Part 2: Dimanakah salah dan silap Negeri Sembilan FA sehingga kau tak dapat maafkan?
4 min read
Dalam bahagian pertama artikel ini, Jang dah usik tentang 1. Kualiti pasukan, 2. PBNS Bangsat?, 3. Salah Dato Haslah? dan 4. Skrip lamo. Kok kau lum baco, boleh klik link ini di https://www.ultrajang.com/dimanakah-salah-dan-silap-negeri-sembilan-fa-sehingga-kau-tak-dapat-maafkan/ dah baco situ baru sambung sini.
Jang nak tambah sikit lagi pasal skrip lamo; tujuan Jang tak mahu kita semua guna term ‘skrip lamo’ ialah ianya menampakkan kelemahan kita sendiri sebagai penyokong dimata orang luar. Ada saja yang akan berkata “dah tau skrip lama, pergi sokong lagi, kan bodoh tu!” haha. Apa kita nak jawab? Metaforanya beginilah, kita dah terbau bau durian dari jauh dan apabila kita jumpa durian tu, kita pergi timang pulak dengan kaki macam bola takraw, lepas tu kaki sakit dan berdarah, kita bagitau satu dunia yang durian kulitnya berduri tajam. Tak ke kene ketawa tu? Tu sebab Jang tak guna term ‘skrip lamo’. Ikhtiar la sikit guno ayat lain. Kemon girls!
ok, mari kita lihat isu lain pula.
5. Kita tak mahu naik liga super sebab takda bajet?
Jang kurang setuju kerana bagi Jang sama saja kos dan bajetnya. Kita pernah main liga super sebelum ini jadi apa pulak kesnya sampai tak mahu naik semula? Bajet pasukan sama saja kat Malaysia ini. Liga Perdana kau lawan Perlis, Liga Super kau lawan Kedah, kos nak pergi sana sama saja. Duduk hotel pun lebih kurang juga, takda naik liga Super duduk hotel 5 bintang pulak. Bajet pasukan banyak berubah pada gaji saja dan disini perbelanjaan berhemah bukan isu. Jika mahu pasukan kuat dan bersaing liga super, mesti beli 2,3 pemain tempatan yang bagus. Pemain import ni nasib-nasib juga. Itu sebab kita ikat kontrak sama ada 6 bulan atau setahun. tak sedap – tukar! haha. Bajet ini suatu benda yang kita boleh kawal dan cari, jadi apa isunya? Nak duit – carilah. Kan rezab kerajaan Negeri ada lebih RM500 juta? Ejas la sikit.
6. Kita takda Lesen?
Kita ada lesen atau kita hampir ada lesen, sama saja. Mengikut maklumat terakhir yang Jang terima, pasukan Negeri Sembilan telah pun mencapai 90% dalam menyempurnakan lesen. 10% itu tinggal nak selesaikan sahaja ataupun merayu, insyallah selesai. Ada banyak juga pasukan yang masih tidak berlesen atau bawah 60% seperti Kuala Lumpur dan Terengganu tetapi ini hal yang kita tidak nampak, jadi kalau esok FMLLP kata semua pasukan telah lulus ujian lesen, apa kita nak cakap? Kelantan yang banyak hutang itupun sepatutnya tidak boleh ada lesen kerana ianya tidak menepati salah satu dari 6 ciri utama perlesenan iatu Kewangan dan Perniagaan. Apa benda kewangan dan Perniagaan ini? Kewangan ini Jang rasa mempunyai akaun yang beraudit setiap tahun, tidak mencatat kerugian atau hutang yang tidak berbayar pada tempoh yang lama dan sebagainya. Untung? untung memang takda pada semua pasukan dalam Malaysia ini termasuk JDT.
Lesen ini bagus untuk melatih pasukan menjadi bertanggungjawab, telus dan berdikari sepenuhnya. Ianya tidak sama dengan penswastaan pasukan tetapi bolehlah dianggap sebagai langkah awal. Ianya hanya lesen FAM saja pun, bukan AFC. Jika lesen FAM pun kita tak dapat nak ikut, mimipilah nak main AFC.
