NSFC | Kenapa KELME dan kenapa tidak?
3 min readSebagai lelaki budiman yang berjiwa lembut, Jang terpanggil untuk memberi pandangan mengenai jersi Kelme NSFC yang dilancarkan baru-baru ini, home dan away.
Jang lihat rata-rata penyokong memberi reaksi tidak gembira dengan corak jersi Kelme untuk musim 2023. Ada yang komplen jersi nampak biasa, tidak istimewa dan selari dengan sambutan 100 tahun terberanaknya bolasepak dibumi Negeri Sembilan. Perlu diingat! Semua pandangan adalah tidak salah tetapi tidak juga bermaksud betul. Jika tidak salah namun bukan betul, maknanya apa?
Jang selalu katakan, jersi adalah pakaian seragam rasmi untuk kita pergi berperang. Ianya mestilah menampilkan corak yang garang dan bermaruah. Sekurang-kurangnya kita berdiri sama tinggi dengan musuh tanpa sedikit rasa segan. Jika kita malu atau tidak mahu memakai pakaian perang kita, musnahlah identiti dan jika menghentam, rosaklah perjuangan.
Oleh kerana kecantikan adalah bersifat subjektif, maka Jang tidak akan menyentuh hal corak lawa atau tak lawa. Ada yang rasa cantik, ada yang rasa biasa, ramai kata buruk dan ada yang tak punya rasa apa-apa. Setiap rasa adalah berbeza di lidah masing-masing. Macam kau punya perisa vape tu la.
Izinkan Jang membawa penyokong kepada satu kisah dimasa dahulu yang sehingga kini masih relevan diguna pakai oleh semua pasukan bolasepak didunia yang fana ini. Pada tahun 1981, pasukan Real Madrid memakai jersi Adidas. Dikala itu Adidas adalah satu jenama yang sangat kuat dan mendapat tajaan mereka adalah sesuatu yang sangat bernilai komersil.
Sehinggalah pada tahun 1986, presiden Real Madrid yang baru dipilih ketika itu, Ramon Mendoza Fontela, seorang ahli perniagaan dan peguam, membuat kejutan dengan menukar penaja jersi dari jenama Adidas kepada jenama Hummel. Afkos, penyokong Real Madrid hairan cuma mereka tiada media sosial untuk melampiaskan kemarahan mereka. Dalam satu temubual bersama akhbar sukan Marca, Mendoza berkata;
“Kita tidak ada apa-apa isu dengan Adidas cuma Hummel offer kita lebih banyak wang dan kita hidup guna wang bukan ilusi”
Kemudian pada tahun 1994, KELME menjadi penaja jersi Real Madrid menuju kegemilangan hingga tahun 1998 sebelum Adidas kembali memotong dengan jumlah tajaan semakin menggila. Untuk rekod, Adidas kekal menjadi penaja Real Madrid dari tahun 2020 hingga 2030 dengan jumlah tajaan 1.1 billion euros.
Fuck money but no money will fuck you up.
Nampak tak? Faham tak apa yang Jang cuba sampaikan? Apa kandungan yang tersirat, kau faham-faham la sendiri. Sebenarnya bukan hanya Kelme tetapi banyak lagi jenama yang cuba masuk menjadi penaja pasukan NSFC untuk musim 2023. Tak manis Jang sebutkan disini jenama tersebut namun biarlah Jang katakan, hanya Kelme menawarkan pakej menarik dan menguntungkan pasukan.
Tapi Jang, design tu tak cun langsung! Baiklah, Jang setuju bab yang nampak biasa-biasa saja. “Guna template ke”? Usik tweet kawan Jang yang lain. Untuk rekod, jersi template atau custom kepala kain tidak pernah menjadi isu pada masa dahulu, sekarang dan akan datang. TIDAK PERNAH! Kenapa kita semua semakin demand nak barang cun tanpa mengukur baju dibadan sendiri?
Sekarang biar Jang bawa kau semua kepada kisah tempatan pula. Jenama Joma telah 5 tahun menjadi penaja jersi Selangor FC (2019-2023) dan kalau tak silap, mereka juga bermula dengan jersi template. NIKE juga bagi jersi template kepada pasukan Harimau Malaya serta banyak lagi jenama lain. Kenapa? Sebab takkan mereka nak terus design kain baharu untuk jualan 100 helai sahaja di Selangor. Ini adalah situasi biasa apabila pasukan mendapat tajaan syarikat international. Kelebihan jersi template ialah, hari ini order, 3 hari dah sampai sebab semua ready stok. Berbalik kepada Joma tadi, selepas melihat penyokong Selangor membeli jersi mereka secara gila-gila (sales RM3 juta) dan bawa keuntungan, baru mereka yakin untuk memberi design yang lebih unik. Ah! ini bukan roket sains la sampai Jang kena turunkan formula untuk kau semua faham.
Jujur Jang koba, jersi Kelme ini ada kelebihan pada kualiti kain. Sangat sedap, lembut dan tidak panas. Sebagai penyokong, kita support la dengan membeli jersi pasukan dan pakai dengan rasa bangga. Tak suka away, beli home dan tunggu 3rd jersi. Kadang-kadang kita kena fahamkan situasi dan jangan terus ambil peluang menghentam hanya kerana kita ada akaun media sosial. Ingat! Jang tak marah kau semua, malah Jang suka kau beri reaksi kerana Jang percayo, kau dan Jang ada nilai murni yang sama; iaitu menjadi penyokong setia. #Respek
Jang,
Ada jersi Kelme Real Madrid Luis Figo / Mendieta.