February 11, 2026

NSFC| Tahan bola atau tahan maki.

3 min read

Dalam kajian yang dilakukan oleh pakar, ada banyak sebab orang memaki dan maki juga tiada guideline tetap yang harus diikuti, dengan kata lain, tiada peraturan dalam memaki. Mengambil contoh, kita selalu memaki guna 3 bahasa sekaligus; cina,india, melayu dan sesekali masuk perkataan inggeris. Tak payah Jang bagi contoh kerana kau semua lebih mahir dan basah bibirmu menyebutnya.

Dalam kajian, negara yang paling sedap memaki (dalam konteks sukan) adalah UK (England dan Scotland) dan kajian juga menyebut ada negara/tempat menjadi budaya dalam memaki (contoh: Melaka)hehehe hawau! Maki loghat Kedah? Pak Hang la! Atau peliaq hang! atau “Hang memang farkk!” atau maki orang cina “tiunamakahai!’ whatever that means.

Tetapi kajian juga menyebut orang memaki kerana pelbagai sebab dan salah satu dan utama adalah STRESS!

Dapat jawapannya? Ya! Penyokong stress nengok kelakuan dalam padang. Mungkin mereka dah sedia stress dalam kehidupan seperti stress kerja, ekonomi, belanja, rumahtangga dan datang stadium kononnya nak release stress tapi sebaliknya bertambah stress. Maka terlampiaslah dan terburailah segala keterbukuan dihati. Orang memaki kerana kemuncak emosi yang sudah tak terbendung.

Ingat! Kajian mengatakan makian tiada limit atau guideline tetapi mungkin kajian itu dibuat tidak mengambil faktor adab budaya disini. Kajian juga mendapati ayat atau tone makian selalunya keras. Ya, seperti hidup, makian juga keras,dik. Walaubagaimana pun janganlah makian dijadikan budaya kerana ianya tidaklah dapat menyumbang apa-apa selain dosa yang sedia menimbun. Wallahualam.

Apapun, Jang kesal apa yang berlaku kerana status kita dari penyokong teramai datang stadium kepada penyokong bergaduh dengan coach dan entah apa pulak lagi selepas ini. Segala vibe positif yang cuba diketengahkan terus padam. Dah la sukan bolasepak negara memang dalam ribut menunggu karam, kita sajikan pula adegan penyokong bergaduh sesama sendiri, bergaduh bersama coach dan sebagainya.

(I hate to say this) tapi Jang dah koba dalam posting hari tu. Jika pasukan mencari kemarahan penyokong, buruk padahnya. Binasa! Mako malam itu terjadilah perkara yang kita tidak mahu terjadi. Penyokong riot! Impaknya besar terutama kepada sponsor dan pemegang taruh. Tak payah la Jang nak bercakap hal komitmen penyokong keluar belanjo, maso dan tenaga untuk hadir bagi sokongan sebab dah dileterkan banyak kali dah. Tengok saja jumlah jualan tiket dan jersi.

Kemarahan penyokong tidak dapat dikendurkan lagi. Panggillah Dato Hattan, Waris, Nabil, Sheila Majid, OH! Ultrajang atau influencer tiktok. YB ADUN seluruh Nismilan, semuo itu tak dapat menenangkan hati penyokong. Mereka marah, mereka rasa dicurangi dan dikhianati. Over kan? mengado bebudak ni.

NJ koba liga ni macam lari marathon. Jang dah 2 kali finisher FM jadi Jang setuju. Pace nak kena ada dan konsisten, semangat nak kena kuat, latihan nak kena steady dan kasut mesti sesuai (dalam kes Jang, kasut kena mahal) Tapi jangan la bawa unsur fun walk! There is no fun in losing. Setakat masuk marathon sekadar nak habiskan 42km, ramai je buat. Penyokong mahu finisher bawah 4 jam, atleast! DPMM pun masuk marathon, Imigresen dan Melaka juga adalah peserta. Mereka juga akan jadi finisher tapi kedudukan tak pasti siapa yang sampai dulu. So, berhenti guna analogi liga ni macam marathon kerana ramai yang gagal menghabiskan larian atas pebagai alasan. NJ juga berhenti beri alasan skuad depth tak capai kualiti. Pemain dipilih sendiri oleh coach dan mereka bukan menang pertandingan mewarna anjuran penyokong. 

Namun Jang rasa NJ harus terus diberi peluang untuk buktikan sesuatu. Jika perlu bawa rotan ke sesi latihan, bawak la. Sekurang-kurangnya hingga habis separuh musim. Ada 2 perlawanan selepas ini, menentang KL dan Kelantan di Paroi. Jika mutu persembahan masih sama, Jang sendiri akan lancarkan kempen NJ direhatkan. Jadi NJ ada masa untuk perah pemain buktikan sesuatu atau serah leher. Ini bukan ugutan tapi cabaran biasa yang harus diambil oleh pemain dan jurulatih liga professional.

Jang,

Amalkan Istighfar

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2026.