NSFC Sudah Menarik Diri Daripada Piala Malaysia. Adakah Ini Pengakhirannya?
2 min readKejadian seperti ini memang susah untuk kita jangkakan.Walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga. Benda ini masih lagi boleh terjadi. Selepas mendapat keputusan yang 20 pemain dan 4 orang pegawai kita positif. NSFC tidak dapat meneruskan latihan dan sekaligus menarik diri dari bertanding dari Piala Malaysia. Apa lagi yang boleh NSFC lakukan selain akur dengan keputusan KKM?
Bagi pendapat kami, pemain-pemain dan pegawai-pegawai tidak perlu untuk meminta maaf. Mereka sudah menjaga sebaiknya. Ianya memang tidak boleh dielakkan lagi. Covid 19 sudah berada dalam masyarakat. Walaupun kita sudah mencuba sebaiknya. Kita tetap seorang manusia yang tidak lari daripada kecuaian. Lebih-lebih lagi baru sahaja kerajaan mengumumkan kita bebas kemana-mana selepas divaksinkan sebanyak dua dos.
Covid 19 sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Malah Menteri Kesihatan sendiri telah menyatakan Covid 19 kini sudah menjadi endemik. Perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa. Bukan sahaja pada pemain malah kepada penyokong juga. Tapi sebelum keputusan dibuat, eloklah NSFC memikirkan workaround yang ada terlebih dahulu. Mungkin satu cara luar dari kelompok biasa boleh dilakukan.
Setiap kecelakaan akan ada peluang yang muncul. Abang Tom teringat kisah Manchester United Munich air disaster 1958. Pesawat mereka terhempas di Munich dalam perjalan pulang menentang Red Star Belgrade di Yugoslavia. Seramai 23 daripada 44 orang mati yang terdiri daripada pemain, pegawai dan pemberita terkorban. Ini menyebabkan Manchester United tidak cukup pemain untuk meneruskan saingan Liga Juara-Juara pada perlawanan seterusnya.
Kejadian menimpa kita ini tidak lah seteruk itu. Namun waktu itu Manchester United tidak mengalah dan masih meneruskan permainan dengan pemain yang ada dan meminjam beberapa pemain dari pasukan lain. Termasuklah dari seteru mereka sendiri seperti Liverpool.
Ini juga boleh dilakukan oleh kita. Misalnya, kita boleh gunakan pemain presiden untuk menggantikan pemain senior. Ataupun bagi peluang pada pasukan juara Liga MB untuk mewakili NSFC. Tak perlu menang pun. Cukup sekadar tunjuk yang kita melawan. Mungkin gila sedikit tapi apa salahnya
Kami rasakan jika boleh dan tidak melanggar undang-undang. Eloklah NSFC meneruskan saingan daripada terus mengaku kalah. Biarlah NSFC dibelasah 10 kosong setiap game pun. Biar semua tahu. Biar gergasi-gergasi Liga Super tahu. NSFC adalah pasukan yang pantang mengalah. Naik kami ke Liga Super dengan parut perang, perisai bertakuk dan tombak bersumpik. Barulah masuk gelanggang Liga Super dengan semangat juara itu terserlah.
-Tom Bombadil-