January 13, 2026

NSFC | TAMBAH IMPORT ATAU SEDIAKAN PADANG LATIHAN?

3 min read

Jang teringat teks ucapan mantan Presiden PBNS, Tan Sri Isa Samad dalam ucaptama beliau pada Kongres PBNS yang Jang simpan dalam kotak fikiran Jang semenjak 1991. Lama kan? Sengaja Jang putar kisah lama agar kau maklum yang Jang ni bukan baru sokong Negeri Sembilan semenjak tahun 2000.

Untuk rekod, semenjak 1984 ketika kali pertama Jang menjejakkan kaki ke stadium Jalan Stesen. Begitulah mukadimah kali ini demi mengangkat diri sendiri. Hmmmm sampai lupo nak cakap apo Tan Sri Isa koba!

Isa Samad kata, “jangan ada kaki sibuk apabila pasukan dah mulo nak monang. Beri kepada mereka yang tahu hal bola sahaja untuk terlibat”.

Dalam ucaptama itu juga, Tan Sri Isa menegur ahli gabungan PBNS agar buek kojo la sikit. Jangan rilek bona sekadar ada persatuan saja. Begitulah Tan Sri Isa, beliau seorang yang pemberani dan bijak dalam politik. 22 tahun memerintah Negeri Sembilan, kalau tak terer mana maunnya lama gitu.

Sekarang Jang nak tanya, apa program PBNS untuk tahun 2025 ini? Bagaimana report tahun 2024, banyak mana program bolasepak yang dianjurkan oleh PBNS? Tak kisah anjuran sendiri atau sub kepada kontraktor bolasepak. Sebagai badan yang tidak lagi perlu ambil port hal first team NSFC, patut PBNS boleh fokus hal-hal bolasepak dalam negeri secara bermaruah. Tak manis kalau PBNS asyik ride program bola orang lain dengan hanya memberi kerjasama.

Sementara itu, apa khabar padang latihan NSFC? Apa progresnya? Positif ke? Kalau perlu pembawa fail turun naik tingkat di Wisma Negeri, Jang boleh buat. Masa yang berjalan (atau penangguhan) bermakna banyak wang akan mengalir ketempat lain seperti menyewa padang latihan dan transport. Jang yakin, membina padang latihan bukanlah sepayah membina tapak untuk roket naik ke bulan. Jika ianya hal birokrasi, Jang sedia maklum kerana kita memang juara bertahan hal birokrasi.

Jang harap Presiden, EXCO, BOD dan CEO dapatlah merealisasikan padang latihan NSFC ini. Sekurang-kurangnya ianya akan jadi sejarah dan lonjakan nama yang harum kepada presiden dan kesemua EXCO. Ye la, semenjak Isa Samad ke Tok Mat tak pernah wujud padang latihan. Nak kena MB Aminuddin/ADUN Sikamat dan barisan EXCO 2025 barulah ada dan direalisasikan. Selagi pusat latihan itu wujud didalam dunia yang fana ini nanti, mako ianya akan kekal dalam sejarah dan akan diingat – “ini Tok Min la yang buat dulu” – Simple!

Bukan apo, Jang risau. Teko ado duit tu jangan la semua nak dihabiskan kepada pengambilan pemain mahal dan import. Jangan MFL koba boleh ambik 15 pemain, kito naik ghairah nak ambil pemain sampai 7,8 import. Membazir sok. Baik guno duit tu untuk perkara yang lebih berfaedah kepada Negeri seperti padang latihan, fasiliti segar dan lengkap dan hal-hal media (ehem!) Benda camni takkan Jang nak kena fikirkan pulak.

Kita ghairah ambil import, kemudian bila nak berlatih, kita kelam kabut pindah-pindah tempat. Nanti import pun cakap “ alak sedey bona kelab ni, training centre pun takdo”.

Lagi-lagi kalau kita ambil pemain Jepun. Mereka fasiliti dan mentaliti nombor 1. Jadi elok kita sediakan dulu fasiliti sedap baru kita tak malu jemput pemain datang. Tapi fikir semula, sebenarnya lagi real kalau kita dapat hantar pemain muda kita ke Jepun untuk pendedahan dan latihan. Bukan kita ambil pemain muda import dari luar untuk pembangunan. Kenot be! Nanti yang dapat laba dan pengalaman adalah pemain, bukan kelab.

Hal pembangunan biar kita asah bakat lokal. Hal import ambil yang dah ready untuk first team. Ini bukan roket sains tapi Kajian Tatarakyat.

Begitulah apabila Jang dah mula nak jadi kaki sibuk seperti celaan Tan Sri Isa Samad.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.