NSFC vs Terengganu II. Liga Perdana 2021.
3 min readTak banyak boleh diulas tentang perlawanan pada Sabtu hari itu. Keadaan padang di Paroi agak licin. Kedua-dua pasukan literally bermain di lopak kerbau. Masing-masing menggunakan taktik bertahan dengan kedua-dua pasukan mempertaruhkan lima pemain pertahanan. Namun bergitu banyak juga aksi gol dapat disajikan pada malam tersebut. Kedua-dua bermain secara baik dan menghiburkan. Sayang server NFSC menghadapi isu pada malam tersebut.
NSFC Lemah Tanpa Annas
Pada awalnya, NSFC nampak agak gugup dalam menghantar bola. Banyak bola tidak dapat dikaki ataupun mudah dipintas pihak lawan. Jika ada pengiraan peratusan abang Tom kira paling tinggi pun 80% sahaja hantaran dapat dibuat. Selepas minit ke 20, baru NSFC berjaya bermain seperti pasukan terbaik di selatan yang sebenar.
Dari segi build up play. Kita nampak ada idea yang cuba di buat oleh anak buah K.Devan. Bola tidak lagi mudah dirampas daripada tengah. Hantaran kiri dan kanan menjadi. Nampak jelas setiap individu tahu apa yang mereka perlu lakukan di atas padang.
Namun kedua-dua gol daripada NSFC bukan datang daripada build up play tetapi hasil daripada set piece. Ini agak merisaukan kami kerana pasukan juara tidak akan sentiasa bergantung pada gol-gol seperti ini. Pelan B NSFC juga lebur apabila Osman cedera pada minit ke 77. Pada mulanya K.Devan bercadang untuk memasukkan Alif Romli sebagai langkah all out attack. Walau bagaimanapun, satu mata lebih baik daripada mengambil risiko tiada mata langsung.
Bukan tempat kami sebagai penulis untuk mengkritik performance pasukan tetapi kebocoran barisan pertahanan itu terlalu jelas. Maguire pun mungkin akan menepuk dahi apabila melihatnya sambil bermain gol tiang. Boleh jadi ini berlaku kerana ketiadaan Annas. Abang Tom yakin K.Devan pun bersetuju dengan pendapat kami.
Muhammad Shafik Ismail
Antara pemain yang berjaya merosakkan mood penyokong NSFC pada malam tersebut tentulah pemain nombor 10 Terengganu II, Muhammad Shafik Ismail. Beliau banyak membuat larian di bahagian kiri NSFC. Walaupun bersaiz kecil, beliau dapat menandingi badan-badan pemain NSFC malah pemain import sekalipun. Ini termasuk lawan bola di udara.
Strategi Terengganu II untuk tunggu dan counter attack membuahkan hasil. Dua gol yang mereka dapat datang daripada counter attack. Ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran Shafik Ismail. Mereka cuba bertahan sebaik mungkin selepas di hadapan.Tetapi serangan NSFC di Paroi jauh lebih mendesak lalu mereka terpaksa akur. Mungkin keputusan seri dua sama adalah adil untuk kedua-dua pasukan.
Rafel Gomez Menari Di Paroi
Untuk abang Tom, pemain NSFC yang paling menyerlah pada waktu malam tersebut jatuh kepada Rafael Gomez. Pemain yang berbisa sebelum ini seperti Alain Thierry Akono dikawal rapi dengan tiga pemain lawan. Sukar untuk membuat apa-apa gerakan. Namun banyak juga bola yang beliau menang di udara.
Kadang-kadang apabila nasib rakan kita tidak begitu baik, nasib baik pula jatuh ditangan kita. Itu mungkin berlaku pada Rafael Gomez. Adalah lebih manis apabila beliau menjaringkan gol sulungnya dengan rembatan cantik dan terlibat dalam gol kedua Negeri Sembilan. Mengelicik, menghantar, merembat dan berlari kiri dan kanan. Kami mengharapkan lebih aksi dari beliau pada perlawanan akan datang.
Kesimpulan
Masih terlalu awal untuk menilik nasib pasukan NSFC. Bagi kami di Ultrajang, bayang-bayang Liga Super pada waktu ini masih lagi tidak pasti. Kecederaan Zaquan juga tidak begitu jelas dan kami mengharapkan beliau cepat sembuh. Dari gaya cakap pegawai-pegawai pasukan ada berita positif hasil rawatan beliau.
Liga masih lagi panjang, hujan masih lagi turun. Marilah kita berdoa supaya hujan yang menimpa ini adalah hujan rahmat yang bakal menyuburkan tanaman dan membiakkan ternakan. Bukan hujan yang mendatangkan bencana dan fitnah yang dicela teruk. Amin ya rabal alamin.
-Tom Bombadil-