Pra Perlawanan | Negeri Sembilan vs JDT II (Liga Perdana 2021)
3 min readSudah suratan atau kebetulan, sekali lagi pasukan kita akan bertemu JDT II dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana 2021 di STAR of Paroi, mengulangi perlawanan pembukaan Liga Perdana tahun lepas di venue yang sama. Adakah sejarah mungkin akan berulang, atau pasukan kita mampu memadam luka yang lalu.
Bagi den, perlawanan pertama ini adalah perlawanan yang penting untuk melaungkan cabaran kepada pasukan yang lain di samping menilai sendiri kekuatan pasukan sama ada mampu atau tidak kita memberi saingan untuk liga musim ini. Bukanlah friendly match yang diadakan semasa pre-season tidak boleh digunakan sebagai satu benchmark¸ tetapi dengan jumlah perlawanan yang diatur terlalu sedikit dan sesetengah pasukan menggunakan perlawanan ini sebagai medan untuk menguji taktikal dan persefahaman pemain, ia tidak memadai. Kendatipun, sudah tentu keputusan yang dicapai dalam friendly match yang diatur ni akan sedikit sebanyak menjadi booster kepada pemain-pemain untuk menghadapi the opening of the season.
Den tahu ada segelintir yang akan berkata dengan lantang dan yakin, kita tidak boleh kalah kepada feeder club. Malu katanya. Kita kena ingat, JDT II ni bukan kecil anak punya pasukan. Malah mengikut rekod pertemuan dalam tempoh dua tahun ini, Negeri Sembilan hanya menang sekali dalam tiga pertemuan. Tahun 2019, kita tewas di Johor 0-3 sebelum ‘budi dibalas’ di laman sendiri dengan kemenangan 3-1. Tahun lepas, dengan hanya satu pusingan diadakan, kita terkulai layu di laman sendiri dengan kekalahan 1-3. Di tambah pula dengan reputasi pasukan yang terselamat dari disingkirkan, bukan masanya untuk kita mendabik dada.
Dalam sisi pandang skuad Negeri Sembilan, bolehlah kita katakan skuad tahun ini adalah skuad yang baharu sahaja di overhaul semula. Hanya dua tiga pemain sahaja yang dikekalkan dari skuad tahun lepas dan yang lain adalah pemain baru yang dibawa masuk bersama coach Devan. Walaupun den suka meratib agar pemain-pemain dan jurulatih diberi peluang untuk membina kerjasama dan bonding yang utuh, namun untuk tahun ini, ada sedikit advantage sebab beberapa pemain yang dibawa pernah bermain di bawah K. Devan dan seharusnya tidak menjadi masalah untuk memahami dan melaksanakan permintaan coach di dalam padang.
Mengikuti keputusan yang dicapai dalam friendly match, tumpuan pasti terarah kepada barisan serangan terutamanya pemain import, Alain Akono sama ada mampu atau tidak untuk menjelmakan aksi seperti di dalam friendly match. Menariknya, skuad yang akan diketuai oleh Zaquan Adha ini nampak seperti tidak terlalu bergantung kepada pemain import, dengan pemain-pemain tempatan seperti Zaquan Adha sendiri, serta Selvan dan Alif Romli turut mampu untuk menjaringkan gol. Tidak dilupakan jugak, pemain tempatan Negeri Sembilan paling menyerlah pada musim 2019, Ferris Danial. Cumanya, den tertarik untuk melihat kesebelasan utama pilihan Devan dan formasi yang akan digunakan memandangkan kita turut mempunyai seorang lagi penyerang import, Rafael Gomes.
Bagi skuad JDT II pula, seperti yang den katakan tadi, skuad ini bukanlah skuad yang boleh dipandang remeh. Mereka dibarisi dengan beberapa pemain berstatus national player seperti Syazwan Andik dan Haziq Nazli selain pemain-pemain muda yang berkualiti. Buktinya, peminat bola sepak luar kawasan Johor mungkin hanya mengetahui nama Arif Aiman Hanafi selepas liga disambung semula tahun lepas, dan dialah yang menjadi duri dalam daging untuk perlawanan Negeri Sembilan dan JDT II tahun lalu. Cumanya, lawan JDT II ni agak annoying sikit lah kerana silap hari bulan, pemain-pemain yang tidak bermain untuk JDT semalam boleh diturunkan untuk perlawanan ini seperti Sumareh dan Syamer Kutty.
Dengan sasaran tahun ini masih lagi ke Liga Super, empat perlawanan pertama Negeri Sembilan begitu crucial kerana akan bertemu pasukan-pasukan feeder club dan mengikut maklumat, pengurusan menyasarkan untuk mendapatkan sepuluh point dari keempat-empat perlawanan ini. Secara matematiknya, untuk memperoleh sasaran ini, Negeri Sembilan memerlukan tiga kemenangan dan satu seri tanpa sebarang kekalahan. Jadi, sama-samalah kita tepuk dado, tanyo selero.