NSFC | KELME bertapak di Negeri Sembilan
2 min readTak sabar nak mulakan musim baharu Liga Malaysia 2023? Tenang anak muda! Biar Jang bawa kau semuo mengetahui satu hal mustahak tentang penajaan jersi baru NSFC musim ini, KELME. Sebelum itu, kita ucapkan terima kasih sekalung budi kepada penaja musim lepas, Kaki Jersi yang bersama kita selama dua musim. Jang harap semua yang ada memesan jersi bersama Kaki Jersi telah mendapatkan jersi mereka. Jang difahamkan, Kaki Jersi masih bersama PBNS untuk musim ini. Semoga Kaki Jersi terus melangkah maju bersama penajaan pasukan lain. Amin.
Berita KELME, tapak kaki misteri menjadi penaja jersi NSFC benar-benar memeranjatkan Jang. I mean, what the fact? Memori Jang bila nama KELME disebut adalah jersi pasukan Real Madrid dizaman gemilang mereka (1994-1998) dan but bola Gaizka Mendieta. Jang sendiri memiliki sehelai jersi Real Madrid KELME berwarna putih yang dihadiahkan oleh Luis Figo. Tak disangka dan tidak sabar menunggu jersi pasukan NSFC bersama tapak emas KELME untuk musim 2023 dan 100 tahun bolasepak Negeri Sembilan.
Mengikut sebaran media yang dikeluarkan oleh NSFC, KELME akan menaja pasukan kita untuk dua tahun dengan nilai tajaan RM1.7 juta. Sebagai Rakan Teknikal, KELME akan menyediakan kit untuk pasukan Liga Super, Liga Bawah-23, Piala Presiden dan Piala Belia bermula tahun ini. Mengikut sebaran media itu lagi, CEO NSFC, Satwant Singh berkata, penajaan ini turut merangkumi manfaat pemasaran dan komersil yang sangat diperlukan ketika kita sedang bersaing di dalam era penswastaan pasukan. Walaupun Jang tidak begitu pasti maklumat terperinci tentang pemasaran dan komersil tersebut tetapi kita sedia maklum, pemasaran dan komersil adalah satu elemen penting yang kita agak lemah. Maka, Jang harap penajaan dan bantuan KELME dalam hal ini boleh melonjakkan nilai komersil pasukan.
Dalam hal design jersi pula, diharap penaja utama bersedia untuk memberi laluan kepada hanya satu logo sahaja dibahagian depan. Jika sebelum ini, Jang sentiasa tidak berpuas hati melihat logo Visit Negeri Sembilan dan Matrix dibahagian depan. Bukan apa…nampak buruk seperti berebut kerusi nak makan dikantin sekolah. Kalau kerajaan Negeri letak 2.5 juta, Matrik up la jadi RM3 juta dan hanya logo Matrix sahaja ada didepan. Begitulah sebaliknya kerana setiap permukaan jersi ada nilainya tersendiri. Logo lain letak dibelakang, sisi, dagu atau siku. Design jersi, baik dari jenama KELME, adidas atau Nike akan menjadi buruk jika terlalu serabut dibahagian depan. Bagi la maruah sedikit pada jersi kita. Takkan benda tu pun nak Jang fikirkan.
Menyentuh soal design juga, Jang rasa KELME perlu melepasi standard yang dibuat oleh penaja terdahulu, Kaki Jersi. Design mestilah bersifat perwira, pride, pedas, bertanduk kerbau, cantik, kemas, berkualiti dan semestinya bukan sublimition seperti baju kaki pancing atau geng motor berkuasa rendah. huhuhu. Kemon!
Apapun, kami di Ultrajang teruja dan tidak sabar melihat KELME terpampang didada semua peminat bola Negeri Sembilan. Semoga hal pencetakan, order dan distribution berjalan lancar.
Hobin Jang Hobin!
Jang,
Tapak Kuda.