April 25, 2024

Perlawanan Pra Musim : N. Sembilan 0-2 Terengganu FC II (7/2/2020)

3 min read

Negeri Sembilan Forward

Setelah tewas di laman sendiri oleh Melaka United dengan 5 gol, Negeri Sembilan sekali lagi membuat persiapan untuk Liga Premier dengan melayani kunjungan Terengganu FC II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Berbekalkan semangat yang baru, Negeri Sembilan membuat beberapa pertukaran dari perlawanan yang lepas dengan memasukkan Kaharuddin, Norhafiz Zamani Misbah dan beberapa pemain yang lain.

 

Mereka bermula dengan cemerlang pada 10 minit yang pertama dengan bermain simple pass dan hantaran-hantaran pendek. Namun, mereka dikejutkan oleh gol dari pasukan Terengganu II disebabkan ‘school boy error’ yang dilakukan oleh Matheus Villa yang gagal mengeluarkan bola dalam kotak penalti. Pihak lawan pun melakukan rembatan jarak dekat dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol. Gol ini sedikit sebanyak menjatuhkan moral pasukan tuan rumah seterusnya memberi impak yang negatif terhadap corak permainan mereka. Sebelum tamat babak pertama perlawanan, Negeri Sembilan sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan yang berjaya mencipta gol kedua hasil permainan cantik dan kemas menerusi ‘counter attack’. Penyokong setia Negeri Sembilan semestinya perasan bahawa gol kedua ini terhasil dari ‘assist’ bekas penyerang pasukan mereka iaitu Bruno Suzuki. Berani betul Bruno ni buat onar di Paroi!

Bruno mengajar pemain N. Sembilan cara menyerang sebenar.

Babak kedua, Negeri Sembilan melakukan beberapa pertukaran pemain serta formasi bagi mengejar kedudukan pasukan Terengganu FC II. Meletakkan Nakatake sebagai holding midfielder, Azriddin sebagai midfielder yang banyak membantu bahagian serangan serta Shahurain Abu Samah di attacking midfielder, merancakkan lagi permainan pasukan tuan rumah. Perubahan ini dapat dilihat dengan jelas mengubah taktikal pasukan Negeri Sembilan untuk mencari gol bagi merapatkan jurang dengan pasukan lawan. Promising run dari pemain-pemain mampu membuka peluang bagi pasukan namun tiada percubaan menarik yang mampu menggugat penjaga gol pasukan lawan. Pasukan tuan rumah terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 di laman sendiri. Setelah berusaha dengan sehabis baik, namun kehebatan pasukan Terengganu FC II sukar dicabar oleh pasukan tuan rumah. Namun apa yang bermain di bibir-bibir peminat pasukan Negeri Sembilan, siapa yang patut disalahkan?

 

Kesimpulan:

Apa yang dapat dilihat, kesilapan individu oleh pemain import iaitu Almir Neto, gagal menyempurnakan sepakan penalti yang mampu menyamakan kedudukan menjadi 1-1, sedikit sebanyak mengganggu mental dan semangat para pemain yang lain.

Seterusnya, corak permainan pasukan tuan rumah yang lebih agresif pada babak kedua seharusnya dipraktikkan sejak wisel permulaan dibunyikan. Tetapi hal ini hanya boleh dijawab oleh ketua jurulatih pasukan iaitu Sazali Saidun tentang sebab beliau melakukan taktikal seperti ini. Adakah dengan alasan untuk bermain secara lebih selamat? Saya pun tidak tahu.

Selain itu, pemain berjersi 77 iaitu Nur Shamie Iszuan yang tampil dengan aksi cemerlang mampu menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan. Laju dan mampu buat cross. Tapi macam mana nak cross kalau striker masih berlari-lari anak seperti di Lake Garden di tengah padang kan?

 

Ketiadaan Shahurain pada babak pertama permainan turut dirasai kerana pasukan Negeri Sembilan seolah-olah tiada banyak pilihan and cara permainan sewaktu menyerang. Harapan saya selepas ini ialah supaya pemilihan pemain pada perlawanan liga semestinya berjalan dengan baik bagi kita memperoleh kemenangan. Hobin Jang Hobin!!!

Antara komen penyokong Negeri Sembilan (Tambahan):
1. Negeri Sembilan kelihatan bermain sambil lewa pada babak pertama.
2. ‘Passing’ yang tidak sampai betul-betul pada rakan sepasukan.
3. Kesilapan meletakkan 2 holding midifielder pada babak pertama merencatkan pergerakan pasukan Negeri Sembilan untuk menyerang.
4. ‘Unforced Error’ yang mengundang padah dan seharusnya tidak dilakukan lagi pada perlawanan akan datang.
5. Tidak bagi ‘option’ kepada rakan sepasukan untuk melakukan hantaran pendek ataupun panjang.
6. Harus perbanyakkan lagi larian-larian di antara celah-celah barisan pertahanan lawan bagi membuka peluang menjaringkan gol.

Azrin, Senawang.

 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.