October 13, 2024

Previu Perlawanan | Selangor II vs NSFC

2 min read

Lupakan seketika keraian Sabtu lalu! Baik Negeri Sembilan mahupun Selangor II, kedua-dua pasukan perlu melupakan seketika kemenangan Sabtu lalu untuk memberi fokus kepada pertemuan petang ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Meskipun tumpuan lebih terarah kepada pasukan Negeri Sembilan, Selangor II pastinya tidak mahu mempersiakan peluang bermain di tempat sendiri apatah lagi setelah mereka membuka kempen liga dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas PDRM di tempat lawan.

Rekod pertemuan sebelum ini menyaksikan Negeri Sembilan terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan lawan 2-1 di laman sendiri di mana dalam aksi tersebut, Selangor II terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Quentin Ching sebelum pemain import tuan rumah, Almir Netto memberi kelegaan kepada pasukan dengan mencetak dua gol. Ini adalah kali kedua kedua-dua pasukan bertemu memandangkan Selangor II baru sahaja ditubuhkan tahun lepas menggantikan PKNS FC.

Untuk skuad Negeri Sembilan, K. Devan berkemungkinan terpaksa melakukan pertukaran andai Zaquan Adha masih belum pulih dari kecederaan. Dengan tempoh singkat untuk berehat dan melakukan latihan, K. Devan perlu bijak menganalisa situasi pasukan dan pemain-pemain simpanan seperti Selvan perlu sentiasa bersedia untuk memberikan aksi terbaik jika terpilih dalam kesebelasan utama. Den juga menjangkakan Devan akan menggunakan formasi dan taktikal yang sama untuk perlawanan ini bersandarkan kekangan waktu yang ada. Untuk perlawanan ini, den turut mengharapkan Rafael Gomes akan terus menyerlah setelah sumbangan dua penalti pada Sabtu lalu supaya attacking Negeri Sembilan tidak terlalu memfokuskan kepada Akono.

Bagi kem Selangor II pula, walaupun rata-rata pemain adalah pemain muda, cabaran mereka tidak boleh dipandang enteng dan dijangka mereka akan menerapkan corak permainan pantas di atas padang. Ditambah pula dengan rata-rata pemain adalah pemain dari graduan AMD, ia akan menjadi satu kelebihan buat Selangor II kerana sudah tentu, persefahaman dan keserasian antara pemain tidak menjadi masalah buat mereka. Antara pemain yang akan menjadi tumpuan sudah tentunya George Attram, penyerang import yang dipinjam dari kelab Ghana. Sumbangan dua gol Sabtu lalu sudah cukup untuk memberi amaran kepada pertahanan Negeri Sembilan supaya sentiasa fokus kepada serangan Selangor II terutamanya penyerang berusia 20 tahun ini. 

Berdasarkan ramalan kaji cuaca, kawasan sekitar stadium Majlis Perbandaran Selayang dijangkakan akan mengalami cuaca panas di waktu petang dan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi prestasi para pemain. Aspek kecergasan pemain akan sudah tentu akan teruji terutamanya selepas perlu beraksi semula dalam tempoh kurang dari 72 jam. Oleh itu, pasukan manakah yang mampu meneruskan rentak kemenangan? Sama-sama kita nantikan petang ini. May the best team win!  

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.