NSFC | Pre-Season 2023
2 min read
Dengan berlangsungnya perlancaran jersi away dan sesi pengenalan pemain pada weekend haritu, boleh lah den simpulkan yang tempoh pre-season NSFC ni hampir mencapai 100%. Sobab apo den tak anggap pre-season ni dah selesai? Sobab NSFC masih akan melancarkan jersi home Sabtu ni. Pado den, pre-season ni adalah waktu untuk mempersiapkan pasukan dalam segalo hal sebelum sepak mula liga bermula.
Den raso hampir semuo bersetuju pre-season NSFC musim ni agak perlahan. Kito berado dalam gear satu terlalu lamo sebelum dapek tukar ke gear seterusnya. Beberapo friendly awal diadokan tanpo pemain import sehingga fans tertanyo adakah NSFC akan bermain tanpa sebarang import. Tak lama kemudian NSFC mengeluarkan media statement akan mengambil tiga pemain import dan terkini K. Devan dalam satu statement ketika majlis pengenalan pemain menyatakan NSFC akan menggunakan empat pemain import termasuk seorang pemain pinjaman.
Den berbelah bagi dalam hal jumlah pemain import yang diambil ni. Dalam satu aspek, alasan kewangan bukanlah jawapan terbaik yang boleh diberikan pihak pengurusan kerana ini menunjukkan pihak pengurusan gagal dalam menyediakan sebuah pasukan yang mampu bersaing dalam liga. Namun, dalam satu aspek yang lain, isu pembaziran sudah terlalu kerap berlaku dengan pemain import gagal memberikan kualiti yang lebih baik dari pemain tempatan. Dengan kualiti yang diberikan pemain import Asean dan Asia musim lalu, den sangat bersetuju dan janganlah kito mendambakan bona pemain import kalau pemain lokal boleh berikan yang lebih baik.
Berbalik kepado aksi atas padang, untuk beberapa friendly yang telah diadakan, den turut berpeluang menyaksikan aksi ketika kesemua pemain lokal berada di atas padang dan aksi ketika kehadiran pemain import. Setelah dibanding-bandingkan, den membuat kesimpulan sendiri bahawasanya NSFC belum perlu menekan butang panik. Dengan jurulatih yang sama,kita mempunyai 70% skuad utama musim lalu termasuk Goulon. Kita kehilangan Syihan yang den kira takkan lah sampai lima orang penjaga gol gagal untuk mengisi kekuatan beliau. Di bahagian hadapan, kita kehilangan Gustavo yang den rasakan perlu untuk mencari pengganti beliau. Untuk posisi import yang lain, bukanlah den nak menidakkan kemampuan mereka, tetapi den nampak semasa ketiadaan mereka musim lalu, pemain lokal mampu mengisi tempat mereka. Cumanya, untuk pengganti Khuzaimi, masih menjadi tanda-tanya adakah ada pemain yang mampu on par memandangkan beliau sudah bertaraf key national player.
NSFC masih belum mengumumkan sasaran pasukan untuk musim ini. Bagi den, eloklah sasaran diberikan bukanlah bertujuan untuk memberi tekanan kepada pasukan, tetapi supaya aspirasi pasukan dan penyokong berjalan dengan seiring. Kalau diikutkan, NSFC hanya menyasarkan untuk kekal dalam kancah liga musim lalu dan penyokong menerima seadanya. Dan ketika liga sudah separuh perjalanan, pasukan dan penyokong dapat sama-sama bermimpi untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi.
M.A,
Jesri pink kalau boli untuk makwe cun poit.