Perihal hak siaran langsung yang kau tahu nak marah saja.
3 min read
Jang nak cerito semula bagaimana kisah MP&Silva dan FMLLP ni bermula di dalam bolasepak kita. Mungkin dah ada blog yang tulis perkara ini tapi biasolah, Jang tulis mesti lebih best, kan?
Alkisahnya bermula begini.. Apabila syarikat rokok seperti dunhill dilarang memberi sumbangan kepada sukan, bolasepak kita, yang 100% bernafaskan asap rokok subsidi dan bantuan kerajaan mula hilang arah. Dipendekkan cerita, selepas Astro habis kontrak sebagai penaja utama siaran langsung, FAM membuka semula bidaan untuk hak komersil dan siaran langsung bolasepak kita yang gred D ini. Maka, masuklah 3 syarikat yang berminat..iaitu (kalau tak salah) Astro, RTM dan ada satu syarikat yang tidak mempunyai platform media (TV atau radio) yang kita namakan sebagai syarikat C.
Apabila ketiga-tiga syarikat ini masuk membida, senang kita guna syarikat A, B dan C, kesemua mereka memberi harga yang berbeza-beza. A letak 55 juta, B letak 60 juta dan C pulak, yang takda TV dan radio letak RM70 juta ( nilai RM bukan sebenar). Apabila harga bida berbeza-beza, FAM pun menjadi pelik. Apa tak peliknya, FAM tak letak syarat-syarat yang jelas untuk ketiga syarikat tadi buat guideline. FAM juga tak tahu nilai komersil liga bolasepak tempatan.
Kita ambil contoh rumah la, kau ada rumah tapi kau tak tau nilai rumah kau berapa harganya. Bila kau nak ubahsuai, kau panggil 3 kontraktor buat sebut harga, tapi kau tak bagi tau apa kau nak ubah, jadi ketiga-tiga kontraktor tadi main letak dan propose macam-macam. Bila semua bagi harga berlainan, kau pun pelik. Nampak? Itu berlaku diawal kisah hak penyiaran ini. Kalau rumah, kita boleh saja lantik jurunilai, jurukur bahan dan arkitek untuk menentukan nilai dan pelan ubahsuai, kalau liga bolasepak kita?
Maka, mengambil contoh rumah tadi, FAM pun melantik satu konsultan untuk menilai harga liga bolasepak kita. Untuk rekod, dalam dunia bolasepak, hanya Manchester United sahaja yang boleh menjual kelab mereka melebihi harga nilai mereka. Contohnya, jika harga Manchester United RM100 juta, mereka boleh menjualnya pada harga RM400 juta. Soalnya sekarang, berapa harga atau nilai bolasepak kita? Maka konsultan ini menganggarkan sekitar RM400 juta.
Setelah mengetahui nilai mereka, barulah FAM tahu dan letak kehendak mereka, contohnya, pembida mesti letak 10 kamera setiap kali ada siaran langsung, pembida mesti buat 4 siaran langsung seminggu, pembida mesti buat itu dan ini dan macam-macam lagi untuk nampak sedap dan berilmu. Maka bidaan untuk hak penyiaran dibuka semula kepada semua syarikat A,B dan C tadi dengan syarat-syarat ketetapan FAM. Menariknya, selepas tamat tempoh bidaan, tiada satu syarikat pun yang masuk membida. Kenapa?
Selepas sah tiada satu syarikat pun masuk membida sehingga habis tempoh bidaan, muncul MP&Silva membida dan memberi harga mereka. Apa pilihan yang FAM ada pada masa itu? Kene pulak mereka di FAM ini banyak politik, malas buat kerja lebih dan sebagainya (ini andaian saja) maka bidaan MP&Silva diterima. Dipendekkan cerita, sebab Tengku suka, FAM melantik konsultan yang membuat penilaian tadi untuk menjadi orang tengah atau arkitek dalam pengubahsuaian bolasepak kita kepada penswastaan, maka tertubuhlah FMLLP.
Perlu diingat! MP&Silva hanya memegang hak komersil dan penyiaran sahaja. Mengikut sejarah, MP&Silva pernah menarik diri dalam liga bola keranjang di Taiwan. Maka Jang kuat merasakan perkara yang sama akan berlaku dalam bolasepak kita. Adakah MP&Silva akan menarik diri juga? Adakah FAM akan tetap bertahan dengan MP&Silva atau akan beri mereka kad merah? Adakah cerita Jang betul?
Menariknya lagi, selepas liga kita berjalan, terdapat khabar angin (dah jelas pun kalau kau lihat betul-betul) salah satu syarikat yang pernah membida, iaitu syarikat A, mula menjalankan anasir-anasir sabotaj dan tidak berpuas hati. Semua benda dia tak puashati. Jang diberitahu, ada pakatan cuba menjatuhkan CEO FMLLP kerana ada yang mengidam kerusi CEO. Passion, eh?
Bagi Jang, tidak boleh salahkan atau nak maki saja FMLLP ini. Jang cukup tak berkenan kalau peminat bola terlalu cepat memaki (Jang takpa). Kau ingat senang nak buat rumah? Kau tau masuk rumah,bukak baju, terlentang depan TV saja kan? Kita tengok persatuan bola yang menguruskan satu pasukan saja bukan main susah dan bermacam masalah. Ambik contoh Pahang dan Kelantan dengan isu gaji, hal sponsor dan sebagainya. Bayangkan FMLLP nak uruskan liga untuk semua pasukan. Kadang-kadang, persatuan bola yang sudah abadi bergantung kepada subsidi FAM pun bukan main liat nak berusaha sendiri. Sehinggakan ketiadaan bola pun kene tunggu FMLLP uruskan.
Hmmm…banyak lagi cerita ni, tapi kau bersabarlah tunggu.
?