7. Jang sentiasa betul.
Kalau kita nak cari salah sesiapa, cukup senang. Nak cari orang yang mahu pikul tanggungjawab dan mahu berundur dengan terhormat, itu susah. Sebabnya, ia bukan budaya kita. Pasukan lain, penyokong sampai buat petisyen dan merusuh, tapi pengurusan rilek tak berganjak. Jang diberitahu Dato’ Haslah sedia memikul tanggungjawab ini dan juga sedia berundur setelah 2 tahun tidak berjaya membawa pasukan Negeri Sembilan ke liga Super. Hasrat beliau telah pun disampaikan kepada YAB Presiden.
Bagi Jang, walaupun Dato Haslah tidak berjaya membawa pasukan kita ke liga super, tetapi beliau serba sedikit telah banyak menyumbang kepada kemajuan bola sepak Negeri Sembilan. Statistik menunjukkan persembahan pasukan secara keseluruhan pada 2017 adalah lebih baik dari 3 tahun kebelakangan ini di liga Perdana. Jumlah pemain tempatan (anak Negeri Sembilan) dalam pasukan bertambah kepada 9 orang pemain dan ramai pemain muda diperkenalkan dan berbakat. Contoh lain yang lebih mudah; jumlah kutipan tiket 2016 di Paroi adalah sebanyak RM500,000 dan pada musim 2017 ini, kutipan tiket adalah sekitar RM2,000,000.00. Bermakna secara langsung, Dato Haslah dan pasukan telah berjaya menarik penyokong kembali ke stadium Paroi. Takkan la takdo langsung elok eh, ekau ni! Kalau bonci pun jangan la pukul rata, tak manis!
Bola sepak adalah satu proses. Tidak akan berlaku keajaiban dalam satu malam. Leeds United adalah satu nama besar dalam liga bola sepak Inggeris semenjak tahun 70an membawa ke tahun 2000 (separuh akhir Piala Eropah) dan pada tahun 2003, Leeds diturunkan ke liga championships membawa hutang bertimbun, dan kemudian jatuh lagi ke liga bawahan (league One) dan selepas puas berkubang, kembali dinaikkan ke liga championships pada tahun 2010 dan kekal disana. Tetapi Leeds United dianugerahkan sebagai pasukan yang mempunyai penyokong terbaik keseluruhan liga bola sepak Inggeris (championships, league one dan league two) dengan jumlah kehadiran penyokong sekitar 30K setiap perlawanan. Jumlah ini sahaja mengalahkan 9 lagi pasukan di EPL. Maknanya apa? Ya! walau hutang bertimbun sampai kene jual beli dan dihina teruk dimata penyokong pasukan lain terutama pasukan di EPL, tapi penyokong tetap beri sokongan dan turun ke stadium. Protes kepada pengurusan dilakukan dengan cara lain.
Jang suka kalau kita tengok secara menyeluruh prestasi pasukan Negeri Sembilan, bukan sekadar kalah menang diatas padang. Bagi Jang secara peribadi, dan terbukti atas faktor statistik sepanjang musim, pasukan ini adalah yang terbaik dan memberi persembahan terbaik, cuma gagal mengekalkan momentum, semangat dan prestasi (mungkin atas faktor jadual padat dan kemudian cuti lama pulak) serta faktor tidak bernasib baik. Kalau kau tak bersetuju dengan Jang, takpa dan bagus. Bersetuju untuk tidak bersetuju adalah petanda baik tapi cuba kita ingat semula memori beberapa perlawanan sedap kita di Paroi dengan jumlah penyokong padat dan suasana meriah, takkan takda siapa boleh dapat kredit kat situ?
Rasional sebelum emosional.
Jang,
Buapak Bolasepak Beradat