Persoalan-Persoalan Yang Perlu Dijawab Oleh PBNS
2 min readNegeri Sembilan tewas lagi.
Apa salah dan dosa kita dikurniakan sebuah pasukan semacam ini?
Ini antara permulaan yang buruk buat pasukan Negeri Sembilan. Kita hanya mampu memungut 3 mata, dari 12 mata. Menjaringkan 4 gol dan bolos 9 gol dalam 4 perlawanan. Kek den bondo ni tak cantik.
Itu belum masuk statistik perlawanan persahabatan.
Adakah semua ini salah SS? Kau pilihlah, Satwant Singh atau Sazali Saidon.
Perlukah kita menyalahkan jurulatih dan pemain dengan prestasi hambar ini?
Kalau ikut senarai pemain, den raso ok dah. Kita sekadar nak melawan pasukan Universiti, Kelab dari M3, bekas juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), bekas pelajar AMD yang masih teruna dan feeder team. Sabah naik ke Liga Super juga bukanlah menggunakan pemain yang bertaraf A.
Den difahamkan, pasukan ini dibentuk untuk ke Liga Super. Semua tahu tanggung jawab dan sanggup terima cabaran untuk ke Liga Super. Tiada alasan pasal dana lagi, sebab semua dengan bangganya menetapkan layak ke Liga Super sebagai KPI pasukan.
Kita selalu diratibkan dengan zikir duit tiada, maka itu aje pemain yang kita boleh dapat. Adakah bajet Kelantan United ni samo macam JDT?
Negeri Sembilan umpama bahtera yang tiada nakhoda untuk belayar. Para kelasi dibiarkan berlayar tanpa arah. Nakhoda yang dilantik memilih untuk terjun ke laut, padahal kapal belum lagi tenggelam. Den berharap biar nakhoda pengecut itu tenggelam di lautan, atau ditelan jerung.
Satu lagi, sudah 3 perlawanan, dan PBNS masih belum umum Pengurus dah letak jawatan. Bilo nak umum?
-Apis Sabun-
Apis Sabun merupakan penulis jemputan. Penulisan ini tidak semestinya mencerminkan pandangan Ultrajang. Pembaca diharap dapat menilainya sendiri.