NSFC | Spekulasi Mawurto Terjawab
3 min readSebenarnya hal ini tidaklah seteruk mana pun. Tindakan NSFC untuk berteka teki ini agak ortodok ataupun pelik sedikit sebab di zaman digital ini sukar untuk menyurukkan sesuatu. Malah kelab selalunya akan declare pemain injured bukan sebaliknya. Membenarkan spekulasi terhadap penyokong tapi bukan kepada kelab lain adalah percaturan yang salah.
Namun, keputusan untuk berahsia ini ada logiknya. Yelah kalau bagitahu dia injured penyokong juga yang akan bising kata “Dah tau injured manjang buek apo bawak masuk“. Ironinya kalau tak injured kita juga yang akan bising kalau dia tak perform. “Dah tau tak pandai main buek apo bagi dio main laiii. Baik biar dio injured yoo”. Sentiasa ada penyokong yang akan bangkang dalam apa jua keputusan because talk is cheap. Termasuklah kami di Ultrajang ni. Tapi inilah sifat penyokong. Nak suruh penyokong senyap baik main tenis atau golf.
NSFC dan para pemain kena ignore benda-benda macam ni. Fans do what they do. Ini adalah sebahagian daripada bola sepak. Seperti chef di hotel yang akan dikritik masakkan mereka. Begitu juga pemain bola sepak bila mereka di atas padang. Tapi info perlu disalurkan kepada penyokong. Itulah mereka nak dalam bola sepak selain bola sepak itu sendiri. Rumors dan news. Mari kita kembali kepada kes-kes sebelum ini.
Abang Tom yakin K.Devan dan NSFC bijak dalam membuat penilaian kerana mereka lebih tahu tentang sejarah bola sepak. Sebagai AJK persatuan Belia Benci United dan juga merangkap timbalan presiden Kelab Macai Jurgen Klopp. Benarkan untuk abang Tom merendahkan ego dengan mengutuk Liverpool yang pernah menghadapi situasi lebih kurang sama.
Pada tahun 2009 LFC memulakan langkah membawa masuk pemain demi menguatkan jentera. Hanya seorang pemain utam sahaja mereka membawa masuk (Glen Johnson dan Sotiris Kyrgiakos dianggap support sahaja pada waktu itu) dengan harga tak masuk akal padahal mereka hampir menjuarai EPL pada tahun sebelumnya. Mamat tersebut dikenali sebagai Alberto Aquilani. Seorang pemain tengah yang pernah diberi jolokan the next Pirlo walhal Scott Mctominay jauh lebih layak. It’s ended up with disaster. Aquilani tidak dapat bermain sekalipun pada musim itu kerana cedera teruk sepanjang musim.
Hal ini terus menjatuh populariti Rafa Benitez yang sebelum itu pernah menang miracle UCL dan FA cup. Ini kerana Liverpool telah declared Aquilani injured dan tak boleh main sepanjang musim selepas dibawa masuk. Marahlah penyokong Liverpool bawa masuk pemain utama tapi tak boleh main. Drama tersebut berakhir dengan Rafa di pecat beberapa tahun selepas itu dan Aquilani keluar dari Liverpool tanpa penyesalan(Mengaku dirinya flop di Liverpool). Ianya juga memberi kesan kepada pemain-pemain yang terjerat dengan situasi salah beli pemain utama. Kena cover tempat Aquilani contohnya.
Mungkin disebabkan ini mereka di Jalan Rahang mengambil keputusan untuk biar penyokong berteka teki selagi boleh. Dapat mengurangkan tekanan kepada pemain dan K.Devan sendiri. Cuma tak seronoklah kita tak tahu dan membuatkan spekulasi. Ini pun dah ramai cakap tangan ghaib. Apo yang tangan ghaib pun abang Tom tak tau.
As conclusion, abang Tom dalam hal ini lebih kepada 50/50. Jang abang Tom sokong dan pengurusan NSFC pun abang Tom sokong. Dua-dua abang Tom jilat. Apa yang K.Devan buat ini sama seperti SAF dan Jurgen Klopp pernah buat. Protect his own players. Namun tak adalah sampai injury pun kena suruk. Ini bukan kes FBI. Hal derma bas pun abang Tom ada tulis. Nanti akan diulas.
-Tom Bombadil, Bukan Rambo Di Vietnam-