October 13, 2024

Negeri Sembilan piat telinga Gergasi Merah Kuning di Paroi!

3 min read

Perlawanan menentang Selangor di Paroi sentiasa ditunggu oleh penyokong setia Negeri Sembilan. Mengikut rekod, pernah penyokong terpaksa meletakkan kereta mereka sampai ke Ampangan jauhnya (1.5 kilometer) dan berjalan kaki kerana kesesakan dan kemeriahan Paroi menerima kunjungan Selangor. Perlu diingat! Negeri Sembilan tidak pernah menganggap Selangor sebagai seteru mereka tetapi hanya Selangor sahaja yang beria-ia mahu menjadikan Negeri Sembilan sebagai ‘rival’ bola sepak, maka terpaksa lah Negeri Sembilan melayan kehendak Selangor ini demi menjaga air muka.

Itulah budi bahasa bola sepak yang kau semua kene hormati.

Kedudukan carta liga Super menunjukkan Selangor bukanlah powerhouse sangat. Mereka juga struggle untuk mengelakkan terjerumus ke slot penyingkiran. Justeru 3 mata malam tadi dikira amat berharga untuk kedua pasukan. Bezanya, Negeri Sembilan lebih tertekan, bukan untuk menyelamatkan diri dari tersingkir, kerana itu sudah pasti, tetapi menang untuk menaikkan moral semua. Untuk pengurusan, jurulatih, pemain, untuk Mario Lemos, untuk kita penyokong atau sekurang-kurangnya untuk rasa berbaloi membayar bil elektrik lampu limpah.

Keputusannya, Moral 3-1 Selangor. Tetapi bukanlah bermaksud Selangor takda moral. Hmmmm.

Negeri Sembilan bermain seperti biasa saja. Mungkin dah kene ‘taruk’ agaknya jadi pemain bermain lebih bersungguh. Jang puji kesungguhan Ferris Daneil, bagi Jang, aksi beliau dari mula Jang lihat sewaktu di padang BSN Bangi dalam perlawanan pemanas badan dulu hingga sekarang, masih sama. Laju dan mampu mengkucar kacirkan benteng lawan. Mario Lemos patut menggunakan Ferris Daniel dengan lebih kerap. Velez dan Flavio juga banyak menyumbang dan bermain dengan baik. Yang tak baik masih lagi Angel Guirado. Barisan pertahanan juga berdisplin cuma masih ada sedikit kelam kabut, terutama ketika membuat ‘clearance’ dan sesekali membenarkan pemain lawan membuat percubaan terhadap Kahar. Kau tak kesian ke kat Kahar tu? Nanti Jang ajar Kahar memaki bila bek benarkan penyerang lawan membuat percubaan, macam Pickford (England) kerap memaki Stones dan Maguire.

Special mention: Sean Eugene bermain baik. Jang teruja melihat keyakinan dan persembahan dia yang semakin matang bersama Selangor.

Negeri Sembilan turun bukan sahaja sebagai pasukan underdog tetapi juga handicapped. Persatuan tidak bertuan (Kongres memilih presiden baru akan diumumkan tidak lama lagi) menentang Selangor FA yang baru sahaja mendapat Presiden baru iaitu RMS Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.  Selalunya persatuan bola guna istana ini handal-handal belaka. Jadi dari segi persiapan, mental, jiwa, emosi, harga diri dan air muka, Negeri Sembilan yang tidak bertuan jauh lebih rendah moralnya. Tetapi itu tidak menjadi alasan dalam usaha mencari kemenangan.

Pemain kene sedar, mereka adalah professional dalam dan luar padang. Menjadi pemain professional itu bukan sahaja dalam padang sahaja tapi atas katil juga (tidur cukup pada waktunya untuk recovery dan kecergasan optimum) jadi hal pengurusan bukan untuk mereka fikirkan apabila didalam padang. Setiap persembahan dan prestasi mereka dalam padang adalah kayu ukur untuk mereka menjual diri dimasa hadapan. Jika pasukan gagal dan teruk, saham siapa yang jatuh? pemain juga. Bagaimana mahu pindah ke pasukan lain jika persembahan pemain adalah buruk sepanjang musim? Melainkan pemain tak kisah jika mereka akhirnya bermain dalam pasukan yang bertanding di liga FAM, janji gaji on time? Kemon!

Hal pengurusan, biar penyokong yang fikir. Pemain beri komitmen seperti mana pengurusan memberi mereka komitmen gaji on time. Jang mahu memori manis dengan pemain kekal apabila mereka telah berpindah pasukan. Jang masih memuji Shukor Adan, Hai-O, Hafiz Zamani Misbah dan ramai lagi kerana prestasi mereka dan bukan sedikit nama yang Jang maki tetapi puji lebih diingat dan maki selalunya Jang terus lupakan.

Jang harap kita menang lagi 2 perlawanan selepas ini. Pedulikan kedudukan mata dan jumlah jaringan. Kita main untuk menang, bukan untuk bagi orang lain senang. Hal turun liga tu, tau la Jang uruskan.

Selepas manis Selangor, Jang nak hirup dosa-dosa Kuala Lumpur sebelum kita tutup musim ini dengan Melaka.

Musuhnya Habis Binasa. Hobin Jang Hobin!

Ingat! jangan sampai Jang take over PBNS!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.