April 26, 2024

NSFC | Post-Match LS2 2023

1 min read

NSFC berjaya mencuri satu mata di Stadium Bandaraya setelah mengikat Penang FC 0-0 di gelanggang lawan. Kedua-dua pasukan sebenarnya mempunyai chances untuk menjaringkan gol namun ketumpulan barisan serangan dan beberapa saves yang dilakukan penjaga gol membuatkan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi mata.

Turun dengan skuad yang sama ketika menentang Pahang FC, kito terpakso melakukan pertukaran awal di pintu gol selepas Sikh Izhan cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Muhaimin yang masuk sebagai pemain gantian walaupun pado mulo eh tampak goyah, Muhaimin membuktikan dio layak untuk mencabar posisi penjaga gol utama selepas melakukan dua crucial saves di separuh masa kedua.

Cassagrande seperti dijangka menjadi target man tapi bagi den satu kerugian bilo meilhat Cassagrande drop terlalu ke bawah untuk menerima bola. Hasbullah atau Levy perlu sentiasa berada dekat dengan Cassagrande untuk memberi support memandangkan Mahalli banyak berada di sebelah tepi padang untuk melakukan crosses. Mungkin jika Eky atau Sean dapat diturunkan, dapat menjadi support kepada Cassagrande dan sedikit sebanyak melancarkan gerakan serangan. Mungkin.

Dalam match preview sebelum ni den ado cakap den harapkan Saiful Ridzwan diturunkan kalau tiada kecederaan tapi nampak eh Safuwan Baharuddin membuktikan kenapo dio patut berado di atas padang. Dengan keupayaan eh untuk bermain di bahagian defend dan tengah, Safuwan beberapa kali berada selari dengan pertahanan bertiga ketika diserang Penang FC untuk membantu bahagian pertahanan.

-M.A-

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.