NFDP | Bubarkan sahaja jika konsisten gagal.
4 min readSkuad muda negara bungkus lagi, selepas rentetan kekecewaan dari Sukan Sea sebelumnya, kini
mereka tampil untuk gagal lagi di Piala Asia Bawah 17 tahun yang kini berlangsung di Thailand. Alep
tak nak cakap banyak, dah lali dan bosan untuk berbasa-basi. Sudah terlalu banyak yang Alep dah
tengok dari program pembangunan ini baik daripada pengenalannya dari 2011 sampai lah sekarang 2023. Tak ada apa yang boleh dibanggakan, layak ke Piala Dunia Bawah 17? Tidak sama sekali.
Kenapa Alep marah sangat? Mudah, pada tahun 2018, masa Malaysia jadi tuan rumah Piala Asia
Bawah 16 tahun, kita ada peluang yang sangat cerah nak ke Piala Dunia. Dengan segala hype yang
ada, skuad Bawah-16 ini tak pernah tewas sepanjang 2 tahun, bahkan menang dengan Iran 2-0. The
world seems so beautiful at that moment for us. Ditambah lagi dengan bimbingan Lim Teong Kim
(Jurulatih yang discover Thomas Muller) dan generasi emas dari Piala Iber 2013, Sikh Izhan, Luqman
Hakim, Daniel Amali sebagai permata baru bola sepak negara. Alep ramalkan kita bakal layak ke
pusingan kalah mati Bersama Jepun.
Tapi sayang, bola sepak tak dimainkan di atas kertas. Kegagalan disiplin dan taktikal menyaksikan
kita kecundang 2-4 lawan Thailand. Ironi, belanja juta juta, tapi dengan Thailand masih sangkut.
Kecewa, selepas Alep tengok kita mudah menjinakkan Tajikistan di stadium, Alep ke stadium sekali
lagi untuk melihat kita layak ke pusingan kedua dengan menyingkirkan Thailand. Jangkaan Alep
meleset tapi Alep masih positif, kalau dengan Iran pun boleh menang, pasti tiada yang mustahil
dengan Jepun, kan? Wrong, kita bungkus bergaya lawan Jepun. Ramai pertikai kenapa LTK bermain
dengan cara konservatif menentang Jepun sedangkan kita ada kualiti untuk menyaingi mereka.
Ironinya, Tajikistan yang kita belasah 6-1 itu ke Piala Dunia, bola sepak itu kejam kan?
Secara jujurnya? Alep kecewa, kecewa sebab selepas dijanjikan bulan dan bintang oleh NFDP, kita
sangkut lawan Thailand. Tapi tak apa lah, nasi dah jadi bubur, mungkin ada diantara mereka bakal jadi
bintang masa hadapan negara. (Massive respect to Sikh Izhan dan Arif Aiman, sebab mereka
saja yang Alep boleh bilang sebagai sukses)
Fast forward to 2023, Alep disogok lagi dengan skrip sama. Menang lawan Palestin, UAE dan
kemudiannya kita menyingkirkan Indonesia 5-1 di pusingan kelayakan (Ironi, sebab yang dibelasah 5-
1 itu ke Piala Dunia juga). Kemudian kita banyak menang dalam jelajah siri perlawanan persahabatan
di Qatar. Naratifnya sama, Alep kembali yakin.lalu Alep pun pergi lah ke Stadium UITM Shah Alam
untuk lihat sendiri “aura” pemain hebat ini. Kita kalah, with a respectable score 2-3, tapi secara
jujurnya Alep bingung, kerana kita sewajarnya kalah dengan kadar lebih besar kalau diikutkan dengan
gaya permainan yang dipersembahkan, dan seperti biasa, Alep betul. Kita kalah dengan Arab Saudi 4-
1 dalam perlawanan persahabatan terakhir.
