PDRM 1-1 Negeri Sembilan (Matchday 2 Liga Perdana 2019)
4 min read
Seusai tamat perlawanan kelmarin, ketika pemanduan den untuk pulang dari Stadium Selayang, terngiang-ngiang di kepala otak den lirik lagu ‘Tak kiro monang kalah, ini hari den nak lari dari masalah’. Tak dapat pula den nak pastikan sama ada hilang tak masalah den selepas melihat persembahan yang ditampilkan pasukan Negeri Sembilan yang membawa pulang satu mata ke kampung halaman setelah diikat PDRM 1-1.
Nakatake terlebih dahulu menceriakan kem Negeri Sembilan dengan gol cantik menerusi sepakan percuma yang ditujukan terus ke arah pintu gol pada minit ke-44 sebelum PDRM memperoleh penalti beberapa ketika kemudian dalam waktu kecederaan dan seterusnya keputusan terus kekal tanpa sebarang penambahan gol. Sebelum hari permainan menjelang tiba, terdapat suara-suara kecil yang mempersoalkan bagaimana kemampuan pemain import untuk adapt dengan cuaca panas, tetapi dengan keadaan cuaca sepoi-sepoi bahasa pada ketika perlawanan dilangsungkan, alasan cuaca sebegini perlu dinyahkan ketepi dan tak seharusnya lagi timbul pada masa mendatang andai pemain dan pasukan mahu berjaya bak juara.
Sama ada atas faktor taktikal atau kecergasan, Mat Zan telah melakukan tiga pertukaran berbanding perlawanan lalu dengan meletakkan Durrkeswaran di bahagian sayap kiri mengambil tempat Dzulfahmie, di pintu gol Mohd Hamka diberi peluang untuk menggalas tugas yang disandang Fazley sebelum ini, manakala Aroon Kumar menggantikan Aiman dan dijadikan defensive mid untuk menolak Nakatake sedikit ke hadapan untuk membantu bahagian serangan.
Berdasarkan statistik serangan yang dipamerkan kedua-dua pasukan ketika perlawanan berlangsung, layak untuk den katakan sebenarnya Negeri Sembilan bertuah membawa pulang satu mata dengan barisan pertahanan layak diberi pujian walaupun ada ketika memberi debar kepada para penyokong. Mohd Hamka juga membalas kepercayaan Mat Zan dengan aksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan PDRM yang boleh menghasilkan gol dan setelah den lihat ulangan di mycujoo, Hamka sebenarnya menyentuh bola ketika cubaan merebut bola dari Shahurain.
Sebagai seorang pemain import, den mengharapkan Matheus Vila mampu memberikan contoh yang baik kepada rakan-rakan dan perlawanan ini bukanlah hari buat Vila. Beberapa kali beliau gagal dalam mengawal situasi satu lawan satu dan mudah penyerang lawan membeat beliau tetapi mujur Osman Yusof bertindak sebagai seorang partner yang baik dengan melakukan recovery pantas sesuai dengan watak dirinya yang menggalas tanggungjawab el-kapitan.
Dengan ketiadaan Aiman Khalidi untuk membantu Ferris Danial merencana serangan dan membelah pertahanan lawan dari kawasan tengah, Negeri Sembilan banyak memusatkan serangan ke arah flank, yakni ke posisi Izuan dan Durrkeswaran. Dengan Nakatake yang pada pandangan mata kasar den mempunyai speciality untuk menghantar bola ke sebelah kiri dan kanan padang dengan mudah dan bersahaja, taktikal ini adalah taktikal yang paling bersesuaian untuk barisan pemain yang diturunkan Mat Zan. Den rasa function Nakatake bukanlah untuk menjadi attacking mid, sebaliknya menguasai bola di tengah dan melebarkan bola ke sisi atau hantaran ke hadapan tanpa perlu membawa bola ke kawasan middle third lawan.
The only flaws in this tactical are communication and support from the right back and left back. Den tahu tugas hakiki pemain pertahanan adalah untuk bertahan, tetapi jika serangan hendak dipusatkan di bahagian flank, side back perlu bijak melakukan overlapping dan membantu kedua-dua pemain flank agar pergerakan bola ke kawasan berbahaya lawan lebih lancar.
