April 20, 2024

Piala Malaysia: Selangor hanya menang 19 kali, bukan 33

3 min read

Ini adalah tiupan sangkakala yang pertama untuk #SelangorPowerSampaiKiamat dari ultrajang untuk The Red Giants. Jika kita menggunakan format Piala Malaysia sebenar, Selangor hanya pernah memenangi kejuaraan keramat ini sebanyak 19 kali. Bertenang dulu anak muda Selangor, baca dulu kajian sejarah Piala Malaysia yang ditulis oleh ahli sejarah bola berwibawa, saudara Han Oryza yang cukup kemas ini.

Rasionalisasi Misi 33: Layakkah Selangor sandarkan pada kenangan?

Ada yang tertanya-tanya, kenapa Selangor sampai 33 kali menjulang Piala Malaysia? Pasukan lain paling rapat mengekori Selangor ialah Singapura (24), dan ketiga pula ialah Perak, itupun baru 7 kali menang. Jurang yang sangat besar.

Betulkah Selangor begitu power atau sekadar satu pasukan yang terlebih digembar-gemburkan seperti JDT?

Jika mengikut sejarah asal-usul Piala Malaysia sejak 1921, memang tidak syak lagi Selangor sudah 33 kali menjulang piala itu. Muktamad.‎ Namun, jika mahu mengambil kira dari segi teknikal kejuaraan, maka fakta Misi-33 bukan saja boleh didebatkan, malah dipertikaikan.

Piala Malaysia yang kita lihat hari ini bukanlah piala asal yang dibikin pada 1921. Ini kerana pada 1921, Piala Malaysia dikenali sebagai Piala Malaya dan tidaklah diketahui bagaimana rupa trofi yang dihadiahkan kepada pemenang kejuaraan itu. Mungkin saja trofi berbentuk cawat besi atau seterika arang. Maaflah, tiada langsung maklumat diperoleh daripada laman web FAM yang cerita sejarahnya cuma satu halaman saja.

Piala Malaya kemudian dijenamakan semula pada 1933 (selepas 12 tahun) sebagai Piala HMS Malaya sempena nama kapal Inggeris, di mana pada tahun itulah Kapten Ion Beauchamp Butler berkenan menyumbang sebuah trofi yang tampil dengan rupa pemegang seperti telinga, dan berpenutup jata negara dengan aksi dua harimau mengangkat dua kaki depan.

FAKTA;
Sepanjang 1921 – 1932, Selangor memenangi 4 Piala Malaya – yang tidak diketahui rupa trofinya.

======

Pada 1967, Piala HMS Malaya akhirnya dimuziumkan. Ganti kepada kejohanan itu ialah Piala Malaysia dengan trofi serba baharu, iaitu apa yang kita dapat lihat hari ini.

FAKTA;
Sepanjang 1933 – 1966, Selangor memenangi 10 Piala HMS Malaya – trofi yang kini boleh dilihat di Muzium Negara.

======

Bukankah secara teknikal Piala Malaysia sudah mengalami 2 fasa perubahan, iaitu 1933 dan 1967? Sepatutnya 14 kejuaraan Piala Malaya dan HMS Malaya yang diraih Selangor tidak wajar dimasukkan dalam senarai Piala Malaysia yang baru bermula pada 1967.

Ini bukanlah hal cemburu atau sakit hati, tapi pada era Piala Malaya-HMS Malaya, kejohanan cuma membabitkan pasukan utara dan selatan di Semenanjung Malaya. Itupun bukan semua pasukan negeri masuk berbanding. Malah, wakil Selatan boleh dikatakan sudah menjadi milik tetap pasukan Singapura, manakala wakil Utara saling berlaku perebutan sengit antara 3 negeri; Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Selain 4 pasukan (Selangor, Singapura, Perak dan Pulau Pinang) yang pernah merasai bahang final Piala Malaya-HMS Malaya ialah Kedah (1940), Negeri Sembilan (1948), Tentera (1949), Kelantan (1955), dan Tentera-TLDM (1966). Semuanya kalah sama ada kepada Selangor atau Singapura.

Jika mengambil kira 1967 sebagai tarikh sebenar kejuaraan Piala Malaysia, Selangor sebenarnya baru memenangi 19 kejuaraan. Malah, pasukan lain juga patut menyemak semula kejuaraan mereka, di mana Singapura sebenarnya baru menang 5 kali Piala Malaysia, Perak (4) dan Pulau Pinang (1).

Tapi, nanti dulu. Layakkah Selangor berbangga dengan 19 kejuaraan Piala Malaysia sejak 1967, sedangkan kejohanan liga membabitkan wakil FA negeri cuma bermula pada 1979? Dan struktur pertandingan liga bola sepak moden di Malaysia pula baru terbentuk pada 1982, sebelum disempurnakan tahap kompetitif dan profesionalisme menerusi penubuhan Liga Semi Pro pada 1989.

Jadi, kejuaraan sebenar Piala Malaysia secara adil dan saksama sepatutnya bermula bila? 1921? 1933? 1967? 1979? 1982? Atau 1989?

Renung-renungkan.‎

– Han Oryza –

#BolasepakKitaWajahKita

0Shares

14 thoughts on “Piala Malaysia: Selangor hanya menang 19 kali, bukan 33

  1. kejuaraan sebenar Piala Malaysia secara adil dan saksama sepatutnya bermula dari tahun JDT ditubuhkan iaitu 2013 … kahkahkahkahkah….???

      1. Abis world cup tu dulu nama dia apa? Yg bertanding berapa pasukan masa mula2… bru nk tgk bola ke? Jgn nk pertikai benda yg xptut bro….

    1. Kalau mcm tu, NS Matrix bkn team negeri la jawabnya….. Negeri Sembilan = 2 kali je la…..
      Cakap tak serupa bikin…..

  2. Membaca memang mudah. Nak menulis dan mengupas fakta ni tak semua boleh buat. Nak komen merapu tu senang la.

    Keep it up

  3. Habis, kalau Piala Dunia nak kira macam mana pulak?
    Trofi Jules Rimet sebelum Piala Dunia tu yang kena curi dulu mcm mne plak ye?

    Bermakna, kalau kira FIFA World Cup sahaja…..
    – Jerman (3 kali)
    – Argentina (2 kali)
    – Itali (2 kali)
    – Brazil (2 kali)
    – Perancis (1 kali)
    – Sepanyol (1 kali)

    *Jadi, Uruguay dengan England tak ada piala la….. Cuba renungkan sekalian….. Apa guna bintang pada baju team World Cup kalau tak ada sejarah Juara Piala Dunia tanpa Trofi Jules Rimet

  4. Artikel ni is right in its own way. To put into perspective, the term Piala Malaysia was born late in the 60s. Can anybody dispute this? On the other hand, the championship itself was introduced during Tanah Malaya era and yes, Selangor won the championship albeit under different name back then. So, again, not entirely correct or entirely wrong.

    Macam beli kereta baru, say Myvi. Jual lepas 3 tahun, then beli Volvo, use it for another 3 years. Bila ditanya berapa lama drive Volvo – jawab 3 ke 6?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.