October 13, 2024

NSFC | Gustavo wajib jaringkan gol atau..

3 min read

Masih melekat dalam memori Jang ini, bagaimana degup jantung berlari kencang ketika Kossi mendapat peluang mencipta gol KEMENANGAN keatas JDT di Paroi. Namun dia memilih untuk menghantar bola ke kampung halamannya. Jika dia pemain bek, Jang akur dengan percubaan naik melangit, tetapi dia seorang striker. Tugas striker adalah mencetak jaringan selepas bola disuap oleh pemain lain. Kossi gagal, ditambah dengan sikap macam bagus, dia akhirnya digugurkan dari skuad NSFC. Nampak?

Bagi Jang, tugas striker adalah sama seperti seorang pembunuh. Jika dia striker import, maka dia dianggap pembunuh upahan professional. Bayarannya sudah tentu lebih mahal. Satu misi membunuh telah diserahkan kepadanya. Dia mesti membunuh walau dengan apa cara sekalipun. Guna pistol, pisau, grip tengkuk, smackdown dan macam-macam kaedah lagi, asalkan dia mesti berjaya membunuh. Hatta jika hanya dibekalkan tali rafia sahaja pun, dia mesti mematikan musuhnya. Jika tidak, dia akan terbunuh. Itu risiko yang dia harus tanggung dan Kossi telah menerima padahnya. Begitu juga striker, dia kena jaringkan gol, kerana itu tugas hakiki seorang penyerang. Tak kisah la nak guna kaki, tandukan terbang, hand of God ala Maradona, belakang tumit, siku, tali kasut atau hidung. Guna akal. Jika gagal, kita tak dapat mata penuh. Semua usaha pemain lain akan jadi sia-sia. Syihan terbang sana sini nak cleansheet, pemain pertahanan lain berhempas pulas mengukuhkan benteng, pemain tengah sudah menyuap bola kecelah kangkang. Latihan pagi petang memakan kudrat dan masa. Semua itu mesti diambil kira.

Belum lagi hal bayaran mahal yang selalunya siap advance 3 bulan sebelum diikat kontrak. Kalau gaji 9000USD, takkan kau nak cerita hal serasi? Pemain dipilih bukan untuk serasi tapi untuk jaringkan gol. Karim Benzema diawal karier bersama Real Madrid, 6 bulan pertama rasa diri keseorangan dan tiada siapa bercakap dengan dia kerana masalah bahasa. Dia juga bermasalah dengan Jose Mourinho hinggakan bertengkar sebelum perlawanan menentang Real Mallorca.

“I wasn’t supposed to play the game and, as we were arguing, I told him ‘Tomorrow you start me and I’ll score and I’ll make you win the game’. The next day I scored and we won 1-0.” – Karim Benzema.

Itulah striker sejati. Dalam diri penuh rasa yakin dan anggap diri sendiri sentiasa bersedia dan lebih baik dari mana-mana pemain pertahanan. Bila dalam padang, convert motherfucker, convert the fucking chances! kalau peluang takda, maka kau kena cipta peluang tu. Bak kata Jean Reno dalam film The Professional; No women, No kids! lain semua tembak mampus! baru real!

Jang bukan nak kata pemain import kita tidak bagus tetapi Jang demand mereka mesti lebih bagus dari tempatan. Sekarang pemain tempatan kita bagus dan kuat, takkan import pulak yang lembik. Kenot be! Kau seronok tengok De Paula main dalam jersi kebangsaan? Jang tanya je sebagai perumpamaan. Suka Jang ingatkan, mengambil pemain import bukan mengikut bajet atau sekadar melengkapkan kuota. Jika ianya sekadar itu, maka kau fikirlah sendiri. Kossi dimaki kerana kecewakan kita depan gawang. Dia digantikan dengan Gustavo dan jika Gustavo kecewakan kita, kenapa kita tak maki dia?

Yela..ye laaa…baru main satu game kan. Bagi chance la. Tak tukar memokak, dah tukar pun memokak. Kau nak apo laie ni? Sikap tunggu dan lihat ini jadi punca selesa. Bila Gustavo, Alves, Omid dan Pinto rasa selesa, penyokong tak beri tekanan, dia akan terus bermain seperti biasa. Gaji sedap dapat tiap bulan. Penyokong mesti beri sedikit tekanan kepada pasukan, persoal bagaimana import dipilih, bagaimana wang dibelanjakan (walau bukan wang kito, tapi kita beli tiket tu kira indirect lah), kenapa tiket mahal, kenapa 3rd jersi masih tak keluar, kenapa pasukan NSFC tiada pembeli sedangkan kita bebas hutang dan top 3 liga? kenapa Perak FC banyak hutang dan main Liga Perdana tetapi ada pembeli, kenapa pasukan masih berlatih dipadang sewa dan blabla. Sebenarnya ada banyak persoalan sedap tapi Jang pilih kenapa striker tak jaringkan gol sahaja. Nampak?

Seri dengan Melaka dan Kedah adalah satu kerugian kerana pasukan bermain baik dan jelas NSFC lebih kuat berbanding kedua pasukan tadi. Target kekal Liga Super? Ya, jika mahu kekal Liga Super, kena menang dan dapatkan 3 mata. Jika striker asyik tak score walau pemain lain bermain baik, maka camno nak kekal?

Sebagai penyokong, kita kena teruskan menyokong tanpa belah bagi. Tapi kena juga la cuit sikit agar lebih sedap jadi penyokong. Jadilah penyokong yang ambil tahu hal luar dalam, jika perlu, atau jadi sahaja penyokong yang hardcore tanpa peduli. Ini semua pilihan dan pilihan masing-masing adalah tidak salah.

Hal ni simple je, NSFC monang, striker score, penyokong happy, Jang diam.

Jang,

Akan jaringkan gol walau dari sudut sukar.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.