September 14, 2024

BR1M pado pemain Kelate?

2 min read

Kemelut kewangan pasukan Kelantan akhirnya mendapat perhatian dan bantuan dari PM dan juga Menteri KBS kata Nuor Muso. Bantuan apa tidak pulak diberitahu dalam artikel yang Jang baca di http://www.fourthofficial.com/2015/23081/pm-dan-menteri-kbs-bantu-bayar-gaji-pemain-kelantan/ tapi kalau masalah pitih, mestilah PM kito bantu dengan pitih, takkan bantu dengan beri joran pancing pulok?

ultrajang.com telah beberapa kali menaikkan artikel tentang Nuor Muso dan masalah kewangan bolasepak Kelantan kerana pertamo, Jang kesian bilo pemain Kelate takdok gaji semenjak beberapa bulan. Keduo pulak ialah Nuor Muso sendiri yang kuat mengupdate hal bola Kelantan di fesbuk untuk pengetahuan semuo dan Jang anggap ini bagus. Kiro telus la. Jang anggap Nuor Muso ni kuat melawan FAM dan siapa kuat melawan, ultrajang.com akan suka

Kalau PM bantu makno eh serupo macam BR1M ke camna? PM pakai pitih rakyat/cukai atau derma dari 1MDB atau PM guno pitih dio sendiri? Bukan apa, semua ini kene telus juga dari mana sumbernya sebab jika ianya melibatkan duit rakyat, tak manis la digunakan untuk bayar gaji pemain. Sedangkan masih ramai warga Kelate yang menjadi mangso banjir masih dan teramat memerlukan bantuan juga. Mereka lebih layak.

Tak kisah la walau PM kito adalah peminat no ‘Se’ The Red Warriors tapi Kuala Lumpur FA sesak juga tu.

Ketidakmampuan membayar gaji pemain bukan hal Kelantan FA saja. Banyak negeri mengalami masalah yang sama sepeti Perlis. Bagaimana sebuah persatuan (atau syarikat) boleh terlepas pandang hal pendapatan vs. perbelanjaan? Bagaimana mereka boleh menggaji pemain (terutama pemain import) dengan bayaran mahal tetapi belum habis musim sudah habis wang. Ini perlu Nuor Muso jelaskan juga dalam fesbuk beliau.

Membayar gaji pemain juga satu isu berulang-ulang dalam bolasepak Malaysia selain hal-hal lain yang bukan bola (merebut jawatan,misalnya). Kebergantungan yang tinggi dengan bantuan FAM menjadi punca utama sehingga FA Negeri selesa tidak mahu mencari wang sendiri. Konsep kebergantungan ini digunapakai dalam semua hal dunia. Kemudian datang ahli politik menyelamatkan keadaan. Selamanya bolasepak Malaysia akan bergantung kepada ehsan ahli politik. Baca artikel ultrajang tentang hal ini di https://www.ultrajang.com/pencaturan-bolasepak-negara-melodibola/

Tindakan persatuan bolasepak Negeri Sembilan ingin membuat satu skil gaji baru dengan pembayaran bonus setiap kemenangan mungkin jawapan untuk jangka masa pendek. Itupun rasanya pernah dilakukan dulu tetapi tidak menjadi kerana ramai pemain tidak puashati pembahagian bonus sesama mereka.

Agaknya nak kene tubuh satu JAWATAN+KUASA untuk menyiasat hal ini. Jang harap pemain Kelate yang berlakon dalam filem Jejak Warriors dapat bayaran mereka walau filem tak berapa nak laku.

Ini berlakon dalam padang tak dapat gaji, berlakon depan kamera pun takdo pitih.

Sampai ceroh la.

0Shares

2 thoughts on “BR1M pado pemain Kelate?

  1. Ini bukan dinamakan campur tangan kerajaan ke? Sepatutnya KAFA digantung oleh FAM kalau ikut undang2 FIFA kan? Mohon penjelasan…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.