November 6, 2024

Previu Perlawanan | NSFC vs FAM-MSN

2 min read

Senyum lebar nampaknya penyokong Negeri Sembilan minggu ini. Sudah lah belum tewas dalam empat perlawanan, top of the table pulak. Ini jam kalau makwe ajak pergi Port Dickson ke, Ulu Bendul ke, Jeram Toi ke, jam tu jugak pakwe jawab, ‘Okay, cepat siap!’. Terus hilang kata-kata hikmat ‘Beras kita beli!’. Bertambah gembira di hati bila mendengar pengumuman penyokong akan dibenarkan masuk ke stadium tak lama lagi yang diibaratkan satu kemenangan untuk pencinta bola sepak. Tetapi kena ingat. Ini adalah satu kemenangan yang tertangguh dan kita masih belum menang. Semuanya akan bergantung kepada dua jiran kita yang akan dieksperimenkan pada next match sebelum satu konklusi dapat dicapai.

Skuad Projek FAM-MSN. Pasukan yang akan bertandang ke Paroi malam ini. Dari tv bawak ke Facebook, Twitter dan Club House, semua tidak mahu ketinggalan berdiskusi tentang kerelevanan skuad ini ditubuhkan. Dek dah terlalu banyak diskusi yang dilakukan, tak perlulah kita nak bincangkan lagi isu ini. Cumanya untuk kesan kepada liga, kemasukan pasukan ini turut mempunyai pro dan kontranya.

Untuk perlawanan malam ini, den lebih tertarik untuk mengetahui jumlah jaringan yang dapat dilakukan dan pada masa yang sama, mengharapkan agar barisan pertahanan sekali lagi dapat mengekalkan pintu gol dari dibolosi. Bukanlah mahu memandang rendah kepada pasukan lawan, tetapi perlawanan ini sewajibnya Negeri Sembilan mencapai tiga mata apabila wisel penamat dibunyikan pengadil nanti.

Memandangkan selepas ini liga akan berhenti rehat selama dua minggu, ini juga satu peluang untuk coach meletakkan pemain-pemain yang masih belum beraksi sepanjang liga berjalan. Untuk rekod, dari 24 pemain yang didaftarkan, hanya empat pemain yang masih belum mendapat minit permainan. Mungkin malam ini akan menjadi aksi pertama buat Damien Lim, Danial Hadri, Alif Romli atau Javabilaarivin, who knows.

Walaupun tewas dalam kesemua empat perlawanan sebelum ini, skuad bawah 20 tahun kendalian Yusri Che Lah masih mampu untuk memberi tentangan kepada lawan yang dihadapi. Azhad Harraz Arman adalah nama yang harus diberikan tumpuan barisan pertahanan setelah berjaya menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan. Pemain ini hanya gagal menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan bertemu TFC II.

Azhad kini berkongsi jumlah gol yang sama dengan Barathkumar. Andai kedua-dua pemain ini terus konsisten dengan persembahan seperti ini, tidak mustahil mereka akan menjadi title contender untuk penjaring gol terbanyak. Seperti Azhad, Barath juga telah mencetak tiga gol dalam tiga perlawanan terdahulu. Walaupun bermain di bahagian midfield, jika Barath meneruskan keberanian dan kebolehannya merembat dari luar kotak penalti tanpa menuju ke langit, tidak mustahil ini akan menjadi senjata Negeri Sembilan mencari gol ketika dalam kebuntuan. Dan mungkin, perlawanan malam ini adalah peluang untuk pemain seperti Barath, Akono dan Rafael untuk terus menambah koleksi jaringan.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.