Penswastaan liga dan pembangunan dalam bolasepak – part 1.
3 min readArtikel ini Jang tulis pada 24/12/2014 dan sepatutnya dirilis dalam bentuk majalah Ultrajang pada Januari 2015 tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab subversif.
Ini adalah satu topik yang agak susah nak di bincangkan jika kita sendiri tak tahu dan faham apakah yang di maksudkan dengan penswastaan liga tersebut. Untuk tahu dan faham apakah penswastaan ini juga amat payah, melainkan kita ambik tahu dan belajar serba sedikit. Dapat luaran dan gambaran pun jadilah. Tak payah la nak tahu dari A sampai Z.
Terlalu banyak persoalan dan cabang yang nak di kupas kalau kita nak bercakap tentang penswastaan ini. Apa tugas dan fungsi persatuan selepas penswastaan, siapa yang nak mentadbir, bagaimana nak mentadbir, bagaimana mahu menjana pendapatan dan sebagainya. Semua ini kita nak ubah selepas kita dah terlalu sebati dan sepanjang bernyawa di bumi tuhan ini, bernafaskan liga dan bolasepak tradisional di bawah kendalian FAM dan persatuan negeri. Tapi Kelantan FA secara dasarnya dah buat penswastaan ini di bawah kendalian The red Warriors jadi kenapa kito tak boleh pulak?
Tapi kenapa beria sangat nak penswastaan ini? Apa salahnya dengan liga sekarang? Di manakah salah dan silap serta dosa liga bolasepak sekarang sampai kita beria nak ubah menjadi lebih baik?
Yup! Itulah jawapannya- menjadi lebih baik. Menjadi lebih baik ini dalam semua segi dan ketegori ya, tuan-tuan. Bukan sekadar terbaik di padang. Stadium dan infra nak kene gred A, Institusi sukan gred A, kakitangan dan pentadbiran gred A, Undang-undang dan kewangan juga gred A. (Gred B atau C boleh juga) Kalau kita lihat liga kita ini, ada yang kata kita liga gred D. Liga gred D semestinya menghasilkan pemain yang gred D juga kualitinya. Pemain gred D inilah yang menyarung jersi Harimau Malaya berjuang mewakili kita di pentas Asia. Takkan kita asyik nak bercakap tentang kehebatan bolasepak kita dulu semasa zaman Supermokh. Masa tu Korea Selatan pun berlatih 3 bulan untuk jumpa kita di Pestabola Merdeka. Sekarang, kita nak ajak mereka datang Pestabola Merdeka pun kita sendiri malu dan sedar diri.
Baik! Dah nampak sikit dah luaran dan gambaran kenapa kita kene swastakan liga kita ini? Siapa tak nampak dia sebenarnya ada tujuan lain datang ke stadium.
Apa kelebihan lain penswastaan ini? Banyak poit! Sonang kata, kita tengok la kelab besar macam Real Madrid atau Manchester United tu. Itu contoh mudah tapi kita bukan nak jadi besar macam mereka, kita cuma nak – apa mereka ada atau buat, kita pun ada juga dan buat walau tak hebat. Contohnya antara syarat AFC (badan yang mengeluarkan lesen penswastaan) untuk sebuah pasukan itu mesti mempunyai badan pengurusan sukan yang mementingkan pembangunan bolasepak untuk remaja. Mendidik generasi muda untuk minat dan beri mereka bimbingan dalam hala tuju sebagai pemain bolasepak.
Kenapa pembangunan bolasepak untuk remaja ini penting? Tahukah kita semua, kali terakhir Negeri Sembilan mengeluarkan nama gah dalam bolasepak ke persada negara adalah 10 tahun dahulu iaitu ketika kemunculan adik beradik kembar Zaqwan dalam Sukma 2004. Selepas itu kita sonyap. Apabila barisan nama pemain baru untuk skuad NS Matrix 2015 di umumkan, kita langsung tidak ada nama besar hasil anak didik dari negeri kita sendiri. Rezal Zambery lahir Batu Pahat poit! Sedih tak?
Jadi nampak tak betapa pentingnya penswastaan liga ini? Tapi bukan PBNS ke yang sepatutnya cungkil atau buat semua kerja ini? Ya dan tidak.
Bersambung…..
*Panjang poit Jang tulis artikel ni. Akan sambung bilo free. Free sini bermaksud dah takda benda best nak tulis, Jang upload sambungan dia.
Aku sebenarnya lebih tertarik dengan penswastaan liga sukan di Amerika di mana setiap kelab merupakan francais yang mempunyai pemilik / konsortium pemilik tersendiri.
Sebagai contoh Major League Soccer, pemilik-pemilik 20 kelab akan melantik satu Perusuhjaya yang bertanggungjawab untuk menguruskan liga tersebut dari hal pelaksanaan peraturan sehingga pemasaran & merchandising.
Pengurusan liga di Amerika tampak lebih sosialis berbanding di Eropah di mana kelab yang kaya atas dasar legasi atau sugar daddy akan mendominasi sesuatu liga dan di liga Eropah.
Aku rasa wajar Malaysia mengikuti sistem Amerika kerana audience kita kecil dan pengawalan kewangan diperlukan untuk memastikan sesebuah kelab tidak akan bangkrap selepas menjuarai treble pada tahun sebelumnya.
Sungguh Jang tak kaji sampai Amerika tapi macam ditulis,hal penswastaan ni memang kene kupas dan lihat mana yang lebih sesuai. tapi sebab kita bernaung bawah AFC rasanya kita kene follow rules yg dibuat mereka.tq bro.
Sedap jang. Tu ha betolkan tahun sukan sea kembar zaqwan muncol tu.
alamak! tahun 2004 la! hahaha. tq bro!
Sudah tentu kita perlu ikut peraturan AFC dan FIFA tetapi pandangan aku ni MLS lebih saksama dalam pengagihan kewangan demi sustainability liga tersebut, yang masih merupakan isu utama kebanyakan FA dan kelab di Malaysia.
Kalau nak paham macamana MLS diuruskan berbanding EPL, cuba baca ni:
http://captainsknock.com/premierleaguevsamericansoccer/
ok bro,dah baca dan faham. boleh buat tapi dengan jumlah pasukan dan liga yang kecil,mungkin tak banyak kita boleh apply.kita sama-sama tunggu bagaimana bentuk penswastaan ala Malaysia yang akan dibuat tahun depan.
Jang. Aku nak kopi karangan ko ni.
silakan
Aku suka komen ko. Kita sependapat.
Francais dan tiada promotion relegation lebih sesuai kt malaysia sebab org sini kuat smgt kenegerian.
Lepas tu, gaji kena ada caps. Melainkan marquee signing.