NSFC Memulakan Kempen 2024/2025 Dengan Langkah Kebelakang
2 min readLemah dan bercelika. Itulah kata-kata yang boleh diucapkan kepada pasukan NSFC dalam memulakan kempen 2024/2025 ini. NSFC yang pertama kali bermain ditempat sendiri, telah kalah sebanyak empat kali. Kalah 3-1 kepada JDT, dua kali 4-0 kepada Selangor dan 3-0 kepada KL City. Kekalahan besar dengan KL City ini tidak masuk akal apabila mereka mempunya masalah gaji dan bermain di padang keramat stadium Paroi. KL City ni penyokong pun tak ada! Apatah lagi asas sesebuah kelab bola sepak. Macam mana boleh kalah?
Pengendali NSFC, Azzmi Aziz pada mulanya berjaya memberi keyakinan kepada penyokong NSFC apabila berjaya menunjukkan game play yang cemerlang menentang JDT di stadium Sultan Ibrahim. Bagaimanapun, keputusan itu seperti tidak berubah dan kekal manakala corak permainan pula semakin hambar. Pada malam semalam, KL City lebih menyerang manakala NSFC masih tercari-cari rentak dan selalu hilang bola di semua bahagian. NSFC mula di hukum dengan jaringan Brendan Gan hasil daripada ball watching kesemua pemain NSFC.
Separuh masa kedua NSFC mula menampakkan sinar. Sayangnya Jacque Faye dilayangkan kad merah. Kami berpendapat kad merah itu keputusan yang betul dan tidak perlu pun untuk dirujuk oleh VAR. Gol kedua dijaringkan oleh Paulo Josue (Man of the match dari Ultrajang) dan yang ketiga oleh Selvakumar. Menamatkan perlawanan hambar NSFC di laman sendiri.
Rata-rata penyokong NSFC sudah lali dengan keputusan semalam dan menganggap ianya ibarat roda yang sentiasa berputar pada paksinya. Jeritan lazim penyokong NSFC “Dulu ado Devan dibuang eh” sudah mula kedengaran seolah-olah masing-masing lupa yang kita sendiri mengidamkan beliau dibuang. Jadi di mana silapnya kalau kita rasakan keputusan sebelum ini betul?
Kegagalan semua ini seolah-olah tidak mencerminkan hasil positif daripada kejayaan ‘groundwork‘ yang dilakukan oleh pengurusan NSFC. Ini hasil daripada penyiasatan kami selama beberapa bulan ini. Termasuklah jersi yang lebih baik, pemasangan kerusi di stadium, kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan, tempat latihan yang lebih masuk akal dan pasukan selain senior yang nampak lebih cemerlang. Walaupun masih ada kelemahan yang boleh dicungkil.
Akhir kata, kami berpendapat perubahan memerlukan masa. Namun pada masa sama ianya memerlukan ‘petanda’ sebagai penunjuk ianya bakal berhasil. NSFC akan menentang Pahang selepas ini yang juga dikhabarkan mempunyai masalah gaji. Tiada alasan daripada pasukan mahupun pengurusan untuk kalah teruk seperti melawan KL, Selangor dan JDT lagi.
-Tom Bombadil, Di Teres Sudah Bertanda Stadium Paroi –