Negeri Sembilan sudah tidak disihir lagi.
3 min readHati sedikit berbunga melihat aksi yang dipamerkan oleh kesebelasan utama pasukan Negeri Sembilan sekarang ini. Mereka tidak lagi mengamalkan permainan yang menyakitkan hati seperti sebelum ini. Mereka bermain positif dan menyerang bertali arus, berusaha mendapatkan gol untuk menang. Ianya bukan resepi rahsia atau magik atau, bak kata mantan presiden, terkena sihir lalu menyepak pakai koting. Apakah?
Ini adalah permainan jiwa dan mental. Jang percaya pemain masih belum ada keyakinan tinggi lagi untuk menang tetapi mereka turun dengan semangat mencari gol untuk terus mara. Mereka turun untuk membuktikan kepada diri mereka sendiri dan kepada jurulatih bahawa mereka boleh bermain sebagai satu pasukan dan boleh mencipta kemenangan.
Ianya bukan roket sains atau diumpan bonus atau takut disingkirkan tetapi lebih kepada menjadi seperti asalnya. Khairul Bentong kembali menjadi dirinya semula, melakukan larian pantas, melakukan dribble yang mengujakan (samada lepas atau tak lepas dribble beliau, itu nombor 20) yang penting dia tidak lagi ragu-ragu untuk dribble kehadapan, bukan melakukan back pass atau ketengah. Beliau juga melakukan crossing yang ‘pin-point’. Sudah! Bukan benda pelik-pelik yang Jang minta dari Bentong. Itu saja yang Jang mahu dan dia deliver. Ada satu ketika, satu cross cantik dari sebelah kanan padang dan Khairul Bentong yang berada didalam kotak penalti melakukan satu lompatan tinggi, menanduk kearah gawang UKM FC, sayangnya bola terkena palang gol. Dimasa itu Jang tahu, lompatan Khairul bukan 70%, bukan 80% tetapi 100% penuh semangat mencari gol! Soalnya kemana beliau ‘menghilang’ selama ini? Hmmm.
Seorang Khairul Bentong sudah kembali bermain seperti sepatutnya, peratus kemenangan pasukan naik menjadi 30%. Bayangkan kalau semua pemain kembali!
Begitu juga dengan Faizal Sepet robust dibahagian tengah, Erix dengan permainan kerasnya dipertahanan dan kesemua pemain lain memberikan komitmen dan melakukan tugas yang diberikan dengan sepenuh jiwa, pasti mampu menghasilkan gol dan kemenangan. Penjaga gawang, Saiful Amar Sudar, juga bermain baik atau sekurang-kurangnya mulut dia bising memberi arahan dan peringatan. Bola sepak bukan drama bisu atau menghadiri kematian, pemain mesti bermulut bising, meminta bola, meminta kawan turun membantu, menjerit kemarahan apabila sepatutnya bola diberikan kepadanya tetapi kawan tidak nampak dan sebagainya. Jika senyap, maka pemain lain tidak sedar kesilapan mereka, Pemain tidak sedar mereka telah jauh dari posisi sepatutnya dan sebagainya. Mulut sangat penting. Jang cukup panas hati kalau pemain pasukan lawan lebih meriah seperti pasar ketika bermain dan pasukan kita senyap. In football, silent is NOT golden. Make some fucking noise because this is Paroi and they must obey to our rules!
Tapi itulah, ini hal karekter. Kalau dah jenis diam, memang susah nak minta mereka bising.
Gol pertama Negeri Sembilan dihasilkan melalui Fakhrul Aiman sebelum rehat dan gol kedua melalui tandukan solid Faizal Sepet pada masa kedua. Bagaimana mereka mendapatkan gol? Biarlah 263 penyokong yang tetap berdegil mahu turun ke stadium mengetahui dan menikmatinya.
UKM FC berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan pada minit ke 88. Mereka mengamalkan corak permainan nak cepat saja. Dapat saja bola, terus dilambung ke kotak penalti N. Sembilan. Berhempas pulas juga barisan pertahanan bertahan. Kredit harus diberikan kepada Osman, Fauzan, Fauzan Fauzi dan Aiman Khalidi kerana bersabung mengekang pemain import UKM FC yang cukup keras dan lasak body mereka. Walau ada sedikit skeptikal pada sesetengah penyokong yang takut seri last minit, tapi Jang terus yakin, kita akan menang.
Negeri Sembilan perlu menang dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Terengganu II di Kuala Terengganu nanti untuk meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya. Peluang Negeri Sembilan dan UKM FC masih terbuka dan hanya kemenangan sahaja akan menentukan pasukan mana akan layak. Jika semangat dan momentum sama dikekalkan, pasukan kita mampu melakukan kejutan. Percayalah!
Hobin Jang Hobin.
Jang,
Buapak Ahli Gabungan