Pahang Bauksit, merahnya mengalir sampai ke JDT
2 min readHal kekalahan JDT nampaknya menjadi topik kegemaran dari penyumbangleweng website ultrajang.com untuk disiarkan. Ini secara tak langsung menunjukkan kekuatan JDT itu sendiri dicemburui ramai atau whatever. Sayangnya tiada peminat bolasepak JDT yang mahu mempertahankan maruah pasukan mereka dengan menghantar artikel ke Jang. Adakah ini bermaksud mereka tidak tahu menulis? Sebagai Polis Bolasepak yang adil, tegas dan bermaruah, Jang akan terus menyiarkan artikel TAMU tanpa sebarang prejudis.
Artikel kali ini sumbangan saudara Zahar Samsudin yang Jang syak berasal dari negeri merah bauksit, Pahang Darul Makmur. Hmmm..sebenarnya dia dah emel lama cuma Jang tak dapat nak mencuri masa senggang untuk bermesra dengan korang semua. Bacalah kerana membaca itu mudah.
………………………………
Selepas musnahnya rekod kebal JDT di Larkin, seluruh warga bola tempatan dan antarabangsa bercerita mengenainya. Di Kota Inggeris, Manchester United dan Arsenal antara pasukan yang memberi penghormatan dengan tidak mahu menang perlawanan masing-masing selepas mengetahui JDT tumpas buat kali pertama di Larkin sejak 2013. Kalau Manchester United, aku yakinlah memang mereka nak bagi penghormatan dengan sekadar seri, Arsenal itu yang tak berapa pasti, samada memang mereka mahu seri atau mereka tak mampu nak menang.
Sementara di segenap warung-warung di jajahan takluk selatan, masih ada suara-suara sumbang menyatakan rasa tak puas hati dengan komitmen para pemain JDT di atas padang. JDT pun satu, kalau nak kalah pun, biarlah kalah dengan pasukan-pasukan agung macam Manchester United ke, Manchester Bersatu ke, atau Red Devil ke, ini tidak, dengan Felda juga mereka nak rebah. Dengar cerita sehari selepas Felda menang, harga sawit di pasaran dunia meningkat naik. Tak pastilah berapa peratus kesahihan berita ini. Bab ini kena tanya poket peneroka lah.
Dengan negeri aras kuasa dan pelopor bauksit, Pahang Darul Power layak ke separuh akhir, makin berapi-api lah rival kedua-dua pasukan, JDT dan Pahang. Selepas berbulan-bulan lamanya penyokong Pahang dicerca penyokong JDT akibat ketandusan piala, dah tiba masa penyokong Pahang melakukan ‘counter attack’. Roda itu berputar, dan sekarang JDT terkandas di zon pancit. Jadi apa lagi bangsa Pahang, manfaatkan peluang yang datang jarang-jarang macam ini.
Cuma Pahang jangan lupa, Selangor bukan berak-berak punya team, misi 33 itu diiktiraf penyokongnya macam misi meroket ke marikh. Dah lama FAS tak kucup piala Malaysia, selepas 32 kali mengucup sebelum ini, sudah tentu FAS merasa ketagihan yang maha dahsyat. Semoga tiada isu gol pondan, atau isu referee berat sebelah lagi. Ingatlah, kalau referee itu buat keputusan yang tidak adil dan saksama, ketahuilah engkau, bahawa tak semestinya mereka terlibat dengan rasuah, boleh jadi kebodohan mereka jenis yang berakar umbi. Sekian.
p/s: Selangor kena berawas dengan misi meroket ke marikh, kerana Pahang pun dah bangunkan planet Marikh mereka sendiri, jangan terkandas di Marikh cap Kuantan sudahlah
Fadu!