Punca Brazil lemah (dan Timor Leste kuat) terjawap!
4 min readSekali lagi ultrajang.com membuka peluang kepada semua pencinta bola untuk menulis, menghentam atau memuji apa saja hal berkaitan bola samada dalam liga taman, daerah, negeri, negara dan international.
Hantar artikel anda ke ultrajangmag@gmail.com dan artikel terpilih akan disiarkan. Syaratnya mudah saja, ejaan mestilah menggambarkan yang anda pernah pergi sekolah.
Artikel ketiga tulisan Pablo Aiman dari Pejabat Peguam Syarie, KL. Enjoy!
Cukup-cukuplah dengan artikel tentang Klop dan Liverpool di mana-mana sudut bola sepak di alam siber dewasakini. Mari saya dendangkan para pembaca suatu rencana pendapat mengenai pasukan bolasepak lelaki antarabangsa Brazil.
Mengapa Brazil? Bukan kerana kartel dadahnya atau model bertetek silikonnya, tetapi kerana mereka adalah skuad yang paling berjaya (setakat ini) di arena Piala Dunia yang agungnya (Piala Dunia itu) sampai ke luar bima sakti. Oleh itu, Brazil menjadi salah sebuah pasukan yang menjadi perhatian peminat bola sepak di planet bumi ini mahupun Pluto dalam mana-mana kejohanan yang disertai oleh skuad hijau kuning ini (bukan skuad kedah di sebuah liga tahap pariah tu)
Maka apabila prestasi skuad ini jatuh, secara otomatiknya rakyat bumi juga akan memberi perhatian kepada kejatuhan skuad ini.
Terus ke situasi semasa pasukan ini, setelah dibenamkan oleh kereta kebal Jerman jauh ke lubuk neraka paling bawah semasa Piala Dunia 2014, prestasi skuad samba ini masih ditakuk biasa-biasa saja walaupun setelah diambil alih oleh jeneral Dunga selaku antara 11 askar bola sepak brazil yang bertempur di atas padang pada Piala Dunia edisi 1994 di bumi USA.
Terbaru 8/10/2015, skuad samba ini (samba my ass!) baru sahaja menerima kekalahan setelah gawang mereka dibolosi dengan dua gol oleh lawan mereka, pasukan Chile. Pasukan Chile, yang baru sahaja menjadi musuh ketat skuad Brazil sejak di pentas piala dunia 2104, Copa America 2015 dan seterusnya di kelayakan Piala Dunia Moscow 2018 (menurut pemerhatian saya skuad Chile mula menjadi sebuah skuad yang fantastik sejak edisi Piala Dunia 2014 dengan kemunculan fantastik Alexis Sanchez, Vidal dan seangkatan dengannya).
Buat pemuja skuad Brazil, situasi semasa ini amat mendukacitakan mereka. Kalau dahulu mereka boleh berbangga dengan kemenangan menentang pasukan handalan dengan sekadar menari samba di atas padang, kini mereka dihina dengan sebenar-benar penghinaan sejak tewas 7-1 dalam perperangan menentang tentera bolasepak Jerman.
Jawapan kepada “the big why” di sini ialah kerana skuad Brazil mempunyai ramai pemain yang LEMBIK walaupun skil bola sepak mereka adalah fantastik! bahkan lebih lembik dari Jaafar On!
Sejak 2006 (kali terakhir Brazil mempunyai skuad yang mantap ialah pada 2002 dengan menjuarai Piala Dunia di Jepun/Korea tanpa tewas di pusingan akhir tersebut), skuad Brazil mempamerkan perkara-perkara berikut sebagai faktor utama mereka menjadi hina dina:-
1. Larian yang tidak pantas (terutamanya larian di sebelah kiri dan kanan padang), termasuk membawa bola di tepi padang, mengejar bola ketika menyerang, dan mengejar bola untuk bertahan dan berlari untuk menutup ruang ketika bertahan.
2. Sepakan penjuru yang melambung tanpa arah, yakni tidak meluncur bak torpedo atau tidak melengkung seperti bentuk tubuh ideal wanita (secara fiziknya, bola yang meluncur laju apabila ditanduk akan menujahkan daya kelajuan yang juga bak torpedo menghala ke gawang, manakala bola yang curling itu akan terhasil apabila bola berputar dan meluru pada kelajuan yang tinggi – maka elemen kelajuan pada curling itu sudah ada lalu elemen curling itu menyukarkan penjaga gawang menangkap bola tersebut kerana bisa terkeliru dengan pergerakannya yang membelok).
3. Tiada kicker tulin yang benar-benar berkemahiran seperti si jongang Ronaldinho a.k.a Goofy, Penambuchano dan si katik Roberto Carlos untuk mengambil sepakan percuma.
4. Tiada pemain yang berlari gagah dan tegap sehebat kuda di atas padang – dikepung pemain lawan satu persatu (atau dua atau lebih secara serentak) dan kemudian melepasi pemain tersebut satu persatu (atau dua atau lebih secara serentak). Contoh terbaik ialah Ronaldo si gigi kapak jarang dan Ronaldinho si Goofy di zaman muda dan fit mereka. Manakala pemain bintang masakini seperti Neymar dan Robinho sekarang kalau mengelecek bola sikit dah semput tercungap-cungap, lepas tu jatuh – yakni skrip sama lagi memualkan ketika bola dikaki mereka.
5. Tiada kualiti kapten sehebat Cafu di atas padang. Thiago Silva tidak langsung layak menjadi kapten pada Piala Dunia 2014, atau Big Phil tiada calon yang lebih baik daripada Thiago untuk dijadikan kapten pada masa itu? Berbeza dengan Cafu, Cafu dilihat matang dan tegas di atas padang. Sosok beliau juga gagah yakni boleh berlari dari penjuru kiri bawah padang sehingga penjuru kiri atas padang tanpa tercungap-cungap dan mampu melepasi sliding dan bentesan pemain lawan dengan mudah. Cafu begitu gagah sehingga mampu membuat kerja-kerja pertahanan, menjadi pemain tengah dan sekaligus menjadi penyerang sayap pada masa yang sama! Manakala Thiago? – lebih banyak menangis dengan badan menggigil di atas padang apabila skuadnya hampir-hampir tewas dengan Chile, dan perbuatan menangis itu dilakukannya di atas padang! Memalukan dan memualkan!
Maka penyelesaiannya adalah seperti berikut:-
1. Brazil perlu mempunyai jurulatih yang bukan sahaja faham mengenai bola atau pun yang menjadikan bola sepak sebagai tuhan sembahan, tetapi seorang yang tegas lagi digeruni oleh pemain-pemain. Contohnya Dato (di UK sama taraf denga Sir) Alex Furgeson yang terkenal dengan kegarangannya sehingga referee di atas padang pun kecut telur dengan beliau!
2. Dan jurulatih garang yang menyembah bola sepak itu haruslah menerapkan latihan ala-ala tentera untuk menguatkan daya tahan pemain mereka dari segi fizikal dan mental.
3. Latihan perkara di perenggan 2 di atas hendaklah disulami dengan latihan kemahiran, skil dan taktikal bola sepak tahap tertinggi.