Negeri Sembilan bukan material liga Super?
3 min readBukan sedikit beban yang perlu ditanggung oleh pasukan dan penyokong Negeri Sembilan untuk musim 2018 nanti. Bermain di liga super atas tiket perlesenan (bukan merit) sudah pasti menjadi tajuk dan tumpuan pemerhati bola sepak tanah air, lagi-lagi dari penyokong lawan (Selangor dan Pahang la tu) yang sentiasa cemburu dengan kebijaksanaan kita. Sedikit kesilapan dan kekalahan sudah pasti mengundang ejekan dan sindiran keras mengatakan pasukan kita sebenarnya tidak layak dan bukan material liga super.
Soalnya, sudahkah kita bersedia untuk semua itu?
Masih terlalu awal untuk menilai kemampuan pasukan kerana ianya belum lengkap sepenuhnya. Kita masih menguji beberapa orang pemain yang belum diputuskan statusnya. Walaubagaimanapun, jika persembahan malam tadi diambil kira, kalah 0-3 kepada PDRM di Paroi, kita bakal menjadi lauk vegetarian kepada pasukan elit di liga super. Sayur! Jangan kata penilaian Jang agak keterlaluan dulu. Kita bakal bermain di liga super dan ulasan Jang mesti naik setaraf dengan liga super juga. Jang tidak boleh lagi menutup sebelah mata dengan kesilapan pemain. PDRM hanya pasukan liga Perdana yang bermain sangat baik dan seri 2-2 dengan kita pada perlawanan musim lepas. Kualiti mereka bertambah baik malam tadi sementara kita yang akan bermain di liga super pula merosot? Kenot be!
PDRM dilihat bermain lebih sistematik dan hidup dibahagian serangan. Masuk minit ke 2 mereka membuat gerakan cantik sebelum membuat satu cross dari belah kiri yang cukup merbahaya tetapi gagal disudahkan dengan kemas oleh import mereka. Gandingan pertahanan tengah Negeri Sembilan kelihatan masih baru dan tidak ‘gel’ sepenuhnya. Madhu dari Singapura dan seorang pemain Korea Selatan (dalam tempoh percubaan) serta bek kiri dan kanan yang Jang belum kenal/atau tak ingat. Hanya Madhu yang benar-benar beraksi baik untuk keseluruhan permainan, baik semasa bertahan atau menyerang. Beliau beberapa kali membuat percubaan (tandukan) setiap kali bola cross samada dalam permainan, freekick atau corner. Perlu diingat! gandingan pertahanan kita untuk musim lepas agak solid dan keras dan gandingan baru ini kelihatan tidak begitu sedap – kene 3 gol dan beberapa percubaan lain serta mistake yang tidak boleh diterima sebagai bukti awal. Gol pertama berpunca dari clearance Saiful Amar yang kurang kemas lalu memberi peluang kepada Shahruain (Kecik) meledak dari sudut sukar sementara gol ke 3 berpunca dari kesilapan pemain pertahanan baru (ambil dari Selangor) yang membuat backpass yang tepat kearah import PDRM lalu melepaskan percubaan yan gagal diselamatkan.
Seperti Jang tulis awal tadi, tidak berapa adil untuk membuat penilaian lagi tetapi langkah awal perlu diambil dan dibendung jika tidak mahu hanya semusim sahaja di liga super. Kecergasan pemain dan kesungguhan bermain adalah antara aspek yang perlu dipertingkatkan. Rata-rata penyokong yang datang agak ramai malam tadi sedikit kecewa dengan corak, mutu dan kesungguhan pemain. Walaupun kita tidak menurunkan kesebelasan utama dan hanya menggunakan 2 import sahaja tetapi barisan pemain kedua mestilah mempunyai kualiti yang sama dengan barisan pertama. Jika tidak, pasukan tidak mempunyai pilihan pemain yang berbagai dan rotasi tidak sesuai dilakukan. Bukankah ini antara punca kemerosotan kita musim lepas dan bukankah kekuatan pemain dijadikan agenda utama pemilihan kali ini?
Ingat! penyokong bijak memerhati dan menilai persembahan pasukan. Jangan kecewakan penyokong yang datang memberi sokongan. Walau hanya perlawanan friendly sahaja malam tadi tetapi kehadiran sangat memberangsangkan. Jangkaan Jang, jika pasukan beraksi baik, jumlah penyokong ke Paroi akan meningkat sekali ganda dari musim lepas, insyallah. Tunjukkan kepada semua bahawa kita layak bermain bersama pasukan elit di liga super dan jaga la sikit air muka Jang ni. Aduhaiii..hehe
Sementara itu, Jang perhatiiiiii saja Khalid Jamlus memantau pemain PDRM melakukan latihan kecergasan. Hmmm.. geram je Jang tengok. Mujur tak jumpa lagi dah PDRM lepas ini dalam liga perdana. Mana Jang nak sorok muka kalau kalah lagi pada pasukan yang dilatih oleh Khalid Jamlus a.k.a KJ sebagai jurulatih ke 3. Malu wei!