March 28, 2024

Piala Malaysia | KLFC bawa JDT pulang ke realiti.

4 min read

Izinkan Jang mencoret sedikit hal tentang perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi. Jang hadir ke stadium Bukit Jalil atas kapasiti peminat setia bola sepak tempatan yang dahagakan kemeriahan. Jang hadir menumpang final pasukan lain kerana pasukan Jang sangkut ditengah jalan (akibat Covid). Jang turun ke Bukit Jalil kerana bola sepak kita adalah wajah kita. Jang datang kerana Bukit Jalil dan Seremban hanyalah 30 minit memandu sambil mengumpat hal bola sepak Negeri Sembilan. Jadi perjalanan itu jadi mudah dan sekejap.

Tepat jam 7.55, Jang sampai ke Bukit Jalil dari arah Teknologi Park tapi semua jalan masuk ke stadium telah diblok oleh anggota keselamatan. Punca? Apa puncanya blok semua laluan masuk? Kalau tak bagi masuk, jangan la buat final kat stadium tapi buat kat Parlimen. Takkan dah penuh untuk kehadiran 20,000 penyokong? Jam 9.00 Jang baru dapat parking di stadium hoki. Mula-mula dah nak give up dan tukar plan pergi disko aje la kat Trec KL, baru anak kota. Tapi jiwa bola ini terlalu tebal (elehhh)

Sekali lagi darah Jang menaik bila parking kena bayar RM20. Anak haram! Kerajaan membina kemudahan stadium dan tempat bersukan untuk siapa? Untuk buat keuntungan ke? kalau nak untung, buat kedai dobi la setan! Stadium jana duit dari penyewaan padang atau fasiliti yang ada saja la. Contohnya, NSFC sewa stadium Paroi dari Majlis Bandaraya Seremban untuk perlawanan pasukan NSFC. Eh, apahal stadium Paroi appoint 3rd party jaga parking dan kenakan bayaran kepada penyokong? Anak gampang apa? Stadium itu dibuat dari duit cukai yang diambil dari rakyat juga. Stadium menjana duit adalah dari sewaan padang sahaja, bukan parking.

Bukit Jalil lantik syarikat parking pada hari biasa untuk kutip bayaran itu OK kerana nak jana wang dan stadium tidak ada penyewa pada hari biasa. Kebanyakan pengguna adalah orang awam yang yang menggunakan LRT dan pekerja sekitar kawasan itu. Itu masuk akal. Tapi pada hari perlawanan, dimana stadium sudah mendapat duit dari sewaan, boleh pulak kau cekik lagi leher penyokong dengan bayar parking melampau?

Melainkan memang sudah ada dalam kontrak awal semasa pembinaan stadium mengatakan akan melantik syarikat parking untuk menjana income dan maintenance kawasan parking adalah tanggungjawab syarikat parking, then fine. Betulkan Jang, jika Jang silap, tapi adalah tidak adil mengenakan caj parking pada pengguna yang datang membayar harga tiket mahal untuk satu perlawanan yang juga dikenakan caj sewaan. Makan keliling. Bayangkan berapa kos seorang penyokong kena keluarkan untuk ke stadium? Tiket+parking+tol+makan? Kalau seorang pun dah mahal, bagaimana nak bawa anak-anak untuk serapkan kecintaan pada bola sepak tempatan? Ini antara sebab kehadiran penyokong ke stadium jadi rendah. Nuomusa dengan Khalid mana tau hal camni. Dia ada kereta hantar sampai depan pintu VIP. Dah la tak payah fikir hal parking, dapat meehun lagi.

Mungkin hal ini berlaku dimana-mana stadium dalam dunia tapi itu hal dunia lain yang Jang tak berapa nak kisah. Masa Jang tinggal di Istanbul dan selalu ke Vodafone Park untuk menyokong Besiktas, mereka tak kenakan caj walaupun kau bawa bot kecil dari Selat Bhosphorus naik ke parking lot.

Mujur kehadiran Hattan semasa half time menyejukkan hati Jang. Begitu padu vokal beliau mendendangkan lagu Anak Jolobu dan Gerhana. Jang betul-betul terhibur dengan penyanyi pujaan Jang ni.

Hmmm.. jauh juga lari dari tajuk ni. Tapi kau semua dah tengok hal dalam padang, jadi biarlah Jang cerita hal luar. Jang cuma harap pihak bertanggungjawab tengoklah sikit hal macam ini. Bertimbangrasa la sikit pada poket penyokong yang datang untuk kesucian bola sepak. Bayangkan dari Johor dengan tol dan minyak dan tiket dan parking dan kalah? Tak manis! Takkan nak semua penyokong hadir jam 2 petang baru selesa. Masak la bersidai sampai jam 11 malam. Jang bukan dari Kelantan nak sampai stadium jam 2pm.

Dalam padang, apabila KL mampu bertahan selama 20 minit tanpa dibolosi, sudah cukup membuatkan Jang respek. JDT adalah pasukan yang tidak menunggu lama untuk merobek gawang musuh. Namun bek KL begitu solid walau separuh masa pertama bermain sebelah padang. KL bermain seperti tiada tekanan sementara JDT sudah mula menunjukkan kegelisahan apabila mereka kesunyian gol. Walau taktikal tidak dianggap penentu kalah menang ketika final, namun Bojan Hodak bijak menyusun anak buah melakukan serangan sambil barisan belakang kekal mantap. Jang lihat pemain KL keluar ke kawasan balapan meraikan gol pertama bersama penyokong sementara pemain JDT sudah meletakkan bola ditengah padang dan terpaksa menunggu pemain KL masuk untuk sepak mula. Ini rare! Ianya bagaikan membawa semula JDT memijak tanah selepas lama diawangan sebagai pasukan terkuat di tanahair. JDT perlu kalah kerana mereka juga perlu melalui proses post mortem, melihat kelemahan dan kesilapan. Hanya dengan melalui turun naik baru pasukan akan menjadi sempurna.

Tahniah KLFC!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.