December 11, 2024

NSFCvsJDT | Lima hal mustahak sebelum sepak mula.

3 min read

Pengurus legenda Nottingham Forest, mendiang Brian Clough pernah berkata, dia tahu pasukannya akan menang (atau kalah) sewaktu melihat pemain turun dari bas lagi. Maknanya apa? Ya, kekuatan sesuatu pasukan itu terletak pada keyakinan. Jika ada secubit rasa sangsi akan kemampuan pasukan untuk menang, maka kita telah kalah sebelum kaki menginjak rumput stadium. Brian Clough tahu keyakinan pemain dari riak muka dan aksi mereka turun dari bas lagi. Kalau kau tak percaya, esok kau datang awal dań lihat gaya pemain NSFC dan JDT turun bas.

Keyakinan bukanlah satu hal yang boleh dibuat-buat atau dilakonkan. Ianya memerlukan mental kuat yang telah lama dipasak kedalam jiwa. Hatta ada penyokong sendiri tidak yakin NSFC akan menang. Ini sangat mendukacitakan namun Jang faham. Realistik? Pergi neraka dengan realistik. Izinkan Jang merencanakan 5 hal mustahak yang perlu kita tahu sebelum sepak mula;

  1. JDT tidak akan membenarkan pemain lawan memegang bola. Ini yang selalu Jang perhatikan dalam kebanyakan perlawanan. Pasukan lawan yang tidak memegang bola akan gagal mencipta gerakan, moral runtuh dan hilang pertimbangan. Apa yang NSFC perlu lakukan adalah mengambil langkah sama, jangan bagi JDT pegang bola lebih dari 4 kali passing. Membenarkan JDT memegang bola lama adalah resipi untuk bencana.
  2. Selalunya JDT akan turun dengan mentaliti ‘menang sudah tentu, berapa gol kita mahu’. Jadi mereka akan bermain mencari gol kemenangan. Dikala ini, NSFC hanya perlu bertahan kerana JDT tanpa gol pada separuh masa pertama akan mula koyak. Mereka juga boleh runtuh moral dan hilang pertimbangan kerana kita semua adalah manusia biasa. Jang dah saksikan semasa mereka kalah final Piala Malaysia.
  3. JDT adalah sebuah pasukan yang kuat tetapi bukan sempurna kerana mereka juga ada kelemahan. Begitu juga dengan kita. NSFC bukanlah satu pasukan kuat tetapi kita ada kelebihan tersendiri. Jadi jangan gugup dan jangan rasa rendah diri. Kita bermain di laman sendiri. Penyokong ada dan akan turun memberi sokongan.
  4. K. Devan tahu bagaimana mahu menang keatas JDT. Beliau telah melakukannya sebelum ini bersama PJ City. Apa yang pemain perlu lakukan adalah mengikut arahan beliau, mengurangkan kesilapan dan memastikan peluang digunakan sebaiknya. Contohnya, tendangan sudut adalah peluang yang baik dan telah terbukti apabila Zaquan mengambil sepakan sudut yang sempurna untuk Goulon mencipta gol dalam perlawanan lepas. Jika sepakan sudut atau tendangan percuma disiakan, maka peluang mencipta gol menjadi sukar.
  5. Jang sentiasa betul.
  6. TIDAK ADA PASUKAN DIDUNIA INI YANG TAK BOLEH DIKALAHKAN. Penyokong akan ramai dan menyokong tanpa prejudis. K.Devan dah beri latihan secukupnya. Sekarang terpulang kepada pemain untuk mencipta kemenangan. Terpulang kepada pemain untuk merasa yakin atau ragu. Kita adalah juara Liga Perdana dan kini pemimpin Liga Super, maka kita turun dengan rasa bangga dan maruah yang membara.

Perkara paling mustahak untuk penyokong, turun awal untuk elak kesesakan, terutama dalam mencari parking. Jaga kelakuan dan adab sopan kerana kita adalah bangsa bermaruah. Jaga kebersihan kerana kita pernah bersekolah. Pengurusan stadium, terutama keselamatan juga Jang harap memberi kerjasama terbaik. Apabila penyokong suka dan selesa turun stadium, mereka akan datang lagi. Apabila turun stadium adalah perkara menyusahkan, mereka tidak akan muncul semula (kecuali semi final).

Baiklah. Jumpa di Paroi esok. Ingat! Ini Paroi kita punya!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.