April 23, 2024

Pre Match Kuala Lumpur vs Negeri Sembilan (Liga Perdana 2020)

2 min read

Negeri Sembilan Forward

Setelah hanyut ditimpa badai ketika baru memulakan perlayaran berikutan kekalahan kepada JDT II, terdapat perkhabaran yang kem Negeri Sembilan akan sekali lagi dilanda gelombang kedua. Sebelum bahtera terus hanyut dan tenggelam di dasar liga, nahkoda bersama krew-krewnya perlu menstabilkan semula keadaan dengan sekurang-kurangnya mengelakkan kekalahan kepada Kuala Lumpur minggu ini.

Sejak 2015, hubungan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan agak sukar dipisahkan. Kedua-dua pasukan bermain di dalam Liga Perdana sehingga tahun 2017 sebelum kedua-duanya melangkah ke Liga Super pada tahun 2018 dengan cara berbeza. Di penghujung musim, Kuala Lumpur mereject Negeri Sembilan untuk terus kekal di Liga Super 2019 dan membiarkan Negeri Sembilan keseorangan di Liga Perdana. Benarlah orang kata, air yang dicincang tak akan putus, Kuala Lumpur memilih untuk kembali ke Liga Perdana 2020 untuk bersama Negeri Sembilan semula.

Jika dinilai berdasarkan rekod terkini, pertemuan kedua-dua pasukan adalah ketika bermain di Liga Super 2018, di mana masing-masing menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri untuk mencatatkan kemenangan. Namun jika dibandingkan dari segi motivasi terkini, Kuala Lumpur mempunyai sedikit kelebihan kerana bermain di laman sendiri dan masih dibuai kejayaan mencuri satu mata ketika bertemu Kelantan di Kota Bharu.

Walaupun Kuala Lumpur mempunyai pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Nik Shahrul Azim, Zamir Selamat, Akram Mahinan, Indra Putra dan Fakrul Aiman, diharapkan barisan pemain yang bakal diturunkan Sazali Saidun mampu memikul tanggung jawab yang diberikan. Jika Almir Netto masih cedera, Sazali mungkin perlu mencari pemain yang boleh mengisi kekosongan tersebut manakala pemain yang telah memberikan persembahan meyakinkan pada perlawanan lalu sewajarnya masih mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.