May 21, 2024

NSFC | Pre-Match LS2 2023

1 min read

NSFC bergerak ke utara untuk bertemu Penang FC bagi perlawanan kedua Liga Super 2023. Menariknya, ini adalah pertemuan ketiga untuk kedua-dua pasukan pada tahun ini. Friendly pre-season menyaksikan NSFC tewas 1-2 di Paroi dan menang 1-0 ketika bertandang ke Pulau Pinang.

Perlawanan ini menjanjikan aksi yang menarik selepas kedua-dua pasukan seri dalam perlawanan pertama. Bermain di tempat sendiri, Penang FC sudah pasti tidak mahu kehilangan sebarang point. Bagi NSFC pula, kemenangan sudah pasti akan menaikkan semangat pemain untuk aksi seterusnya bertemu JDT.

Cassagrande akan menjadi pemain tumpuan untuk perlawanan ini. Bermain dalam separuh masa sebelum ini, den yakin penyokong mengharapkan Cassagrande dapat beraksi full time untuk perlawanan kali ini. Bertandang ke Stadium Bandaraya sebagai pemain lawan juga menjanjikan suasana berbeza kepada Cassagrande sendiri.

Den tak pasti adakah Saiful Ridzwan(Wak) cedera selepas tidak diturunkan dalam perlawanan sebelum ini. Jika Wak cergas, den mengharapkan K.Devan tidak menyisihkan beliau. Bukanlah nak mengatakan Safuwan Baharudin tidak bagus, tetapi untuk perlawanan awal ini, keserasian yang telah dibina ketika pre-season perlu diteruskan.

Menyentuh sikit perlawanan sebelum ini, den mengharapkan NSFC dan K. Devan dapat lah control sikit celebration bukak baju ni. Kita tidak mahu peristiwa Francis Kone berulang kembali.

-M.A-

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.