Jadi disini Alep musykil, macam mana team yang boleh beat UAE dan Palestin boleh kalah tak
bermaruah seperti itu menentang pasukan yang sama kualiti? Dengan passing dan kawalan bola caca
marba, long ball bodoh, apa yang diterapkan NFDP sepanjang 12 tahun penubuhan mereka? Malaysia
ni power sebab team lain lemah ke? Banyak persoalan yang bermain difikiran Alep tapi Alep
husnudzon saja. Kita berada dalam kumpulan yang sama dengan Yaman, Thailand dan Laos. Dalam
fikiran Alep, hajat kita ke Piala Dunia bawah 17 tahun adalah realistic. Sebab Alep rasa kumpulan ni
“boleh makan”
Tapi sayang, skrip 2018 berulang lagi. Kalah 4-1 lawan Yaman, 3-0 lawan Thailand sebelum menang
tipis 2-1 lawan Laos. Melihatkan pencapaian budak budak NFDP dan pasukan Harimau Muda yang
pernah kalah lawan Laos dan Kemboja di peringkat Asean dalam peringkat kelompok umur, dan gagal layak ke Piala Asia Bawah 19 tahun baru baru ni. Apa yang kita nak banggakan dengan NFDP?
Apa relevannya NFDP dan perbelanjaan juta-juta setiap tahun dari duit pembayar cukai dan wang
rakyat Malaysia, kalau ini kualiti yang kita dapat? Kalau sekadar nak layak ke Piala Asia, baik kita
ikut model pembangunan Laos, Laos pun layak ke Piala Asia Bawah 17 tahun. Adakah Thailand ada
NFDP? Indonesia? Vietnam mungkin ada model yang lebih kurang sama tapi program pembangunan
ini ditampung oleh kelab liga mereka sendiri. Sampai bila kita nak sogok anak muda ini dengan
“It’s okay, you did your best”
“Tak apa, kita cuba lagi lain kali”
Sokongan itu adalah faktor yang ditagih, tapi ia bukan sesuatu yang harus membuat pemain ketagih.
Biar budak budak ini membesar, berhadapan caci maki penyokong dan kekecewaan mereka. Itu
adalah pengajaran yang sebenar-benarnya mendewasakan. Kepada pemain pemain muda negara, Alep
harap mereka bangkit, tapi kalau tak boleh move on, Alep nasihatkan korang sambung belajar je lah.
Sekurang-kurangnya ada masa depan untuk korang selepas bola sepak.
Untuk NFDP, elok bubar saja. Biarkan tanggungjawab ini digalas oleh pasukan negeri. Apa kebenda
pemain NFDP semua dibeli secara borong oleh kelab kelab? Jadi apa relevannya pemain Piala
Presiden dan belia? Hentikan lah sarkas ini, sudah tiba masanya kelab dan negeri kita sendiri yang
develop talent. Apa gunanya Liga Belia kita kalau tak dijadikan pentas menggilap pemain akademi
sendiri? Kelab tak mampu wujudkan akademi? Haramkan saja, biarlah liga kita ada 5 atau 7 pasukan
sekalipun, asalkan kelompok yang disediakan semuanya berkualiti. Sperma yang membenihkan pun
cuma satu sahaja, bukan dua atau tiga. Jadi eloklah kalau pemain dan pentadbiran sedia ada ditapis-
setapisnya.
Mungkin rezeki kita bukan di peringkat umur, tapi di peringkat senior. Dan secara jujurnya Alep lebih
gemar melihat pemain-pemain ini belajar dari kesilapan, dan terus berkembang cemerlang di
peringkat senior, the only stage that matters. Tak guna kalau kita cemerlang ketika muda tapi layu di
pentas antarabangsa yang kompetitif. Kalau nak kira Piala Dunia peringkat umur, pasukan Nigeria
muda dah banyak kali julang Piala Dunia tapi hancur di peringkat antarabangsa. Pilihan kita sendiri, nak power awal? Power later? Atau power selama-lamanya?
Nota editor: Alep adalah seorang pemerhati bolasepak yang telah beberapa kali menghantar artikel dan disiarkan oleh Ultrajang. Kami berbesar hati menerima artikel sesiapa sahaja yang mahukan pandangan mereka dilepaskan dengan geram.