim depan. Tapi perlawanan semalam nyata membuktikan masih ada yang perlu diperbaiki. Jika  perlawanan sebelum ini menentang Kelantan dan PKNS FC menunjukkan penguasaan Nismilan di bahagian midfield, kelmarin persembahan yang sama gagal dipamerkan. Aiman Khalidi yang beraksi cemerlang sebagai defensive midfielder sebelum ini tidak menjadi. Banyak hantaran beliau yang sia-sia. Jika diperhatikan semula, gol skuad The Bos Gaurus berpunca apabila Aiman kehilangan bola di tengah padang sebelum Perak melancarkan counter attack. Takpo Man, memudo ni la nak buek silap. Baru buleh belajar. Kot dah tuo sok baru nak buek silap, dapek maki yo la. Diharap Aiman mampu bangkit semula daripada persembahan kelmarin.

 

Aiman Khalidi kurang menyerlah ketika bertemu Perak.

 

Fakrul Aiman, Khairul Izuan Rosli dan juga Angel Guirardo Perez juga kurang menjadi. Bukan tiada serangan langsung, cuma tidak sebahaya dalam 2 perlawanan sebelumnya. Fakrul Aiman kerap offside. Khairul Izuan pula cuba untuk merencana serangan dari bahagian sayap namun tidak menjadi. Angel (sebut Ang-hel) pula tidak dapat banyak peluang untuk mencipta sesuatu. Power betul pertahanan Perak. Midfield mereka pun bukan calang-calang. Susah jentera tengah Nismilan nak kawal permainan.

 

Pado den, trio serangan kito kurang menjadi sobab ketiadaan Fauzan Fauzi yang injured. Kot ado Fauzan kek right back tu, ado la sikit support maso nak attack sobab Fauzan gomar overlap. Bukan tu yo, dio pun laju nak turun defend kot kono counter attack. Mungkin atas sebab taktikal, full back Nismilan tak boleh nak overlap banyak sangat. Mana tidaknya, kau semua tengok tak bila Perak menyerang? Kiri, kanan, dan tengah. Tak agak-agak. Mungkin Mario Lemos enggan ambil risiko dan mahu pasukan lebih bertahan jadi tak banyak overlap yang dibuat. Crosses pun tak banyak yang dibuat Nismilan. Fakrul Aiman dan Khairul Izuan Rosli lebih bertindak sebagai inside forward yang cuba membawa bola masuk ke dalam kotak penalti. Kalau full back Nismilan berjaya supply cross kepada Angel, mungkin keputusan kelmarin berubah.

 

Mutu pengadilan semalam juga tidak banyak membantu perlawanan. Lebih banyak berborak bersama pemain berbanding bertegas dengan keputusan sendiri. Kurang mendapat bantuan daripada penjaga garisan pun satu hal. Tapi biar lah. Malas lah taip panjang-panjang. Tapi isu yang paling ketara malam tu ialah gambar di bawah ni :

 

Isu panas perlawanan Nismilan dan Perak.

 

Mana-mana liga dalam dunia pun, sekiranya seseorang pemain itu sudah memainkan bola sebelum disauk atau diparap pemain lawan, pastinya pengadil akan memberikan foul. Dalam kejadian gambar di atas, Angel dah terang-terang berjaya menanduk bola sebelum dilutut di dada oleh Hafizul Hakim. Dengan tenang pengadil bagi sepakan gol kepada Perak. Penyokong di stadium mahukan sepakan penalti diberi tapi berdasarkan ulang tayang, kekasaran dilihat berlaku di luar kotak penalti. Tapi yang den paneh tu tak dapek foul! Late challenge daripada Hafizul Hakim satu hal, menghalang peluang jaringan satu hal, Hafizul merupakan last man merupakan hal ketiga! Hal ketiga tu mungkin boleh diragukan, tapi dua hal pertama tu? Setahu den la, late tackle atau late challenge setidaknya wajar diberi kad kuning. Tapi menghalang peluang jaringan bukan sepatutnya straight red card ke? Ke semua pengadil kat dunia ni salah dan pengadil di Malaysia sebenarnya yang mengamalkan mutu pengadilan bola sepak bertaraf bimasakti? Ketika perlawanan masih terikat tanpa jaringan, Perak juga seharusnya diberikan sepakan penalti apabila penyerang import mereka dikasari dalam kotak penalti. Tenang seperti air di kali je pengadil perlawanan bagi sepakan penjuru. Keputusan-keputusan pengadil sebegini lah yang boleh mengubah keputusan perlawanan. Tak best benda ni tahu? Kalau keputusan sesuatu perlawanan itu ditentukan oleh kemampuan kedua-dua pasukan kan mantap. Memang tak semua keputusan yang dibuat pengadil akan tepat. Tapi untuk keputusan-keputusan besar sebegini, kena la tepat. Yang penjaga garisan pun satu. Kalau kau nampak kekasaran, angkat bendera dan beritahu pengadil. Bukan sekadar menjaga offside dan bola keluar padang je. Dah la keputusan bagi throw in pun selalu salah. Kadang-kadang siap tunggu pengadil buat keputusan. Baik lah kita upah ball boy tu je jadi penjaga garisan.

 

Thana muncul wira Nismilan dengan gol penyamaan pada masa kecederaan.

 

Hmm, panjang pulak taip isu atas tu. Ok, kepada hal yang lebih positif. Thanabalan! Raso macam monang maso Thana score semalam. Itulah impak yang mampu diberi Thana. Tidak putus asa dan sentiasa menjangkakan peluang menjaringkan gol akan ada. Kau semua boleh sepositif Thana tak? Minit ke-96 tau jaringan dia! Dramatik betul. Setidaknya reda kemarahan penyokong di stadium malam tu. Seri pulak dengan pasukan nombor tiga dalam liga. Handal la tu. Terima kasih Thana! Fight untuk tempat dalam first eleven!

 

Nismilan akan bertemu Perak sekali lagi pada Sabtu ini di Ipoh. Diharap pasukan dapat persiapkan pemain dan taktikal yang mampu curi 3 mata di tempat lawan. Perjalanan Liga Super Nismilan tidak menjadi lebih mudah selepas aksi Sabtu ini. 3 lagi perlawanan sukar akan dihadapi iaitu bertemu Pahang, Terengganu FC dan juga PKNS FC. Selepas itu, barulah Nismilan akan bertemu pasukan yang sama-sama cuba menyelamatkan diri daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan. Perlawanan ini semua boleh diklasifikasikan sebagai perlawanan final!

 

Den harap kito sebagai penyokong buleh ramai-ramai turun STAR untuk boghi sokongan kek pasukan. Sekarang ni kito in a relegation battle. Pado den, den suko duo bondo yo dalam liga. Mencabar untuk kejuaraan dan mencabar untuk kekal dalam liga. Kalau dok tongah-tongah liga tu, dekat nak hujung musim ni takdo apo yang nak dikojar dah.

 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kid.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.