Previu Perlawanan | NSFC vs Kelantan United
2 min read
Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu lebih setahun lamanya telah tiba. Stadium Paroi yang sekian lama kesunyian akan bergema semula. Selama ini jika kau tertahan-tahan untuk menjerit di dalam rumah ketika menyaksikan perlawanan secara livestream kerana takut jiran sebelah marah, hari ini segala-galanya boleh dilepaskan sehingga kau kehilangan suara tika fajar tiba esok kerana jiran sebelah kau turut menjerit sama. Tetapi ingat, kau harus menjadi 2000 orang pertama yang mendapatkan tiket secara atas talian untuk merealisasikan semua ini. Mudah, bukan?
Perlawanan malam ini adalah perlawanan wajib menang bagi kem NSFC selepas sekadar seri minggu lepas untuk terus mengukuhkan kedudukan di persada liga. Korang semua tahu kan Kelantan United sekarang berada di kedudukan ke-7 liga? Haa, kalau nak dibandingkan dengan NSFC, apalah sangat nombor 7 ni. Mid table je pun. Seperti Tom dan Liverpool. Terus berkebun season ni. Musim lepas bukan main jalan nak berkepak dengan awek romantis, biasalah budak baru nak naik jadi artis…biasalah budak baru nak naik jadi artis. Hmmmmm.
Mengulas sedikit perlawanan yang lalu, den fahamlah ketiadaan Akono sedikit sebanyak memberi impak di bahagian serangan. Tetapi takkanlah sampai ketiadannya(Akono) turut memberi impak kepada prestasi pemain secara individu. Sebagai pasukan yang bercita-cita tinggi layak ke Liga Super musim depan, setiap pemain baik di atas padang mahu pun di bangku simpanan perlu sentiasa memberikan aksi yang terbaik apabila diturunkan. Dengan perjalanan liga masih panjang, situasi-situasi kehilangan pemain berikutan kecederaan atau penggantungan akan sentiasa berlaku.
Dua kali berturut-turut aksi di Paroi sebelum ini pasukan lawan turun dengan mode yang agak defensive. K.Devan dalam post match interview menentang Kuching City ada menyebut, bertemu pasukan yang defensive ini, kita memerlukan pemain yang kreatif. Dan bila menyebut permainan kreatif, sudah tentu perkara yang pertama yang terlintas di pemikiran adalah bahagian midfield. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, den nak lihat Beomgeun beraksi selayaknya dengan taraf sebagai pemain import. Beom perlu lebih efektif di atas padang dalam usaha melancarkan serangan mahupun mencipta ruang jaringan gol. Tetapi janganlah kawan-kawan yang lain meletakkan beban sepenuhnya kepada Beom.
Dengan kembalinya gandingan Rafael-Akono-Zaquan, mungkin tidak banyak yang perlu diperkatakan di bahagian serangan. Tunggu dan lihat apa hasilnya malam ini. Sedikit perkara yang ingin den sentuh ialah efficiency pasukan NSFC dalam mengambil set pieces. Setakat enam perlawanan, dari sepuluh gol yang terhasil, dua gol telah terhasil directly dari sepakan sudut ataupun sepakan percuma. Den kira kalau situasi ini dapat dipertingkatkan, sudah pasti ia akan menambahkan lagi kekuatan pasukan NSFC.
Kelantan United yang telah tewas dua kali berturut-turut sebelum ini, pastinya mahu menamatkan losing streak mereka. Di bahagian serangan, tumpuan sudah pasti terarah kepada pemain berusia 25 tahun, Amirul Shafik Che Soh yang telah membantu pasukannya merekodkan dua kemenangan sepanjang kempen liga di mana Amirul Shafik telah menyumbangkan satu gol untuk setiap perlawanan yang dimenangi. Di bahagian penjaga gol, Kelantan United memiliki Fikri Che Soh yang telah diumumkan pemain terbaik sepanjang bulan Mac untuk peringkat kelab atas usahanya membantu Kelantan United dari dibolosi gol termasuk dua clean sheet ketika bertemu PDRM dan JDT II.

