PEMBANGUNAN BOLASEPAK: SEBUAH MIMPI NGERI
4 min readSekali lagi ultrajang.com membuka peluang kepada semua pencinta bola untuk menulis, menghentam atau memuji apa saja hal berkaitan bola samada dalam liga taman, daerah, negeri, negara dan international.
Hantar artikel anda ke ultrajangmag@gmail.com dan artikel terpilih akan disiarkan. Syaratnya mudah saja, ejaan mestilah menggambarkan yang anda pernah pergi sekolah.
Artikel pertama tulisan KDAY JUTA. Enjoy!
Ramai tidak terkejut bila ranking Harimau Malaya jatuh lagi, terburuk dalam sejarah peradaban bola sepak Malaysia, tambahan pula lepas kena belasah 10-0 dengan UAE bulan lepas.
Dari tahun 1993, sampai lah sekarang tiada langsung episod ranking bola Malaysia naik dengan tinggi. Selalunya jatuh terperuk, lepas tu naik balik setakuk. Jatuh balik 5-6 takuk.
Bak kata orang putih, every fucking time!
Kalau tengok set-up bola sepak Malaysia sekarang, memang kita akan jangkakan ranking Malaysia akan terus merudum, merudum dan merudum. Kenapa?
Tiada pembangunan berterusan
Cuba bagi contoh FA negeri mana yang ada akademi yang teratur dan berterusan? Ada? Ada?
Kebanyakan akademi adalah usaha pencinta bola dan bergerak melalui yuran atau tajaan syarikat-syarikat kecil. Kalau yang grand pun hanya satu – Frenz United, siap ada stadium sendiri.
PPBN? Yakin ke program ni akan tahan lama? Sedangkan dasar pendidikan negara pun berubah setiap kali menteri bertukar, inikan pula bola sepak kanak-kanak.
Kebanyakan akademi pula banyak bertumpu di Lembah Klang, negeri-negeri lain hampir tiada. Pemain-pemain yang bernaung di akademi-akademi swasta mampu mendapat game time yang cukup dalam tempoh pembangunan dan penggilapan bakat mereka.
Kalau yang tidak menyertai akademi, game time mereka hanya ketika wakil sekolah atau main petang-petang di padang, sebelum geng orang tua mula bermain, itupun tanpa tunjuk ajar dari jurulatih atau orang yang ada football knowledge.
Kalau yang tonjol tu, memang tonjol sampai bertahun-tahun atau sampai cikgu panggil untuk mewakili sekolah. Kalau yang pengkau pun sama. Itu belum termasuk yang tanduk bola pejam mata, tackle bola macam tackle ragbi dan main bola macam lalat hurung tahi.
Tiada pertandingan yang berterusan bagi peringkat remaja
Dari zaman sebelum merdeka sampai lah dah nak 60 tahun merdeka, keadaan tetap sama. Pertandingan peringkat umur memang kurang dianjurkan baik di pihak FAM atau FA pengampu (baca : semua FA).
Bayangkan, kalau seseorang pemain muda, katalah 12 tahun, mewakili sekolah dan bertanding di peringkat zon. Berapa minit perlawanan kompetitif yang pelajar itu dapat? 90 minit!
90 minit setahun tidak mencukupi untuk seorang pemain itu berkembang.
Malcolm Gladwell, dalam bukunya The Outliers menulis – untuk seseorang itu mahir dalam bidang yang diceburinya, latihan yang perlu dilalui adalah sekurang-kurangnya 10,000 jam. Sepuluh ribu jam!
90 minit dalam setahun kali dengan 5 tahun, hanya 450 minit, hanya 7 jam setengah perlawanan kompetitif dalam tempoh lima tahun. Itu kalau pemain itu wakil sekolah. Kalau tak wakil?
Sesetengah tempat kira okay lah, ada liga DUN, liga parlimen, liga piala ketua kampung tapi semuanya berbentuk karnival, 576 game dihabiskan dalam Sabtu dan Ahad. Persoalannya, adakah liga DUN itu cukup kompetitif?
Biasanya pasukan yang bertanding di liga DUN itu tiada jurulatih atau pengajar yang mahir dan memahami teknik dan skill yang diperlukan untuk menjadi pemain bola sepak yang sebenar, malah jarang ada pasukan yang training.