Dalam hal ini, partnership antara Danish dan Izuan pada mulanya nampak meyakinkan dan sekali sekala mengancam kubu PDRM namun di pertengahan babak pertama posisi Izuan dan Durrkeswaran ditukar. Den rasa Mat Zan menukar kedudukan dua pemain ini supaya Izuan boleh membantu Azrul Nizam di bahagian pertahanan yang sering dihujani serangan, ditambah pula perlu berhadapan dengan Shahurain yang sering melakukan larian dari belakang ketika menerima hantaran bola jauh. Azrul bagi den perlu meningkatkan kualiti permainan beliau bukan sahaja untuk bertahan, tetapi mampu untuk memberi support ketika menyerang supaya serangan Negeri Sembilan tidak tertumpu ke arah satu kawasan sahaja.
Bagi Danish pula, keyakinannya untuk memberi support di bahagian hadapan dan melakukan overlapping membuatkan den sedikit teruja. Dengan tenaga muda yang dimiliki, andai pemain kehilangan bola, Danish mampu untuk melakukan recovery dan kembali ke posisi asal namun masalah di bahagian ini timbul apabila Durrkeswaran seolah-olah tidak nampak kehadiran Danish yang melakukan larian di sebelah sisi dan sering mempunyai mind set untuk membawa bola ke ruang tengah.
Positioning dan decision making turut menjadi faktor kegagalan Negeri Sembilan untuk lebih mengancam kubu PDRM terutamanya di separuh masa kedua. Dalam babak ini, Negeri Sembilan lebih banyak bertahan dan melancarkan counter attack tetapi execution yang dilakukan memudahkan barisan pertahanan PDRM untuk menghentikan serangan balas yang dilakukan. Malah, Fauzi Latif yang dimasukkan di penghujung babak permainan seharusnya boleh memberikan sesuatu kepada Negeri Sembilan tetapi beberapa kali ditangkap berada dalam kedudukan offside sama ada kerana bola lambat dihantar, atau Fauzi gagal meletakkan dirinya dalam posisi onside.
Andai Negeri Sembilan meletakkan seorang attacking mid yang boleh memberi bantuan kepada Ferris seperti Aiman, den yakin tugas Ferris menjadi lebih mudah untuk membawa bola ke dalam kotak D pasukan lawan. Ferris juga hampir-hampir melakukan satu assist namun setelah berjaya merampas bola di bahagian tengah dan berada dalam situasi 3 lawan 2, lorongan bolanya kepada Almir Netto disia-siakan.
Secara keseluruhan, apa yang den boleh katakan adalah ini kualiti permainan yang sama ditunjukkan ketika menentang Sarawak. Bezanya, menentang lawan seperti PDRM yang dibarisi tiga trio hadapan berpengalaman, Fakrul Aiman, Nur Farhan dan Shahurain, setiap pemain perlu step up untuk meningkatkan teknik individu masing-masing supaya mampu terus bersaing dan mencapai posisi yang diidamkan di penghujung musim. Dengan rata-rata barisan pemain masih muda dan kekurangan pengalaman, banyak aspek yang masih boleh diperbaiki selain meningkatkan stamina dan kecergasan supaya tidaklah menjelang minit ke-80, penyokong sentiasa berdebar melihat kubu pasukan diasak bertubi-tubi.
Ada penyokong yang bertanya tentang pemain import Negeri Sembilan yang keempat. Seperti yang den tekankan dalam harapan den sebelum ini, pengurusan tidak perlu tergesa-gesa untuk menandatangani pemain import sebaliknya memberi peluang kepada pemain tempatan untuk membuktikan kewibawaan mereka. Secara logiknya, liga telah berlangsung dan tiada ruang untuk pengurusan menguji calon import dalam perlawanan ujian dengan setiap pasukan sudah pasti terikat dengan perlawanan liga melainkan pasukan sudah dapat mengenal pasti pemain yang diingini. Usahlah terburu-buru menandatangi pemain yang tidak dikenal pasti takut kelak memakan diri.
-Yat-
-Negeri Sembilan! Bola sepak beradat-