NSFC | Akan datang 7 perkara selepas 7 bolos
3 min readJang tidak menyimpan atau mencari rekod lama tetapi Jang yakin, 7-0 adalah kekalahan paling memalukan dalam sejarah bola sepak Negeri Sembilan era moden atau sekurang-kurangnya dizaman stadium Paroi. Lebih menambah parah, ianya terjadi dikala kita menyambut 100 tahun terberanaknya bola sepak di bumi beradat. Adakah kita perlu move on? Not me and not today. Move on adalah mentaliti lemah penyokong yang secara langsung memberi peluang kepada pasukan untuk terus mencipta kesilapan, mengulangi kesilapan dan kemudian kita sama-sama buat Viking Clap. Wtf?
Jang selalu mengatakan dan Jang akan terus berpegang pada prinsip bahawa bola sepak bukan roket sains, bukan perlu mencari formula aneh dan bukan ‘reinventing the wheel’. Semua formula dan roda bola sepak telah dicipta lama sebelum JDT diwujudkan dan apa yang kita perlu buat adalah copy-paste. Mencari wang dan mencari pemain berkualiti dalam era bola sepak moden, adakah ini benda baharu? Ya, jika kau baru hidup 100 hari. 100 tahun? Dah mereput dalam kubur dan muncung Sangkakala pun dah dekat dibibir malaikat Israfil.
Jang cuba merasionalkan diri tetapi bak kata Albert Einstein; “Aku tidak pernah mencipta apa-apa pembaharuan dengan berfikiran rasional” So fuck rational thinking!
Hmmmm.. nampaknya takda benda yang elok keluar dari mulut Jang ni. Jika diteruskan, tercalar nanti ego Jang sebagai lelaki budiman kesukaan ramai. Tak manis pula asyik mencarut dan marah-marah sedangkan Gulon dan import baru sedap berehat dirumah. Mari kita lihat beberapa perkara menarik yang berlaku di Paroi Isnin lepas sebagai pedoman.
- JDT adalah magnet! Selain mempunyai pasukan yang kuat dan stadium yang hebat, JDT mampu menarik keluar segala lapisan masyarakat penyokong dan bukan penyokong turun ke stadium Paroi! Jang perhatikan makcik tua, pakcik berjubah, pasangan anak beranak dari Putrajaya, Seremban 2, satu famili 4 keturunan dari Palong, Kepih, Bayai dan Tengkek dan muka-muka yang Jang gerenti hanya turun stadium sekali setahun, berduyun ke Paroi hanya untuk melihat JDT bermain. Inilah yang dinamakan branding power. Sungguh jelas, jenama JDT lebih menghairahkan dari jenama NSFC.
- Bagaimana NSFC mahu mengkonvertkan jenis penyokong sebegini menjadi penyokong setia yang turun pada semua perlawanan? Mereka adalah penyokong kita tetapi mereka hanya nak datang jika lawan JDT. Mana larat kita nak lawan JDT tiap minggu weii! Habis MC klinik Guolon kerjakan nanti. Lawan KL mereka tak mahu datang sebab tak glamer. Takda idea kan? Kutip suku juta ringgit duit tiket pada tiap minggu pun masih NSFC tak berselera? Cari la idea. Pepatah Cina ada mengatakan, wang kecik tidak keluar, wang besar tidak masuk. Simple!
- Hanya Syihan dan Arif Aiman berstatus Bumiputera dalam separuh masa pertama JDT. Selepas mereka selesa mendahului 4-0 baru mereka masukkan Syamer Kutty dan kaki gelecek berambut perang, Akhyar Rashid. Memang solid pasukan JDT dan line up mereka memberi isyarat jelas; “kami datang untuk menang dan bukan untuk beri perlawanan sahaja”. Memang masak pemain NSFC nak manage mereka. Sementara NSFC pula hanya menurunkan 1 import tua dan 1 import Asean dan mengganti pemain pada minit ke 80?85? Jelas, NSFC sudah kalah sebelum sepak mula dan hanya mengisi jadual liga.
- Rata-rata Jang berbual dengan penyokong NSFC sebelum perlawanan, sudah menjangka akan kalah. Ketawa dan hairan juga Jang penyokong yang langsung takda keyakinan kepada pasukan. Walaupun kita lemah, takkan takda sekelumit harapan? “takda bang! JDT kuat! hahaha”. Alahaiii…
- Punya la real, rata-rata penyokong tak tahu mana satu gate A, B C atau D. Mereka tertanya-tanya dan tercari-cari mana pintu masuk. Lucu juga. Bola sepak adalah kemeriahan, karnival dan sukan rakyat marhaen. Tak payah cerita panjang, kau dah lihat sendiri hari tu, serupa pasar malam uptown seminggu nak Raya. Happening dan vibe memang A.
- K. Devan, selepas perlawanan berkata, NSFC perlu masa 10 tahun untuk bersaing dengan JDT? Kenapa bunyi macam janji politik? Kenapa perlu ambil masa lama? Kenapa tidak 100 tahun? Kenapa bersiap lambat kemudian minta masa tambahan? Dia menambah, NSFC baru 3 tahun ditubuhkan dan perlu masa. MASA? Jangan hina MASA. Musim lepas, JDT perlu masa tambahan 10 minit untuk kalahkan NSFC. Maknanya apa? Kita semakin mengundur kebelakang dan semakin lemah?
- Jang sentiasa betul.
- Betul ke khabar angin mengatakan gaji pemain tertunggak lalu dijadikan alasan pasukan bermain lemah dan bolos 7 gol?
Seperti yang Jang tulis diatas, pasukan mesti diberi sedikit tekanan agar mereka sedar yang kita bukanlah penyokong tunggul yang hanya menerima kalah dan menang itu sebagai suatu takdir. Jang bukanlah mahu menghentam secara membabi buta tanpa ‘berfikiran rasional’ terlebih dahulu. Ianya suatu rantaian kemarahan dan masalah yang bermula dari persiapan musim lagi. Bak kata pepatah, trash in, trash out from my mouth.
Jang,
Buapak Bolasepak Beradat