January 19, 2025

NSFC | Pekeliling Kepada Penyokong NSFC

4 min read

Sebagai penyokong sebuah pasukan bola sepak yang bermaruah, berjati diri dan bertulang belakang, kita semuo kena tanya kepada pasukan NSFC, kenapa ada pemain import tidak diturunkan atau tidak digunakan atau digunakan tapi tidak berguno. Kenapa sign kalau sekadar nak penuhkan kuota dan poket agent (atau poket sesiapa yang ambil kesempatan) Kenapa sign Guolon kalau dah tau yang dia bermasalah? Kenapa sign Cassa kalau dah tau dia berumur dan kemampuan terhad? Kenapa sign Vinicius Leonel sekadar jadi peneman Cassa dalam kapal terbang? Kenapa sign 7 penjaga gol tetapi seorang dipinjamkan ke Perak dan kita pinjam pula keeper Selangor dan pakai disemua game? Kenapa takda team Belia? Apa jenis pembangunan bolasepak dan arah tuju pemain muda? Ini persoalan yang sepatutnya kita bawa ke Jalan Rahang, stadium Paroi dan media sosial. Persoalan ini mesti dijawab secara terhormat oleh pasukan.

Semua pemain, baik lokal atau import adalah pilihan NSFC dan coach K. Devan sendiri. 100%. Kemudian coach K.Devan kata pasukan bermain dengan kaki diikat sebelah. Ini tidak manis. Jujur Jang kata, Jang hormat pada coach K. Devan dengan pengalaman beliau lebih 30 tahun dalam scene bola sepak Malaysia. Namun kemelut atau kesilapan memilih pemain atau kebergantungan kepada bajet dan import untuk mengubah nasib pasukan hanyalah bersifat alasan amatur. NSFC memulakan musim 2023 dengan pincang. Lambat memilih pemain, lambat mendapat sponsor, Goulon gagal hadir ke majlis pengenalan pemain (ini adalah satu penghinaan kepada pasukan, VIP, sponsor dan penyokong) jersi tak cun, jersi khas 100 tahun masih tak keluar dan bermacam hal lagi.

Mana Guolon? Apa status beliau? Masih dalam kontrak atau masih berkelahi? Kenapa NSFC buat diam takda siapa berani buat kenyataan? Jangan kata ini rahsia taktikal kerana ini lebih kepada-“pergi mampuslah sama penyokong” Kenapa tak sambung kontrak Gustavo hanya kerana dia mahukan kenaikan USD1K? (khabar angin)
Mana Vinicius Da Silva? Kenapa tidak ada 1 minit pun dia beraksi untuk first team? (kecuali satu friendly tertutup). Jang dengar dia power nak mampus tetapi kenapa simpan? Kemudian kenapa bising kata jika bajet mencukupi dan kita ambil import bagus baru kita boleh melawan? Bagaimana Vinicius dikesan dan dipilih? Apa kaedahnya? Kenapa sorokkan beliau dari pandangan penyokong bolasepak Malaysia? NSFC kena scam ke?

Kita sebagai penyokong, jangan la melalak minta management masukkan balik Gustavo, Lee Tuck, Simic, adik beradik Bozik dan Shukor Adan kedalam pasukan. Ini seperti memberi lampu hijau atau membenarkan pasukan/management NSFC terus melakukan kesilapan ‘menghabiskan’ wang ke poket agent/pemain setiap kali tingkap perpindahan dibuka. Kita sepatutnya minta pasukan agar bertanggungjawab atas pembelian pemain yang mereka sendiri pilih. Jika mereka salah pilih, mereka yang sepatutnya dipersalahkan dan ditukar, bukan pemain. Takkan tiap musim salin baju pemain lokal dan import? Mudah bona pulak kojo kau.

Kita penyokong jangan terima bulat-bulat sahaja semua alasan mereka. Mereka beri alasan bajet takda, kita telan dan angguk kepala. Mereka kata padang basah, kita telan dan geleng kepala. Mereka beri alasan penat, kita urut belakang mereka. Ini bukan jenis sokongan yang membina tapi membawa rebah. Kita pertahankan pasukan sepanjang masa tetapi bukan setiap masa. Ada masa kita kena tegas. Kita pantau dan kita tegas, baru kita terima keputusan perlawanan, kalah atau menang, dengan rasa hormat.

Kita penyokong sepatutnya mendesak NSFC menghabiskan musim ini dengan pemain sediaada. Kerana pemain ini pilihan NSFC sendiri. Jika salah pilih pemain, seperti Vinicius Da Silva, Guolon atau Cassa, maka bertanggungjawab dan teruskan bermain dengan pemain lain yang lebih baik. Bukan beli pemain je tau! Lepas tu beli yang kayu dan tua. Kalau pokok getah dapek juga dijadikan perabut. Jika bajet sebesar Gunung Angsi takpa nak belanja kasar. Tapi jika bajet setinggi bukit JPJ untuk test ambil lesen maka guna la handbrake sebaiknya. Ini bukan pasukan demonstrasi atau isi masa lapang. 

Itu Jang belum nak sentuh khabar angin (yang sampai ke telinga Jang) mengatakan pasukan sengaja kalah dalam beberapa keputusan perlawanan penting kerana kekurangan bajet untuk travel jika terus menang. Gaji dan EPF yang lewat atau tertunggak dan segala macam khabar angin yang Jang terpaksa tolak kerana tidak mahu tiap minggu sebarkan berita negatif kepada penyokong. Hati Jang sentiasa bersangka baik dengan pasukan. Hmmmmm lagipun masalah adalah makanan biasa semua pasukan di Malaysia. Mana ada pasukan takda masalah? Bezanya masalah siapa paling berat, masalah paling bodoh dan siapa paling pandai selesaikan masalah.

Jang percaya, jika Devan diberi masa dan keberanian (BUKAN BAJET), pasukan akan berubah menjadi lebih baik dengan pemain sedia ada. Tak perlu heboh ambil import baru. Kerah pemain lokal, jangan disimpan kerana mereka semua mahu bermain dan boleh bermain baik. Kapten Zaquan bermain sangat baik apabila diberi peluang sebelum tewas dengan kecederaan (RESPEK dan semoga Kapten segera sembuh). Selvam mesti nak main semua game sebagai first 11, bukan 15 minit. Begitu juga Sean dan yang lain-lain. Jang terima result buruk dengan pemain lokal dari result teruk dengan import dan kemudian cakap hal bajet serta import baru. Berhenti beri alasan dan cari penyelesaian.

Jang hormati semua pandangan dan prinsip sokongan semua penyokong, namun KITA PENYOKONG jangan biar diri kita dipandang sebelah mata oleh pasukan. Datang ke stadium tak dipeduli, tak datang pun tak dikisah.

Jang,

Liga Kita Wajah Kita 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.