#NothingToHide
2 min readPanas!!
Panasssss!
Jang takda apa yang hendak disorokkan. Niat dihati Jang suci. Jang nak terangkan kepada peminat bolasepak sebenar apa yang Jang rasa betul atau perlu diberitahu. Bukan niat Jang nak tunjuk hebat atau mengaku pahlawan. Jang bukan pahlawan. Jang hanyalah pencinta bolasepak Malaysia. Jang ada perjuangan Jang sendiri dan jika ditakdirkan Jang keseorangan dalam perjuangan ini, Jang redho.
Mereka yang berada didalam padanglah yang layak dipanggil pahawan kerana mereka berjuang atas nama negara. Tetapi semangat pahlawan saja tidak cukup! Semangat melawan juga tidak ada ertinya kalau corak permainan B-23 masih sama. Masih menghantar bola jauh kedepan untuk diambil oleh pemain penyerang. Masih takut untuk membuat hantaran pendek mengawal permainan, masih gagal mengawal ‘first ball’ dengan baik dan tidak melakukan banyak percubaan ke gawang. Semuanya masih sama. Apa artinya darah pahlawan yang mengalir dalam badan mereka ini lagi? Baik derma darah saja.
Jang percaya, semua ini tidak ada dalam latihan mereka. Mereka berlatih dengan baik. Mereka faham arahan jurulatih tetapi bila dalam padang, mereka main serupa setan! Bukanlah teruk sangat, cuma serupa setan je.
Sampai bila rakyat Malaysia nak saksikan semua ini? 1Malaysia Dah Bosan.
Siapa nak jadi pejuang dan pertahankan gaya permainan macam ini? Ultras? Ya! hanya itulah yang Jang dengar menyanyi semalam. Mereka akan terus menyanyi walau apa pun terjadi. Itu gaya dan budaya mereka, yang lain?
Ada sekali Gary membawa bola dan peluang menjaringkan gol lebih cerah jika dia memberi bola itu kepada pemain no 18 (Shahrul,kalau tak silap) yang ikut berlari dengannya disisi kanan. Shahrul jelas tidak berada pada posisi offside, tetapi Gary terus membawa dan menolak lemah jauh dari gawang Thailand. Punaiiii!
Jang marah 2 benda disitu. Pertama, Gary tidak menghantar bola ke Shahrul dan kedua, Shahrul pun tak pulak menjerit, angkat tangan, bukak baju minta bola. dia diam je berlari..dan bila percubaan Gary gagal, Shahrul tak marah pulak. Apa punya pahlawan ni? Sepatutnya dia menjerit minta bola dan bila lihat percubaan lemah macam tu dia sepatutnya memaki “Dortmund my ass!” sambil menumbuk tanah.
Macamana mereka boleh tidur malam dengan nyenyak betul-betul buat Jang hairan.
Pemain B-23 ini Jang tengok bolehlah dibubarkan dan bawa pemain B-13 NFDP gantikan mereka. Jang dengar mereka kalahkan B-13 Bayern Munich. Minta jauhkan pemain NFDP ini dari padang Harimau Malaya atau TV set yang siarkan perlawanan Malaysia. Bukan apa, jaga la sikit air muka Datuk Ong dan Abang Doll. Jauhkan pemain muda ini dari anasir-anasir yang boleh menganggu gugat keharmonian mereka diatas padang.
Kita tunggu perlawanan Harimau Malaya menentang Hong Kong nanti. Kalau sama juga, Ultrajang akan terus meroyan! Ultrajang tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Semuanya Ultrajang lakukan untuk kepuasan bolasepak sebenar.
Sekali lagi Jang nak ulang, Jang bukan pahlawan bolasepak, cuma pencinta saja.
Tahniah kepada pemenang pingat emas pertama negara. Gadis ini berdua je menari-nari didalam air. Mereka langsung tidak menunjukkan sikap gentar atau poyo sehinggakan jika ada ikan melihat aksi mereka, ikan juga akan malu dan mati kelemasan.
Syukur tak bahan liverpool kali ni. Ahahahahahahaa
sabar wahai anak muda…tak lama lagi tu.heheh
Tidak boleh menolak tulisan Jang di atas. Meroyan is our nama tengah!!!
kalau tak meroyan nanti kita gila sensorang