Kata seorang macai, “kita dah ada piala Presiden, okay lah tu.”
Piala Presiden yang hanya 3-4 bulan tu? Cukup ke game time untuk pemain muda?
Kenapa bukan FAM sahaja yang bangsat
Setiap negeri ada FA-football association mereka sendiri. Berapa banyak FA negeri yang betul-betul berfungsi sebagai FA?
Tugas FA yang utama ialah pembangunan bola sepak baik dari segi pemain, permainan, latihan, pengurusan mahupun pengadilan. Itu adalah dari segi teori.
Dari segi realitinya FA negeri banyak menjadi tempat untuk cari makan dan pengaruh oleh mereka yang berkepentingan, dan fokus mereka lebih kepada untuk mencari kejayaan segera pasukan negeri yang bermain di liga professional (baca liga budak-budak manja) Malaysia.
Jika pasukan utama negeri mereka menang, mereka mendabik dada mengatakan mereka mempunyai pandangan jangka panjang. Tetapi selepas beberapa tahun pasukan mereka cemerlang, mula masalah gaji, KWSP, prestasi pasukan yang entah apa-apa.
OK, Johor melalui PBNJ pimpinan TMJ dah mula mengatur langkah progressif dengan mempunyai pelan jangka panjang. Ingat lagi cadangan pemimpin bola negeri tu dulu nak cadangkan bubar pasukan lain di Johor, biar tinggal satu pasukan sahaja yang bertanding di liga tempatan? Ingat?
Tan Sri Annuar Musa? Nampak apa terjadi kepada The Red Warrior selepas TSAM menjadi ahli parlimen? Tahu tak siapa exco-exco KAFA dan apa jawatan mereka dalam parti politik? Tidak kah ada clash of interest and commitment? Pernah ke orang politik dalam persatuan tendang bola?
Selangor – negeri paling maju di Malaysia dan mempuyai kemudahan yang paling banyak dalam negara – masih gagal menghasilkan pemain-pemain muda yang berkaliber walaupun Liga FAS sangat kompetiif. Balik-balik duk bangga dengan Nazmi Faiz.
Masalah-masalah dari FA negeri ada banyak lagi, tetapi tak dilihat oleh peminat bola. Mereka hanya berminat untuk menyerang FAM. Tahi seberang jalan nampak, babi depan batang hidung buat tak tahu.
Kalau matlamat nak naikkan kualiti bola sepak Malaysia, jangan target FAM dulu, ubahlah FA negeri terlebih dulu.
Bagaimana?
Wujudkan kelab-kelab bola sepak dan daftar dengan FA negeri. Nanti dalam jangkan masa panjang dapatlah suara untuk memilih atau menjadi pemimpin-pemimpin bola baik negeri atau negara.
Susah nk ubah FA negeri lau dikawal FAM. So far Johor jer FA yg berani sound FAM, tp tu pun dari penaung DIRAJA. Sb yg jaga FAM pn dari DIRAJA. So raja lwn raja ok la, paling kuat kawtim kt istana. FA lain dijaga ahli politik, datuk² yg sume rakyat biasa. Hasil nye mcm jd mcm NuorMuso contoh nye. Smp kne tendang. So FAM mmg patut ubah dlu, xyah kerabat di ats. Maklum la kte duk Malaysia ni ‘takut daulat’.
dalam artikel ‘Pencaturan Bolasepak Negara’ aku dah tulis hal ini. orang politik dan istana yang tidak bersukan menguasai semua jawatan tertinggi dalam organisasi sukan. kita sendiri tanpa sedar telah menyokong budaya ini semenjak lama dahulu.
Bila sebut bolo kita.banyak benor yg pincang.
Ape yg pincang?
1 malaysia bukan negara bolosepak.
2 kita kurang pengadil yg bertauliah
3 pengadil kurang.kurang match diperingkat bwah tu balun karnival bolo.x anjurkan liga
4 sistem liga berteras pasukan negeri yg hancurkan bola
5 stadium je besor tapi nk penuhkan susah.team top bru penuh.tupun kdg x pnuh.
Bersambung
tulis panjang2 dan send ke ultrajangmag@gmail.com la Ijattttttt