#OlaBola: Satu tragedi bolasepak
3 min readBersyukurlah kerana Jang tidak menulis dalam bidang pengulasan filim. Pertama ianya sangat susah, kritikan atau pandangan tentang filem terlalu luas. Banyak pandangan yang berbeza-beza dari selera yang tidak sama. Tidak semua suka karya seni Z.Lokman atau Rahim Razali tetapi Jang lebih sanggup mengulang tengok cerita dari 2 pengarah ini dari semua filem Mamat Khalid atau Shamsul atau Pekin atau Rosham Nor.
Setelah beberapa hari, Jang mengambil keputusan untuk mengulas juga filim Ola Bola atas alasan pandangan yang berbeza-beza tadi. Ingat! Opinions are like assholes, everyone has one. Mujur ilmu perfiliman Jang juga bukan sedikit, dari Kubrick ke Woody Allen ke Kevin Smith ke Kurosawa ke Tarantino ke Wong Kar Wai ke David Lynch ke Coppola ke Scorsese (sekadar menyebut beberapa nama kuat) semua filim mereka Jang dah khatamkan dan menjadi pilihan. Lainlah macam korang, tengok Transformers pun merecik!
Selera peminat filem Melayu sangat mudah. Asal ada kelucuan, mereka ketawa. Asal ada kesedihan, mereka buat scene berdiri tepi tingkap nako, termenung sambil background muzik main biola. Kononnya mereka menonton filem untuk lari dari realiti sebenar kehidupan mereka, release tension gitu. Macamlah mereka tension sesangat kat dunia sebenar.
Ola Bola berjaya mendebarkan nafsu filim Jang kerana ianya cerita bola yang pernah berlaku dahulu. Sebagai serial downloader, Jang akhirnya tumpas dengan Ola Bola dengan mengeluarkan duit membeli tiket. Debaran ini saja sudah membolehkan filem ini mendapat markah. Diberitakan kedatangan sejumlah penonton majmuk ke panggung wayang untuk filem keluaran Malaysia juga dianggap satu perkara baru dan tanda sokongan. Jang tak tahu, adakah filim arahan Pekin atau Shamsul Haslam juga penontonnya muhibbah? No bloody fucking way, aite?
Satu hal tentang Ola Bola yang menganggu Jang sepanjang menontonnya adalah mutu lakonan pelakon tambahan lebih real dari pelakon utama. Watak Chow Mei Ling (kakak kepada Chow Kwok Keong) dilakonkan dengan begitu baik oleh Daphne Low. Seorang kakak yang tegas kepada adik-adik tetapi sanggup berkorban masa depan demi kelangsungan keluarga. Watak Ayah Muthu yang tau nak mengamuk dan tension saja dengan bisnes kelapanya yang tidak dibantu Muthu. Watak adik-adik Muthu yang nakal dan watak jurulatih pasukan Harry Mountain yang tegas. Bront Palarae tak perlu diulas sangat sebab dia memang pelakon handal.
Bukan pelakon utama yang membawa watak pemain bola tidak bagus cuma sepatutnya lakonan mereka mesti lebih baik. Mesti ada aura hero. Eman Manan dalam Matinya Seorang Patriot begitu kuat auranya. Bila orang habis menonton filmnya, semua nak jadi Eman Manan. Rahim Razali dalam Anak Sarawak atau dalam Abang, walau dikelilingi pelakon handalan tetapi berjaya menguasai aura sebagai hero filim.
Chow Kwok Keong atau Ali tidak ada aura, tetapi bila fikir balik, kebanyakkan mereka adalah muka baru maka Jang terima. Jang lebih rela melihat muka baru berlakon bagai kayu dari melihat balik-balik Rosham Nor jadi budak sekolah, muka dia juga jadi gangstar, jadi mat motor dan sebagainya. Bila teringat Pekin jadi skinhead dalam satu filem Jang tengok kat TV Astro, terus Jang fikir lakonan Ali lebih baik.
Pengarah berjaya membawa suasana tahun itu dengan baik. Gaya rambut dan pakaian tidak diambil mudah. Jang suka scene Kwok Keong dan kakaknya Mei Ling menoreh getah, membawa susu getah ke bangsal, mengacau getah didalam bekas tin, melenyek getah dengan tangan dan mengampai getah yang sudah digelek untuk dijemur. Semuanya dilakonkan dengan baik dan dalam suasana tegang. Jika filim boleh mengeluarkan bau, nescaya panggung akan berbau getah dalam scene tersebut. Real!
Bagi Jang, scene naik helikopter Nuri dan tetiba askar nanyi lagu ‘Inilah Barisan Kita’ tu agak lucu dan tidak menaikkan spirit. Lebih cantik kalau tunjukkan saja scene naik helikopter, berlatih ala tentera sambil lagu nyanyian asal Inilah Barisan Kita dimainkan sebagai muzik latar dengan kuat. Tapi yelah, pengarah ada pandangan lain.
Kamera shot juga sangat baik untuk aksi dalam padang. Ianya lebih baik dari kamera siaran langsung bolasepak Malaysia! Lain hal seperti CGI, aksi penyokong dan sebagainya elok korang tengok sendiri di panggung. Tak manis Jang bagitau semua, cuma suka Jang nak kata -ianya sebuah filim yang baik.
Satu Jang nak tambah, kita sebenarnya telah layak ke Olimpik tetapi fahaman politik menghalang kita. Nampak? Politik dan dakyah Amerika yang bencikan Soviet Union berjaya menghalang anak Malaysia ke Olimpik. Kalau setakat perang Soviet yang melanggar Afghanistan kita boikot sukan, berapa banyak perang Amerika dah lancar sehingga sekarang dan kita masih bersukan dengan Amerika!!!! BERAPA BANYAAKKKKKK??? SETANNNN!!!!
Amerika serang guna peluru dan lumpuhkan ekonomi dan PM kita bersukan golf dengan Obama. Takda pun kita boikot? Korang fikirlah, darah Awang Mahyan Jang dah naik ni!
Ingat! Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama, kita gagal sebab politik.