Previu Perlawanan | Perak II vs NSFC
3 min read
Betullah orang cakap, menyokong pasukan bola sepak ibarat orang bercinta. Dalam pada sayang kadang timbul rasa marah, tapi bukan benci. Macam Jang cakap lah, macam mana tak marah, duit dah keluar RM12 nak tengok wayang, alih-alih tak jadi. Bak kata pujangga, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak penyokong dan pasukan. Tapi dalam hal ini, tidaklah NSFC menjadi seperti makwe-makwe yang berfikiran mereka sentiasa betul. NSFC dah berjanji akan memberikan free show (tayangan percuma) untuk dua match yang seterusnya. Nanti dah hilang sikit rasa marah kau tu, boleh lah kau fokus balik kepada percintaan dan sentiasa mendoakan kejayaan pasukan seperti mana kau selalu wasap makwe ‘ingatlah daku dalam doamu’.
Lupakan lah seketika hal pay per view ni. Petang ini, setelah melakukan perjalanan merentasi sempadan negeri dari kawasan PKPB ke kawasan PKPB, Negeri Sembilan akan masuk ke Stadium Ipoh untuk beraksi menentang Perak II bagi perlawanan keempat Liga Premier 2021. Yang hairannya, mike ni lampu spotlight kemain canggih, tapi apekehei deme ajak main petang musim-musim panas ni. Teman bukan apa, bola sepak deme kan belum mati, takkanlah adjust main malam pun tak boleh?
Pemilihan Pemain
Sekali lagi, Negeri Sembilan akan bermain tanpa Zaquan. K. Devan dalam interview nya pada perlawanan lepas menjelaskan yang Zaquan terpaksa berehat sekurang-kurangnya untuk dua minggu. Ketiadaan Zaquan sebelum ini memaksa K. Devan meletakkan Akono bermain di bahagian flank dan Beomgeum ditolak ke depan sikit meninggalkan bahagian tengah ketika bertemu Selangor II. Akono diletakkan semula di bahagian top dan Ferris mengisi kekosongan posisi Zaquan pada pertemuan menentang TFC II. Untuk bahagian serangan ni, den lebih suka untuk melihat Akono menjadi target man di hadapan seterusnya mencipta peluang menjaringkan gol berbanding create movement to attack. Cumanya, den tertunggu-tunggu jugak aksi pertama Aliff Romli yang namanya sering disebut-sebut ketika perlawanan persahabatan.
Barisan pertahanan
Tiga perlawanan menentang feeder club tanpa sebarang clean sheet, K. Devan berkemungkinan akan mengekalkan formasi lima pemain di barisan pertahanan. Buat masa ini, kita tengok K. Devan telah melakukan rotation untuk pemain side back. Pemilihan pemain untuk posisi ini adalah penting kerana pemain ini perlu bijak dalam melakukan overlap membantu serangan dan sentiasa aware dengan posisi yang telah ditinggalkan pabila diserang balas. Dan untuk tiga perlawanan sebelum ini, bahagian kanan tampak seperti lebih efektif berbanding bahagian kiri.
Kapten pasukan Perak II
Perak II membuka kempen perlawanan dengan langkah kanan apabila mengejutkan Kelantan 1-0 sebelum menerima dua kekalahan berturut-turut. Pasukan yang rata-ratanya dibarisi pemain muda ini sudah tentu tidak mahu memberikan laluan mudah kepada Negeri Sembilan. Ditambah pula mereka akan diketuai oleh bekas pemain Negeri Sembilan musim lalu. Kebiasaannya, pemain bila bertemu bekas pasukan, semangat dia lain macam sikit. Harap-harap Izaaq Izhan bagi muka sikit lah dengan Negeri Sembilan.
Rekod pertemuan
Ini adalah kali kedua kedua-dua pasukan akan bertemu selepas pertemuan pertama mereka pada musim lalu berakhir tanpa jaringan. Dan untuk perlawanan kali ini, Negeri Sembilan wajib pulang dengan tiga mata. Walaupun nama Sergio Aguero adalah satu igauan buat pemain lawan di EPL, namun untuk Perak II, itulah satu-satunya pemain import yang dimiliki untuk diturunkan petang ini.
Nota kaki: Salam takziah buat keluarga Annas Rahmat.