NSFC| Ekau Kudo ko Kobau?
2 min read
Peribahasa Inggeris lama ada mengatakan, ‘You can lead a horse to water but you can’t make it drink’. Samo la kelakuan kito semuo, Jang dah ajak kau semuo turun Paroi tapi kalau kau semuo dogil, bega, ego dan keras kepalo (atau ada halangan lain yang lebih mustahak) tiadalah apa yang mampu Jang lakukan. Namun, izinkan Jang mengulas tajuk ‘Membawa kuda ke sungai namun kuda tidak mahu meneguk air lalu mati kehausan’ dari konteks bolasepak.
Jang boleh bentangkan fakta, bukakan pintu Paroi, pimpin tangan kau turun berjalan namun keputusan akhir tetap ditangan kau. Macam kudo tadi la, dah bawak ke sungai namun jika dia memilih untuk mati kehausan, apo nak dikato? Kok dah sampai pintu Paroi, kau berguling tak nak masuk, takkan Jang nak cemat kau dengan cemeti?
Sama dalam bolasepak dalam padang, jika coach dah menjerit, data analisis dah dibentangkan, slide presentation terang dan jelas, namun jika pemain malas fikir, malas lari atau malas belajar, tiadalah erti semuanya. Kerana yang bermain dalam padang itu manusia, bukan taktikal. Nampak?
Perlu diingat! Coach bukan ahli sihir yang ada magic wand. Coach hanya mampu sediakan game model, lukis shape, trigger press dan camno nak defend. Tayang video sampai Subuh pun tapi kalau pemain tak scan sebelum terima bola, tak faham bilo nak control tempo atau bilo nak kill the game, lari sebab disuruh bukan sebab faham ruang mako samo la macam kudo tadi; air ado dopan mato tapi mati kehausan kerana otak tertutup.
Pemain yang bermain mengikut arahan ni dia macam robot. Bila situasi berubah dan memerlukan pemain berfikir sendiri, dia mati akal. Pemain kena tahu kenapa dia kena lari, bila nak langgar atau nak sabar kerana bolasepak zaman moden bukan hanya bergantung kepada disiplin tapi kemampuan membuat keputusan disaat tertekan.
Kalau penyokong pulak menokan-nokan, adakah pemain perlu panik atau tenang backpass ke keeper walau maso dah nak habis dan kito tinggal 1 gol?
Kito ambik resmi Kobau, turun berkubang sesamo, mandi reramai dan walau berondam seharian, badan tetap berlumpur dan berbanggo sapo lumpur paling tebal. Kobau tak payah diseret ke lopak lumpur, dio tau itu tanggungjawab dio sebagai kobau untuk berkubang.
Sekarang ekau kudo ko kobau? Kalau kudo, makno eh kau bega dan akan mati kehausan. Kalau kau kobau, boli tiket dan moh berkubang di Paroi. Kobau kalau minam, dio turun ke sungai beramai-ramai, bukan minam sorang lam botol air dopan TV.
Fikir semulo, ekau kudo pun lom ponah jumpo. Ado kek Pejabat Veterinar Jalan Pantai kok nak nengok.
Jang,
Sang Kancil.
