Piala Liga: ATM ajar Negeri Sembilan erti peperangan.
3 min readTenang anak muda!
Bola sepak begitulah. Kadang-kadang boleh buat kau rasa nak sepak kerusi. Rasa macam nak masuk dalam padang dan tendang pemain yang buat-buat cedera kerana nak lengahkan masa. Mujur ada FRU yang macam tahu saja emosi kita sedang menggelegak lalu mereka keluar dan membuat barisan depan penyokong.
ATM lawan yang liat, itu satu kenyataan yang kita semua kene ambil kira juga. Bukan dengan Negeri Sembilan saja mereka liat, dengan semua pasukan lain juga mereka liat. Askar poit!
Negeri Sembilan diseparuh masa pertama bermain baik dan berjaya membuat beberapa percubaan merbahaya ke gawang ATM. Kita sudah kembali nampak teamwork dan kesungguhan pasukan. Ingat! yang memberi kita kemenangan selama ini adalah teamwork dan kesungguhan – bukan kekuatan. Sebab kekuatan semua pasukan diliga Perdana dan Super adalah SAMA. Buktinya, kita dah langgar Selangor, Penang, Ganu dan akan langgar Pahang pula selepas ini. Kita langgar menggunakan teamwork dan kesungguhan.
Separuh masa kedua kita bagaikan radio rosak yang sedang mencari siaran. Semua serba tak menjadi. Pemain jadi tertekan dan lakukan banyak kesilapan. Sorakan penyokong menambah sengsara dalam padang. Bila ATM menyumbat gol selepas pemain sayap mereka berjaya meloloskan diri dari dua pemain bek dan membuat hantaran ke tengah lalu ditanduk masuk, kita mula hilang keyakinan kepada pasukan. Ini tak manis. Kahar telah cuba menyelamatkan bola itu tetapi bukan semua bola boleh diselamatkan. Ini bolasepak kan?
Ketika cuba mencari rentak, ATM pula buat perangai melengahkan masa permainan dengan semua nak cedera. Ini taktik biasa dan tak salah pun cuma menyakitkan hati kerana masa masih panjang. Pemain kita dalam nak cepat mencari gol penyamaan menjadi sedikit kelam kabut – sampaikan ada satu ketika, sampai dua pemain kita membuat lontaran kedalam serentak. Pengutip bola pun serba tak kena malam tadi. hmmm jadi Jang tak salahkan kalau kau semua emosi naik hangin!
Lee Tuck buat kita geram juga dengan dribble dia tapi itu gaya dia. Sampai bila pun dia akan main macam tu. Macam Arjen Robben, suka dribble dan bawak lari bola dalam kotak dan buat percubaan. Semua orang tahu gaya Robben dan dia tetap meneruskan gaya itu dan berjaya. Bersabarlah dengan Lee Tuck. Simic pun ada gaya dia yang kita semua tahu. Tapi mereka ada usaha mencari gol dan mengikut statistik, telah pun menjaringkan beberapa gol.
Jang suka dengan spirit mereka mencari gol penyamaan. Mereka tahu mereka tidak mahu kalah. Mereka mahu kekalkan sejauh boleh rekod tanpa kalah ini jadi mereka mula bermain bagai orang gila mencari gol penyamaan. Mereka berjaya! Bagi Jang ini sesuatu yang kita penyokong kene hargai usaha mereka. Bola sepak adalah permainan mudah tetapi bukan mudah untuk menang. Lawan akan mengekang sehabis boleh sampai bergaduh. Nampak?
Kita penyokong wajib terus menyokong samada pasukan kita menang, seri atau kalah. Tak boleh la nak happy dengan kemenangan saja, mana ada penyokong macam tu. Sukan apa yang kau boleh sokong dan menang sepanjang tahun? Kalau ada, dan kau jenis penyokong begitu, maka stadium Paroi bukan tempat kau. Bola sepak adalah satu peperangan dan kita kene bersatu untuk menang.
Kita masih belum kalah (liga) dan masih berada dilandasan betul maka teruslah berbangga dengan pasukan. Kita penuhkan Paroi Sabtu ini dan tunjukkan pada Pahang bahawa team liga Super pun makanan kita juga.
Hobin Jang Hobin!